TAHNIAH HERBA PENAWAR AL-WAHIDA (HPA)

Tanggal 2 Oktober 2010. bermulalah satu lagi langkah yang baru bagi Syarikat Herba Penawar Al-Wahida atau HPA.

Pada tarikh ini, secara rasminya sebuah menara yang berharga RM54 juta itu menjalankan operasinya.

Perasmian itu dihadiri oleh pengedar, staf dan penyokong HPA dari seluruh pelosok negara dan juga dari negara-negara jiran. Berduyun-duyun yang hadir pada hari itu, termasuklah saya.

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN MENARA HPA

Semasa di majlis tersebut, saya dapat merasakan satu suasana yang sungguh hebat. Suasana yang mengumpulkan usahawan-usahawan Islam yang berjaya dalam bidang perniagaan mereka, suasana yang sangat saya rindui.

UNIC membuat persembahan sempena majlis perasmian Menara HPA-Ehsan HPA

.

UNIC dan saya di Book Store HPA

.

Tuan Haji Ismail berucap di hadapan para tetamu dan ahli HPA

.

Upacara perasmian oleh Tuan Haji Ismail Bin Ahmad

.

Ekonomi dunia dipegang oleh orang bukan Islam. Tidak perlu dilihat jauh, hanya halakan pandangan anda dengan lambakan produk-produk di pasaran, semuanya dihasilkan oleh orang bukan Islam. Hampir 90% makanan yang kita (orang Islam) makan dibuat oleh tangan-tangan bukan Islam.

Ke manakah inisiatif kita sebagai umat Islam untuk mencari yang halal? Alhamdulillah, HPA adalah salah satu usaha yang patut dipuji dan disokong oleh kita. Insya-Allah.

Tahniah buat HPA di atas kejayaan ini, semuanya datang dari Allah Subhanahu Wa Taa’la. Saya sudah 3 tahun menjadi ahli HPA, terlalu banyak perubahan positif yang dibawa, terima kasih.

UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG. TAHNIAH HPA!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


4 thoughts on “TAHNIAH HERBA PENAWAR AL-WAHIDA (HPA)”

  1. Tahniah pada semua yang menyokong HPA dan membeli produk HPA. Tanpa sokongan HPA tidak akan sampai ke tahap sekarang ini. Jangan lupa munajat kepada Allah kita dapat majukan lagi HPA.

  2. Aku ingat kat ne bangunan ni.. Rupanya selalu gak kita lalu kawasan tu masa pergi stadium.. Singgah2 la kat Halal Mart kat bawah bangunan tu.. Besar siut.. hehe..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *