Rencah

DAGING ‘TERBEKU’ DI PETI SEJUK

Apabila terlihat kelibat lembu-lembu yang gemuk di tengah jalan raya, semestinya Raya Haji tidak berapa lama lagi.

Tidak ketinggalan juga terjadinya kesesakan lalu lintas yang menyesakkan pengguna jalan raya.

Persiapan menyambut Aidil Adha juga giat dijalankan, barang keperluan dibeli, saudara-mara pulang ke kampung. Lembu-lembu sudah ditambat menunggu masa untuk disebat! AJK Masjid pula sibuk memasang khemah untuk kunjungan Muslimin dan Muslimat menunaikan Solat Sunat Aidil Adha.

SUASANA DI PASAR

Di pasar pula, kelihatan peniaga beramai-ramai menjual daging. Daging lembu yang bergantungan dibeli oleh pembeli sehingga licin. Kadang-kadang saya terfikir, mengapa jualan daging meningkat pada Hari Raya Haji? Jika ianya dijual pada Hari Raya Puasa, memang patut jualan daging laris!

DAGING TERBEKU DI PETI SEJUK

Daging dibeli berkilo-kilo di pasar. Menjelang tengah hari di Hari Raya Haji, agihan daging korban ke rumah-rumah mula beroperasi. Setiap rumah paling kurang mendapat 1-2 kilo setiap rumah. Itu belum diambil kira apabila jiran-jiran yang memberi daging korban yang disembelih di rumah sendiri.

Akhirnya, berkilo-kilo daging korban di dalam peti sejuk yang berbulan tidak dimasak!

Ibadah Korban di Kemboja -Gambar Hiasan

.

Sejak kebelakangan ini, ramai di antara umat Islam di Malaysia yang menjalankan ibadat korban di negara miskin terutamanya di Kemboja. Ibadat korban di sana juga diniatkan untuk membantu umat Islam di Kemboja yang miskin yang kadang-kadang hanya makan daging setahun sekali (itupun kalau ada lembu korban).

Saya berpendapat, menjalankan ibadat korban di negara miskin amat bermakna dan dapat membantu saudara-saudara Islam di sana. Tetapi bukan bermakna ibadat korban di Malaysia tidak baik ya, di Malaysia juga masih ramai yang patut dibantu.

Selamat Hari Raya Aidli Adha kepada semua. Selamat menjalani ibadat korban dan menghayati pengorbanan yang dikisahkan dari kisah Nabi Ibrahim dan Ismail. Sama-sama kita berkorban!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge