Info,  Perspektif,  Review,  Tinta ADMIN

SELAMAT HARI MALAYSIA

MalaysianFlag

Seorang Wartawan bertanya kepada seorang remaja.

“Apa yang adik faham dengan Hari Malaysia?”, tanya Wartawan.

“Emmm.. Tak tahu la. Saya tahu makan je. Hehe.”, jawab remaja itu tanpa rasa bersalah.

Wartawan itu bertanya pula kepada seorang pemuda lain yang berada di situ. “Apa yang saudara faham dengan Hari Malaysia?”.

“Hari Malaysia tak penting bagi saya, sebab bos saya susah nak bagi cuti. Asyik kerja, kerja, kerja!”, jawab pemuda itu dengan perasaan tidak puas hati!

Fenomena golongan muda buta sejarah negara memang amat membimbangkan. Mungkin  kerana telah selesa dengan kesenangan yang diperolehi, sehingga lupa dengan jerih pedih golongan terdahulu mempertahankan negara. Mungkin juga selalu terlelap semasa kelas Sejarah di sekolah!

Itulah resam manusia, kita kebiasaannya tidak pandai menhargai jika bukan kita sendiri yang mengusahakannya. Setuju?

.

SEJARAH HARI MALAYSIA

Pada tanggal 16 September 1963, Tanah Melayu (semenanjung), Borneo Utara (Sabah), Serawak dan Singapura telah diisyitiharkan sebagai sebuah negara yang diberi nama MALAYSIA. Pengisytiharan itu dilakukan di Stadium Merdeka. Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Pembentukan ini dirancang pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-6.

bendera_inventor-300x248 Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947. Al-fatihah….

.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia telah memperlambatkan pengisytiharan kepada 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan referendum di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

16 September setiap tahun adalah hari cuti am di Sabah. Mulai tahun 2010, 16 September dijadikan hari cuti am di seluruh negara.

Sumber : Wikipedia

.

MALAYSIA BARU 53 TAHUN MERDEKA

Kita baru merdeka selama 53 tahun. Tetapi semakin hari semakin ramai yang seperti ingin kembali dijajah. Ada juga yang sanggup menghina negara dengan penghasilan lagu-lagu yang tidak sepatutnya.

Nasihat saya kepada mereka-mereka yang selalu menghina negara, tak perlu menghina jika berasa benci. Jika benci, duduk sajalah di planet Pluto! Insya-Allah, tiada yang mengacau anda di sana!

Al-Fatihah buat pejuang-pejuang negara yang bertungkus-lumus membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Kita doakan supaya Malaysia terus dalam keadaan aman dan damai, tiada persengketaan politik yang terlampau dan terhindar dari anasir-anasir jahat yang berusaha menjatuhkan negara!

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge