UNIC – UNIQUE – UNIQ – UNIC?

Nama kumpulan ini bertukar sekali lagi.

Permulaannya UNIC, kemudian UNIQUE dan ditukar pula kepada UNIQ untuk memudahkan ejaan. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya, UNIQ telah kembali menggunakan nama UNIC!

Mengapa semua ini terjadi? Mengapa sering menukar nama?

Menukar nama bukan sesuatu yang dijadikan permainan, penukaran itu mempunyai sebab-musababnya yang tersendiri. Apakah sebabnya?

Continue reading

MENUJU WAWASAN – UNIQ

uniq di aq

Tempoh hari saya ada menulis tentang cerita di sebalik tabir pembikinan rakaman semula lagu ini (klik sini). Jadi, hari saya hanya ingin berkongsi lirik dan entri ini khas untuk lagi ini.

Mari dengar single terbaru daripada kumpulan UNIQ (a.k.a UNIC). Lagu Menuju Wawasan yang diolah semula oleh UNIQ yang telah dipopularkan oleh Kumpulan Firdaus tidak lama dahulu.

Mungkin ramai yang tercari-cari lirik lagu tersebut, mari kita hayati liriknya di bawah. Jom!

Continue reading

MANUSIA TAK PERNAH CUKUP!

muka_hadapan

Skrip manusia adalah sama sepanjang zaman.

Akibat ketamakan harta duniawi, semuanya sanggup dilakukan. Memukul, membunuh dan membakar! Apabila nafsu menguasai diri, siapa ibu, siapa ayah pun sudah tidak dipeduli.

Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain di atas berita yang tidak sanggup didengar itu. Ditambah pula dengan kehadiran Syawal yang sepatutnya dirai, pastinya Syawal pada kali ini ditangisi oleh mereka.

Continue reading

ORANG ISLAM TAK BOLEH MINUM AIR INI!

“Saya nak yang air ni Uncle”, saya meminta Uncle Gopal menuangkan air yang menjadi pilihan saya.

“Adik tak boleh minum air ni. Orang Islam haram minum air ni”, tegah Uncle Gopal.

Ketika itu saya masih kecil. Mama membawa saya ke jamuan perpisahan Bosnya yang bakal berpindah ke cawangan lain. Saya ketika itu berumur sekitar 5 tahun, apa yang ada dengan budak berumur 5 tahun itu yang baru mengenal dunia.

“Mama.. Air Root Beer tak boleh minum ke?”, saya bertanya kepada Mama kerana keliru.

“Eh.. Boleh la. Nanti Mama cakap kat Uncle Gopal”, Mama menenangkan saya.

Mama berkata kepada Uncle Gopal. “Gopal.. Ada dua ‘beer’ je yang orang Islam boleh minum. Ginger Beer dan Root Beer”.

“Ooo.. Macam itu ka? Ok-ok.. Mari sini adik, Uncle tuangkan air ni yer”, Uncle Gopal menuangkan air Root Beer di gelas saya sambil memujuk budak comel ini. Hehe..

Setelah berbelas tahun peristiwa ini berlaku, hari ini saya terfikir semula tentang apa yang tersirat dalam peristiwa ini. Ianya berkisah tentang iman dan prinsip hidup mukmin.

Walaupun Uncle Gopal bukan seorang Islam, tetapi beliau sangat menghormati kepercayaan dan peraturan agama lain. Beliau tahu ‘beer’ diharamkan oleh Islam untuk diminum oleh penganutnya dan beliau begitu menjaga peraturan itu walaupun beliau tidak mengetahui Root Beer boleh diminum oleh orang Islam.

Orang bukan Islam boleh ‘mengikut’ perintah Allah. Kita yang Islam ni bagaimana?

Continue reading

M. RAJOLI DALAM KENANGAN.. AL-FATIHAH

hi_03.1

1945-2010.

Dari Allah Kita Datang.. Kepada Allah Kita Kembali.

Pada pagi 8 Syawal 1431H, pelakon veteran terkenal, M.Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @  Mohd Rajab Mohamed Zain telah kembali ke Rahmatullah kerana komplikasi kesihatan selepas dibedah tempoh hari.

Bagi saya, lakonan arwah sungguh hebat. Dari watak seorang imam sehingga watak seorang tua yang berfoya-foya mampu dilakonkannya. Beliau seorang yang versatile.

Moga rohnya dicucuri rahmat oleh Yang Maha ESA.

SEKILAS AL-MARHUM M.RAJOLI :

Continue reading

SELAMAT HARI MALAYSIA

MalaysianFlag

Seorang Wartawan bertanya kepada seorang remaja.

“Apa yang adik faham dengan Hari Malaysia?”, tanya Wartawan.

“Emmm.. Tak tahu la. Saya tahu makan je. Hehe.”, jawab remaja itu tanpa rasa bersalah.

Wartawan itu bertanya pula kepada seorang pemuda lain yang berada di situ. “Apa yang saudara faham dengan Hari Malaysia?”.

“Hari Malaysia tak penting bagi saya, sebab bos saya susah nak bagi cuti. Asyik kerja, kerja, kerja!”, jawab pemuda itu dengan perasaan tidak puas hati!

Continue reading

AMALAN SUNAT DI AIDILFITRI

“Dengan ini diumumkan.. Esok Raya!”

Baju Raya sudah dibeli. Rendang sudah dimasak. Mercun dah banyak dibakar. Tibalah pula Hari Lebaran.

Seperti kebiasaannya, Hari Raya sangat sinonim dengan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Memang tak dapat disangkal lagi, apabila tiba sembahyang raya, masjid pasti penuh dengan kehadiran jemaah yang luar biasa ramainya. Al-maklum, raya setahun sekali, hari rayalah masanya nak balik kampung kan?

Di kemeriahan ini, saya ingin mengambil peluang berkongsi serba sedikit tentang amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan di pagi raya. Amalan itu adalah..

Continue reading

NAK DENGAR LAGU RAYA?

eid_mubarak

Hari raya adalah hari yang gembira.

Namun, di sebalik kegembiraan itu, jangan pula kita lupa untuk berzikir kepada Allah Subhanahu Wataa’la.

Justeru, saya ingin berkongsi sebuah lagu raya yang mengajak kita membesarkan Allah Subhanahu Wataa’ala di dalam suasana raya yang gembira itu.

Sudah bersedia nak menyanyi?

Continue reading