Aktiviti,  Nasyid

SINGLE TERBARU UNIQ – MENUJU WAWASAN

UNIQ bersama Along Exist di studio ADA EXIST

.

Jika anda meminati lagu nasyid dulu-dulu, mungkinkah lirik ini masih terlekat di ingatan anda?

.

“Umat Islam Harus Cemerlang Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam

Jangan Buang Masa, Siapa Kata Kita Tidak Boleh?

Kita Ada Allah Maha Kuasa, Kita Punya Kuasa Tenaga, Doa Sebagai Senjata,

Umat Islam Sentiasa Boleh.. Umat Islam Sentiasa Boleh..”

.

Alunan nasyid dari kumpulan Suara Firdaus ini masih segar di ingatan saya. Bagi saya, lagu ini memberi semangat kepada setiap umat Islam untuk lebih bermotivasi setiap hari!

Alhamdulillah.. Lagu ini baru sahaja digubah semula oleh kumpulan UNIQ dan telah pun disiapkan. Gubahan yang dibuat adalah dari segi susunan vokal dan muzik sahaja, lirik asal tetap dikekalkan bagi memastikan mesej yang hendak disampaikan tetap diutamakan.

Nak dengar lagu itu?

LAGU ASAL MENUJU WAWASAN

Lagu asal Menuju Wawasan dinyanyikan oleh kumpulan Suara Firdaus yang dicipta oleh Ustaz Fairuz. Lagu ini juga dijadikan sebagai lagu tema oleh HPA. Dengarkan dulu lagu Menuju Wawasan versi asal oleh Suara Firdaus.

.

Bagi memberi semangat baru kepada umat Islam, UNIQ menghubungi kembali pencipta asal lagu ini (Ustaz Fairuz) untuk meminta kebenaran merakam semula lagu ini.

Lagu ini digubah untuk memberi semangat kepada generasi yang baru!

SEKITAR PEMBIKINAN LAGU MENUJU WAWASAN-UNIQ

Rakaman akhir diadakan pada 29 Julai 2010 yang bertempat di Studio ADA EXIST. Di bawah adalah gambar-gambar sekitar rakaman lagu ini.

Perbincangan susunan vokal

.

Saya dan Fadzli UNIQ

.

Saudara Fakhrul sempat ber’posing’ sebelum rakaman

.

Editing akhir oleh Along Exist sebelum mixing

.

Alhamdulillah. Rakaman akhir siap pada hari itu juga. Terimalah pra-dengar lagu ini di bawah.. (belum mixing)

.

Pra-dengar Menuju Wawasan (belum mixing)

.

MENUJU WAWASAN VERSI BARU DARI UNIQ

Dedikasi kepada pencipta, pengubah dan krew dalam pembikinan lagu Menuju Wawasan-UNIQ ini. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan.

Lagu : Fairuz (Suara Firdaus)

Lirik : Fairuz (Suara Firdaus)

Gubahan Semula : Bazli UNIQ

Susunan Muzik : Greg Henderson

Vokal : Bazli, Fadzli dan Fakhrulradhi (UNIQ)

Studio Rakaman : ADA EXIST (Along)

Mixing : Greg Henderson

Penerbit : Bazli UNIQ

.

Lagu ini telah siap sepenuhnya dan UNIQ menghadiahkan kepada semua pendengar dan sangat perlu untuk dikongsi-kongsikan. Lagu ini boleh didengar secara eksklusif di laman web UNIC RECORDS atau video yang di’upload’ di Youtube.

Layari Facebook UNIC dan Famili UNIQ bagi penggemar-penggemar Facebook. Banyak perkembangan terbaru yang dapat anda ketahui di sana.

Terima kasih. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. Insya-Allah.

UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

27 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge