browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

SELAMAT DATANG BULAN MEMBELI-BELAH?

Posted by on August 15, 2010

Tempahan baju raya sudah dibuka.

Promosi kuih raya juga sedang berjalan lancar.

Tapak-tapak bazar Ramadan pula bakal dipenuhi dengan aneka juadah berbuka puasa.

Semuanya kerana kedatangan bulan yang penuh berkat! Bulan Ramadan Al-Mubarak. Bulan ibadah dan bulan membeli-belah! Sejauh mana kita beribadah dan sebanyak mana kita membeli-belah?

BULAN PENUH RAHMAT

“Bermulalah Satu Bulan Yang Istimewa
Yang Mendidik Rohani, Disiplin Diri,
Kerahmatan, Keampunan Dan Kelepasan,
Dari Azab Seksaan Api Neraka”

Teringat kembali semasa saya bersama kumpulan Az-Zafran (kumpulan nasyid SBPI Sabak Bernam) menyanyikan lagu ini. Setiap kali tiba Ramadan, kami pasti dijemput untuk mempersembahkan alunan nasyid di sekolah. Lirik inilah yang saya ingat sehingga sekarang, lirik yang menggambarkan kelebihan Ramadan.

Bulan Ramadan.

Di awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dari dosa, dan di akhirnya kelepasan dari azab neraka Allah Subhanahu Wataa’la. Betapa besarnya promosi yang Allah SWT kurniakan kepada hamba-hamba-Nya yang kita sendiri tidak mampu mengejarnya.

Cuba fikirkan, siapakah yang sanggup memberi imbuhan yang berlipat ganda dengan hanya kerja yang sedikit? Jika manusia yang memberinya, nescaya manusia itu akan muflis. Tetapi Allah Yang Maha Kaya mampu memberikannya, bukan untuk kita seorang, tetapi untuk makhluk seluruh alam! Allahu Akbar!

Setiap perkara itu ada musimnya, dan musim beribadah adalah di bulan Ramadan. Selamat datang bulan beribadah!

BULAN MEMBELI-BELAH?

Kehadiran saya di bazar Ramadan pastinya tidak begitu istimewa kerana terdapat ramai lagi ‘VVIP’ yang turut hadir! Berbagai-bagai juadah dipamerkan untuk menarik minat pembeli termasuk saya. Juadah yang beraneka membuatkan saya pening dan tidak membeli apa-apa pun! Minta maaf kepada para penjual kerana saya tidak membeli apa-apa dari kalian.

Kisah ini tidak termasuk dengan jualan riang ria Hari Raya yang sedang berlangsung. Pastinya tidak lama lagi pusat jualan itu akan dipenuhi oleh manusia! Itu belum termasuk batang-batang buluh yang dijadikan lemang, jika anda pulang berhari raya, jangan lupa membeli lemang di tepi jalan. Sedap dan panas!

Selamat datang bulan membeli-belah!

BELI-BELAH VS IBADAH

Tidak salah untuk kita berbelanja dan membeli barangan keperluan yang baru. Walhal ianya dituntut syarak untuk mengenakan pakaian baru semasa hari lebaran. Tetapi janganlah terlalu berlebihan sehingga sanggup berhutang semata-mata mahukan yang serba baru. Ikutlah kemampuan kita ya.

Bulan Ramadan tiba hanya sekali. Para Sahabat Nabi menangis apabila tiba di penghujung Ramadan kerana promosi pahala akan tamat. Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setiap tahun, kerana mungkin di tahun hadapan kita tidak dapat bertemu lagi di bulan yang mulia ini. Nauzubillah..

Sebelum mengundur diri, terimalah persembahan dari kumpulan Raihan.. Puasa Dulu Baru Raya!

“Bila berbuka mahukan juadah,
Nampak lemang di tepi jalan,
Bulan Puasa membeli-belah,
Jangan lupa tingkatkan amalan”

Secara kesimpulannya, bulan Ramadan adalah bulan yang istimewa. Istimewa dari segi ibadah dan juadahnya. Hanya kita sahaja yang perlu memilih antara lebih kepada ibadah atau membeli-belah. Jadi, ibadah atau membeli-belah? Yang mana satu pilihan anda?

PUASA DULU BARU RAYA!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

12 Responses to SELAMAT DATANG BULAN MEMBELI-BELAH?

  1. studiokini

    artikel yg byk pgajaran

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Nasihat untuk saya juga.. (^_^)

    [Reply]

  2. nur solehah ^-^

    persiapan raya patutnya dibuat sblum ramadhan lagi..

    lg awal lg bagus..

    agar ramadhan nanti, kita akan fokus pd ibadah saja..=)

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Tapi kadang2 org selalu wat persiapan nak dekat raya, sebab harga baju raya masa tu murah2.. “Mai beli.. Mai Beli.. Murah.. murah..” hehe.. Selamat berpuasa untuk nur solehah.. (^_^)

    [Reply]

  3. intan permata

    asslamualaikum. slm ziarah ya akhi fil islam.

    huhu…menarik.rajin betul berceloteh.(“,)

    beli-belah vs ibdh.

    tjuk kecil ni sgt menarik perhatian ana.
    ana teringt satu kata2 yg menjadi tazkirah pd diri. ana pun xteringt dengar dr mana, tp katanya, “selalunya, di bulan Ramadhan ni mcm2 ada kat bazar ramadhn, org ramai memg selalu ingt je untuk beli mcm2 untuk ahli keluarga di rumah, tp jrg sgt2 ada org ingt untuk beli yg mcm2 dn byk tu untuk buat aml iaitu sedekah.”=)

    so, apakata kita jdikan beli-belah tu sbg ibdh pula dr sekadr rutin harian untuk juadh buka puasa.mana tahu ada jirn tetangga kita yg tak kita sedari memerlukan juadh buka puasa.=)

    mudhkan nk dpt phala? mudh shj nk dpt phala…yg pnting akl dn imn berjln seiringn.^_^
    intan permata´s last blog post ..Bila kamu bising fasal ikhtilat… – Langit Ilahi

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Waa’laikumsalam.. Sejak bila tukar ke ‘Intan Permata’ ni? Hehe..

    Sengaja saya tulis artikel ni, untuk renungan bersama antara saya, awak dan semuanya.. Memang kalau nak diikutkan nafsu, memang sume yang ada kat bazar tu kita nak beli, tapi akibatnya banyak makanan yang dibuang kerana tak habis.. 😛

    Teringat pasal sedekah ni, zaman kecik2 dulu, nenek selalu bertukar2 juadah berbuka dengan jiran sebelah.. Memang seronok time tu, banyak pilihan berbuka dan dapat eratkan silaturrahmi.. masa tu tak banyak dibuka bazar ramadan macam zaman sekarang ni.. Hermm..

    [Reply]

  4. Syafrizal

    pelik orang sekarang bila bulan puasa yang dikejarnya bazaar dan shopping2.. sedangkan amalan perlu ditingkatkan bagi mendapat rahmat, pengampunan, dan berkat bulan puasa.
    Syafrizal´s last blog post ..Sajian Ramadhan campur alkohol

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Betul tu.. Nak berbagai juadah tu x de masalah.. Tapi kena berpada-pada..

    [Reply]

  5. muhammad fakhruddin

    Kalau di sekolah dulu akhi,inilah bulan merasa air Vitagen masa sahur(dengan pilihan warna masing2).Nak shopping sakan pun hanya ada bazar Pak Mat,masa dapat giliran menghidang juadah berbuka itulah ada yang sampai tak cukup…

    Nostalgia ya akhi 😀
    muhammad fakhruddin´s last blog post ..Ramadan @ Cempaka

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Haha.. Ingat2.. Masa tu berebut nak dapatkan Vitagen perisa anggur.. hehe.. Ingat lagi ya Fakha.. Masa tu Pak Mat la bazar Ramadan kita, kat mana lagi nak cari makanan kan masa tu.. (^_^)

    [Reply]

  6. hasfazilah

    Salam Jamal,
    Saya jarang bershopping ketika Ramadhan melainkan barang keperluan seharian (itu perlu), penuh sesak dengan manusia, dada pun naik sesak. Selalunya persiapan anak-anak, saya sudah sediakan sebelum tiba Ramadhan lagi.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam Puan Hasfazilah.. Saya pun macam tu, bila masuk ke shopping complex mesti sesak nafas.. Lagi pun, bukan banyak pun kita nak beli kan, hanya yang perlu saja.. (^_^)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);