ASAL USUL MINYAK BUT-BUT

“Berapa ekor burung But-But yang dimasukkan ke dalam minyak ni?”, saya bertanya kepada seorang pengamal herba.

“Kalau pengeluaran dalam skala yang banyak, berapa ekor pula yang dimasukkan? Dah la Burung But-But susah nak dapat sekarang”, saya bertanya lagi.

“Hisy.. Tak ada seekor pun burung ni disembelih. Kesian pulak burung tu’, beliau menjawab.

“Emm? Kalau macam tu, kenapa dipanggil Minyak But-But kalau tak guna burung But-But?”, saya menimbulkan persoalan.

Kebiasaannya minyak Gamat memang dicampur dengan Gamat. Tetapi tidak dengan minyak But-But. Jadi, bagaimana minyak ini mendapat namanya?

KISAH ANAK BUT-BUT PATAH KAKI

(kisah yang ditulis semula selepas didengar dari pengamal herba)

Pada suatu hari, seorang pengamal herba mahu mencari kehebatan alam yang Allah Subhanahu Wataa’la ciptakan dengan melakukan satu ujikaji dan pemerhatian di dalam hutan.

Sewaktu di dalam hutan, beliau menjumpai seekor anak burung But-But di dalam sarang yang patah kakinya. Tiba-tiba, datang ibu burung tersebut dengan membawa herba di mulut dan membalut kaki anak burung yang patah itu.

But-But yang mengajar herba pelbagai guna- Gambar Hiasan

.

Keesokkan harinya, pengamal herba itu datang semula ke dalam hutan untuk melihat perkembangan anak burung But-But yang patah kaki itu. Alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati kaki anak burung But-But itu telah sembuh! Dan akhirnya beliau mengambil herba yang digunakan oleh ibu But-But untuk merawat kaki anaknya yang patah dan mencarinya di dalam hutan.

Dari situlah sejarah penghasilan Minyak But-But yang diajar dari pengantaran burung But-But kepada manusia.

ILMU KALAM ALLAH DALAM KISAH HABIL & QABIL

Kisah Minyak But-But ini adalah sama dengan kisah pengebumian Habil (anak Nabi Adam) selepas dibunuh oleh kembarnya, Qabil.

Allah Subhanahu Wataa’la memperlihatkan kepada Qabil untuk menanam Habil dengan perantaraan dua ekor burung gagak yang bergaduh, dan akhirnya seekor daripada burung gagak itu mati. Burung gagak yang masih hidup menanam gagak yang mati itu dengan mengorek dan menimbusnya dengan tanah.

Qabil belajar dari burung Gagak untuk menanam Si Habil yang mati dibunuh olehnya. Ia adalah ilmu yang Allah turunkan daripada haiwan untuk mengajar manusia. Sama seperti kisah minyak But-But ini, Allah memberi ilham kepada burung But-But untuk memberi ilmu kepada manusia bagi merawat tulang yang patah dan lain-lain penyakit lagi.

Apa yang penting dalam kisah But-But adalah herba yang digunakan, dan bukannya burung itu yang berkhasiat dalam penyembuhan penyakit. Akibat salah faham, ada pengamal herba yang merebus burung But-But untuk menghasilkan minyak. Masya-Allah.

MINYAK BUT-BUT HPA

Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.

KELEBIHAN MIYAK BUT-BUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

Untuk Patah Tulang.

Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

Untuk Buasir.

Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.

Untuk Darah Tinggi dan Lumpuh atau Stroke.

Panaskan minyak sedikit dan sapukan pada bahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.

Untuk Urut.

Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

Sengatan Serangga.

Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Luka Kecil-Kecil.

Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

Terkena Air Panas dan Luka Terbakar.

Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.

Cirit-Birit.

Minum satu sudu kecil bersama air suam.

Kembung Perut.

Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.

Asma.

Kanak-Kanak kecil, minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimutkan kanak-kanak tersebut.

Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam.

Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.

Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam.

Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.

Lemah Tenaga Batin.

Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari.

Wanita Menopouse.

Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.

.

Komposisi (75 ml per botol) :
1. Kaempferia Galanga

2. Melaleuca Lecodendron

3. Cocos Nucifera Oil

4. Tinospora Crispa

.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 10
Sabah & Sarawak: RM 12.50

.

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 8
Sabah & Sarawak: RM 10

Nilai Mata (NM): 4

Sumber : DuniaHerbaHPA.com

Minyak ini banyak kegunaannya dan seeloknya ada di setiap rumah untuk kes-kes kecemasan dengan izin-Nya. Insya-Allah..

.

.

Dah jadi ahli HPA?

KE ARAH MEREALISASIKAN PERUBATAN JAWI

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


13 thoughts on “ASAL USUL MINYAK BUT-BUT”

  1. bagus bagus
    sudah keluar but-but nya…
    pelan2 nanti boleh citer benda lain
    rajin2 kan datang kelas
    dan kalau ada duit boleh la ke kursus herbalis

  2. Ibu saya ada cerita perihal macamana minyak but-but dapat formula memang benar dari kisah anak but-but dipatah kaki. Bagus HPA komersial minyak but-but ni

  3. Saya pun baru tau kisah ini masa jumpa dengan Herbalis HPA.. Sebelum ni ada orang kata minyak But2 ni dari rebusan burung But2, rupanya tidak.. Hihi.. Minyak But2 setanding dengan minyak Gamat juga..

  4. Pingback: Minyak Herba Jawi 99 (Minyak but-but) | Meniti Jalan Sunnah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *