Aktiviti,  Nasyid,  Review,  Tinta ADMIN

SEKILAS BERSAMA MAHER ZAIN

Kedatangan Maher Zain ke Malaysia sangat dinanti-nantikan.

Alhamdulillah, saya berpeluang untuk bertemu dengan Maher Zain,seorang penyanyi nasyid terkenal di peringkat antarabangsa.

Pertemuan ini ringkas tetapi sungguh bermakna.

Pertemuan yang memberi semangat untuk terus berjuang memertabatkan industri nasyid Malaysia!

.

SEKITAR MAJLIS MAKAN TENGAHARI BERSAMA MAHER ZAIN (13 OKTOBER 2010)

.

maher zain lunchMaher Zain, wakil Awakening Records dan En. Izham Shah (Inteam Records)

.

maher zain“Saya Sayang Malaysia”. Ucapan Maher Zain di majlis tersebut.

.

maher zain in malaysiaMengambil gambar ucapan Maher Zain tidak boleh dilepaskan.

.

ustaz zamriMasing-masing mengambil gambar

.

Bersama Saudara Fadzli UNIC dan Saudara Fairus Zainal (PR Inteam) di meja makan

.

Saya dan UNIC bergambar bersama Maher Zain

.

munsyeed malaysia & maher zainBarisan Munsyeed Malaysia bersama Maher Zain. Di antaranya, Raihan, Rabbani, UNIC, Inteam, Ideal, Hijjaz, Ustaz Amal, Muadz, Mestica dan Ustaz Zamri.

.

SEKALUNG PENGHARGAAN BUAT RAUDHATUL SAKINAH

Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Badan Amal Raudhatul Sakinah yang bertungkus-lumus menguruskan dan menjemput Maher Zain ke Malaysia.

Raudhatul Sakinah & Maher ZainPengurusan Raudhatul Sakinah, Inteam dan Maher Zain.

.

Tidak ramai yang sedar dengan jasa yang dibawakan oleh mereka, malah ada yang menyalahkan mereka gara-gara tiket tidak cukup dan gagal mendapatkan autograf! Isu ini telah dijawab sendiri oleh Pengasas Maher Zain Malaysia Fan Club, di dalam blognya bagi meredakan ketegangan.

Saya secara peribadi, mengucapkan terima kasih kepada pihak Raudhatul Sakinah di atas inisiatif ini. Syukran!

MUNSYEED MALAYSIA BERKUMPUL!

Salah satu hikmah yang dikesan dalam program ringkas ini ialah para penasyid Malaysia dapat bertemu. Bukan mudah untuk bertemu beramai-ramai kerana masing-masing mempunyai jadual kerja yang padat.

Artis yang pernah bernaung dalam Hijjaz Records bertemu di sini.

.

Alhamdulillah, di kesempatan ini, mereka dapat bertemu dan bertegur sapa.

Terima kasih semua.

Doa dan harapan untuk industri nasyid Malaysia agar terus maju dengan inspirasi dari Maher Zain yang membuka mata masyarakat Malaysia dengan lagu ketuhanan.

Tahniah dan syabas buat Maher Zain.

INSHA-ALLAH.. WE’LL FIND OUR WAY!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

16 Comments

  • Syafrizal

    maher zain memang lagu sedap2 tapi kadang2 org salah anggap lagu dia macam lagu jiwang RnB hehe
    pada hal lagu nasyid…
    Syafrizal´s last blog post ..Perawatan bagi demam denggi

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Lagu-lagu cam ni memang kena diperbanyakkan.. Yang penting mesejnya, melodi yang baik hanya menaikkan lagu itu.. Tapi lagu2nya memang mantop! Setanding lagu2 barat.. Kebetulan beliau pernah terlibat dalam produksi Lady Gaga dan Akon, ada la sedikit pengalaman nak buat lagu ala2 barat.. ^_^

    [Reply]

  • intan insyirah

    slm
    huhuhuhuhu…
    jelesnya… untunglah org tu ley ikut memane je unic g…

    huhuhu…ummi rose pun ada?ummi…rindunya ummi…hmmm..lama tak jumpa ummi.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ummi rose sape?

    [Reply]

  • wana93

    wah..bestnye…
    ni yg timbul rasa jeles niie..(gurau je)
    xde peluang nak jumpa ngan Maher Zain..
    nk dgr sndiri beliau nyanyi nasyid feeling beliau..
    xpewla..kirim slm kat anggota UNIC yer..
    sy memang minat nasyid..
    🙂

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Tak sangka2 dapat jumpa Maher Zain.. Asalnya UNIC nak tengok konsert beliau, tapi tiket dah habis dan kebetulan ada show masa konsert tu.. Tiba2 Inteam jemput UNIC datang lunch dengan Maher Zain bersama Munsyeed2 yang lain.. ^_^

    [Reply]

  • aina

    wah.. sronok ye.. dpt join in-team lunch dgn maher zain..
    mmg rzeki la ye..
    smoge industri nasyid trus berkmbang…

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Memang rezeki, tak disangka-sangka.. ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge