Herba Penawar Al-Wahida,  Info

ASAL USUL SPIRULINA DAN KHASIATNYA

.

Pernahkah anda mendengar sejenis alga yang diberi nama SPIRULINA?

Alga ini sangat berkhasiat untuk diambil dan dikategorikan sebagai Multi-Vitamin.

Dari manakah alga ini muncul dan dikaji khasiatnya?

ASAL USUL SPIRULINA

Pada era 1960-an, terdapat sebuah kaum yang tinggal di tepi danau Cad Afrika yang digelar kaum Ganimu. Diceritakan, kekuatan fizikal mereka sangat hebat dan mendapat gizi yang baik dalam kehidupan mereka.

Pada tahun 1963, Professor Perancis Crammond mengkaji tentang bagaimana kaum Ganimu mendapat gizi yang mencukupi dan kekal sihat sepanjang hayat. Apabila dikaji, didapati kaum Ganimu gemar memakai sejenis alga berwarna hijau (Spirulina) yang terdapat di dalam danau di kawasan itu. Dari situlah bermulanya penyelidikan tentang Spirulina dan penggunaannya telah meluas ke serata dunia. (Sumber : di sini)

Sejarah Spirulina juga dikatakan telah bermula pada kurun ke-16 dimana kaum Aztech telah mengamalkannya sebagai makanan harian mereka yang diambil dari Danau Texcoco. (Sumber : di sini)

KANDUNGAN SPIRULINA

Mengandungi Beta Karotin untuk menguatkan penglihatan.

Mengandungi Vitamin B-12 (25 kali lebih banyak dari hati lembu) yang membantu untuk membentuk sel darah merah dalam sum-sum tulang.

Mengandungi Zat Besi untuk membantu menguatkan sel darah merah dalam sistem pertahanan tubuh.

Klorofil (warna hijau) bagi membantu meningkatkan proses penyingkiran racun dan bertindak sebagai anti-penuaan.

Karotenoids yang bertindak sebagai fungsi anti-oksidan dan anti-kanser dalam tubuh.

KHASIAT SPIRULINA

  • Bertindak sebagai anti virus
  • Menurunkan kadar kolestrol
  • Memperbaiki sistem hati sebagai penyaring lemak dan toksid
  • Menurunkan risiko kanser
  • Menaikkan imunisasi tubuh
  • Meneutralkan keracunan dalam ginjal
  • Meningkatkan pertumbuhan lactobacillus yang terdapat di dalam usus yang membantu proses pencernaan
  • Mempercepatkan penyembuhan luka dalam dan luar
  • Mengatasi masalah kekurangan zat dan mineral
  • Membantu mereka yang terdedah pada radiasi
  • Mengatasi kelemahan tubuh badan bagi pengidap kencing manis
  • Bahan pengganti khusus bagi kanak-kanak yang kurang gemar makan sayur

KAPSUL SPIRULINA HPA

Kolam penternakan Spirulina HPA

.

HPA mempunyai kolam penternakan Spirulina sendiri dan dijamin kualitinya. Setiap botol yang dijual mengandungi 60 biji kapsul seberat 270mg Spirulina setiap kapsul.

DOS : 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam. Kanak-kanak atau mereka yang telah lanjut usia dicadangkan dibuka kapsul dan masukkan ke dalam minuman atau dicampur ke dalam bahan makanan seperti sup, bubur atau makanan lain. (Sumber : Kit Niaga HPA)

HARGA AHLI : RM 24.00 (S/M) / RM 28.00 (S/S)

HARGA PENGGUNA : RM 30.00 (S/M) / RM 35.00 (S/S)

Pengambilan Spirulina sangat baik sebagai suplemen untuk badan. Khasiat tentang Spirulina ini juga telah lama diperkatakan di serata dunia. Maka ianya sudah diakui keberkesanannya dalam penjagaan kesihatan. Insya-Allah, Allah Maha Penyembuh. Namun, jika pengamal mengalami kesan sampingan apabila mengamalkan Spirulina ini, kemungkinan ianya adalah tindak balas toksid di dalam badan.

NOTA : Saya menulis artikel ini untuk tujuan pembelajaran. Saya dalam proses pembelajaran ubat-ubatan HPA dan sesuai juga dikongsi kepada pembaca sekalian. PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA.

SPIRULINA SI MULTI-VITAMIN

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge