SIAPAKAH YANG PANDAI MENGGUNAKAN MIKROFON?

“Dalam banyak-banyak golongan, golongan mana yang paling pandai memilih mikrofon dan sound system?”, tanya Ustaz Noor kepada kami.

“Emm.. Mestilah artis!”, jawab kami.

“Jawapan tu boleh juga diterima. Tapi bagi saya, golongan artis jatuh ke tangga kedua dalam senarai ‘orang yang paling pandai memilih mikrofon’. Ada jawapan lain?”, tanya Ustaz Noor lagi yang menambah persoalan di fikiran kami.

“Tak pasti la Ustaz. Ada lagi ke golongan yang lagi pandai memilih mikrofon selepas golongan artis?”, tanya kami selepas ‘kepenatan’ memikirkan jawapannya.

“Baiklah.. Biar saya terangkan..”, kata Ustaz Noor.

CETUSAN PERSOALAN

“Saya pernah bertanya dengan seorang Sound Engineer tentang persoalan ini. Dan saya rasa ada benar apa yang dikatakannya”, Ustaz Noor memulakan cerita.

“Apa yang benarnya ustaz?”, tanya saya bagai tidak sabar mengetahui jawapannya.

“Mengikut pengalaman beliau sepanjang memberi perkhidmatan dalam bidang kejuruteraan bunyi, golongan yang paling bijak memilih mikrofon adalah golongan paderi di gereja!”, persoalan telah dijawab.

Latihan vokal di gereja – Gambar Frankie Marsh

.

“Cuma kita perhatikan, sound system yang terdapat di gereja adalah yang terbaik walaupun gereja mereka tidaklah secantik mana. Kita juga selalu melihat kumpulan-kumpulan vokal di gereja menyanyi, itu menunjukkan mereka sangat mengambil berat dalam aspek penyampaian kepada penganutnya”, terang Ustaz Noor.

“Kalau pihak gereja mahu membeli mikrofon, mereka akan membeli yang paling mahal dan paling berkualiti sekali”, Ustaz Noor menambah lagi.

BUNYI.. AGEN PENYAMPAIAN KE DALAM DIRI

Manusia amat tertarik dengan bunyi dan muzik yang mengasyikkan.

Itu menunjukkan hiburan adalah fitrah kepada setiap insan. Bunyi-bunyian juga boleh dianggap sebagai agen dakwah kepada seseorang. Mood seseorang juga dapat diubah dengan kehadiran muzik-muzik yang bersesuaian.

Sepanjang pengalaman saya mengikuti modul ESQ 165 pada tahun lalu, ESQ banyak memberi contoh bahawa penggunaan bunyi yang baik dapat memberi kesan yang sangat mendalam kepada si pendengar. Bunyi-bunyian yang digunakan mampu menjadikan mood pendengar kepada mood separuh sedar.

Apabila mood telah tenang, apa yang hendak disampaikan mudah untuk meresap masuk ke dalam hati. Insya-Allah.

Jenis gelombang dalam pemikiran manusia

.

Apabila difikirkan semula, mungkinkah khutbah yang disampaikan di masjid-masjid gagal disampaikan dengan baik kepada jemaah disebabkan kualiti audio yang rendah?

PERIHAL MASJID-MASJID YANG INDAH

Masjid-masjid di Malaysia cantik-cantik belaka. Ada kalanya kos pembinaannya menelan belanja berjuta-juta ringgit.

Masjid sudah cantik dan besar. Sungguh selesa dengan kipas dan karpetnya yang empuk. Namun jika sistem bunyinya hancur, kecantikan masjid itu tidak membawa apa-apa kesan kepada ummah!

Masjid yang indah tidak lengkap jika audio kurang jelas – Gambar Hiasan

.

Ditambah pula dengan suara khatib yang kurang jelas dan telah uzur menambahkan kepincangan. Makmum berkerut dahi untuk memahami apa yang hendak disampaikan kepada mereka, akhirnya makmum pengambil keputusan untuk tidur!

Terlalu banyak kes seperti ini terjadi, kita sebagai umat Islam kurang mengambil berat tentang cara penyampaian dakwah agar ia lebih berkesan. Tidak rugi sekiranya kita membeli sistem bunyi yang paling canggih semata-mata untuk memberi yang terbaik dalam usaha dakwah kita.

Pihak gereja sanggup menghabiskan wang untuk membeli mikrofon (sound system) yang terbaik di pasaran. Tetapi kita di masjid-masjid seolah-olah mahu membeli mikrofon yang paling murah dan sesuai untuk berkaraoke sahaja!

PERKONGSIAN YANG BERMAKNA

Persoalan ini saya dan UNIC perolehi semasa berada di Karnival Suarasa, Kuala Terengganu yang lalu. Penerbit Halaqah Sentuhan Qalbu (HSQ) yang ditayangkan di TV9, Ustaz Ahmad Noor Sulaiman yang bertindak sebagai penerbit dan pengacara HSQ, banyak berkongsi cerita.

Ustaz Ahmad Noor Sulaiman (kiri) di Karnival Sua Rasa TV9

.

Pengalaman beliau semasa penerbitan HSQ bersama ESQ banyak yang dikongsikan. Banyak perihal kehidupan dan cara penyampaian dakwah kepada manusia masih belum dikuasai oleh umat Islam dikongsi bersama kami.

Terima kasih Ustaz Ahmad Noor Sulaiman di atas perkongsian.

Ada benarnya masjid-masjid kita kurang menarik perhatian umat, jika tidak mempunyai tarikan (selain faktor keimanan) terutamanya bagi golongan muda.

Sesuatu perlu diubah!

DAKWAH PERLUKAN HIKMAH UNTUK DISAMPAIKAN

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

17 Comments

  1. setuju!!!

    masa ESQ,bunyi dum dam dum dam..sakit jantung…dan bila lagu yang mendayu2,hati pun menjadi sayu..

    juga setuju pasal masjid…bila menghadiri ceramah umum di masjid2 yg agak “besar” dan “cantik”,tapi kecewa,tak dengar pape..lebih gema dari suaranya..ble da tak dgr tu,terus down + tak bminat nak dgr..yela..mencuba berusaha tuk dgr,tp xdgr pape..even tajuk best..

    bunyi memainkan peranan sangat penting,
    aminbaek´s last blog post ..Duhai Hati

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Bukan sistem audio je yang terganggu, kadang2 keadaan imam yang menjadi masalah, agak uzur dan dah tak dengar lagi apa yang disebutnya.. Seeloknya, berilah pula kepada golongan muda untuk ambil alih.. Adakah kerana ada elaun untuk imam, imam lama tak nak lepaskan jawatan?

    [Reply]

  2. Memang mereka sudah membuat kajian tentang bunyi yang mampu mempengaruhi minda malah koir dalam gereja pun suara sedap2… sampai orang cakap sapa nak belajar menyanyi belajar dari orang Afrika-Amerika yang nyanyi koir dalam gereja tu.
    Syafrizal´s last blog post ..Pemilihan sesuatu topik – Bahagian 2

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ajaran Islam ini syumul, tapi kita sebagai penganutnya lemah dari segi penyampaian.. Emm..

    [Reply]

  3. Terkenang zaman jadi pengawas yang bertugas uruskan perhimpunan… jenuh sekolah jaga mic sampai kena simpan di pondok pengawal semuanya.

    Alangkah baiknya,sedikit peruntukan masjid/surau untuk memelihara keadaan PA sistem agar khutbah dan ceramah dapat disampaikan lancar kepada jemaah.
    muhammad fakhruddin´s last blog post ..Maher Zain Vs Adam Lembut Lambert

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Haha.. Ingat-ingat.. Hehe..

    [Reply]

  4. P.A System di surau dan masjid bertujuan untuk menguatkan bacaan Imam, Bilal, Penceramah dan sebagainya.kegunaan sistem bunyi di masjid dan surau adalah setiap hari,dan ianya amat penting bagi mengimarahkan tempat ibadah tersebut.

    Ada diantara masjid atau surau tidak mengambil berat terhadap sistem bunyi (asal boleh bunyi) dan sayang untuk mengeluarkan peruntukan bagi membaiki ataupun menukar barangan sistem bunyi tersebut.Kadang kala penceramah yang di undang yang terbaik tetapi sistem bunyi tidak memuaskan ataupun tidak berfungsi dengan baik.

    Jumlah zon P.A system ditentukan oleh zon lelaki, perempuan, menara, tempat wudhu dan sebagainya.

    Sistem PA digunakan setiap hari, jadi ia mestilah bebas dari sebarang masalah dan gangguan teknikal.

    Antara masalah yang biasa dihadapi oleh pihak masjid berkaitan PA system ialah:-

    Feedback (haoling) (bunyi berdengung terutama ketika imam bersujud)
    Suara tidak jelas
    Bunyi tidak memuaskan (gangguan bunyi )
    speaker tidak berbunyi.(wayar putus, speaker terbakar dan lain-lain)
    power amplifier (power tidak cukup untuk speaker)
    cabling.(pemasangan tidak betul/putus dan lain-lain )
    Semua masalah ini boleh berlaku akibat setting yang tidak betul, kombinasi peralatan yang tidak betul, cara sambungan yang salah, tuning yang salah, kualiti peralatan yang rendah, peralatan tidak diselenggara dengan baik, banyak tangan yang mengendalikan system (menjadikan system tidak konsisten), dan lain-lain lagi.

    Selain peralatan yang berkualiti, konfigurasi sistem daripada pendawaian hingga ke peralatan amat penting supaya penyelarasan dapat dibuat dengan berkesan.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge