browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

HOMESTAY ADA KOLAM RENANG?

Posted by on November 4, 2010

“Belajarlah berenang, nanti bolehlah mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik!”, kata Wak Amin.

Hahaha.. Gelak ketawa semua yang mendengarnya. Tidakkah lucu jika kita yang tak tahu berenang ini dapat masuk sukan Olimpik?

“Hey.. Tak mustahil kalau kita mencuba. Aku dulu masa nak buat kolam renang ni, semua orang tak percaya tau? Buang duit la, tak yakin boleh buat la. Akhirnya orang yang cakap itulah yang berenang kat dalam kolam renang aku”, sambung Wak Amin lagi.

Homestay ada kolam renang? Betulkah? Kalau di hotel percayalah.

“Tengok la dalam peta Malaysia, carilah mana-mana Homestay yang ada kolam renang. Inilah satu-satunya!”, tegas Wak Amin.

Bangsa kita kurang berminat dalam sukan berenang. Walhal sukan ini adalah salah satu sunnah nabi selain berkuda dan memanah. Mungkin kerana pemikiran bahawa berenang ini seksi, mahal dan sukan orang-orang kaya, kita memperlekehkan usaha orang kita yang berfikiran jauh seperti Wak Amin ini.

Baru-baru ini saya bersama UNIC berprogram di sekolah sekitar Tanjung Karang dan berpeluang menginap di Homestay yang cukup “UNIC” (unik) ini.

Homestay Amin di Kampung Parit Serong, Tanjung Karang.

Banner Homestay Ada Kolam Renang

.

Bukan kolam renang sahaja yang menjadi tarikan, homestay ini juga mampu memuatkan seramai 40-50 orang pada satu-satu masa! Tak ke meriah tu?

Selain itu, kos penginapan di homestay ini jauh lebih murah daripada hotel. Bermula dari RM25-RM100 semalam. Memang puas hatilah kalau datang ramai-ramai. Sarapan juga disediakan oleh tuan rumah untuk tetamunya (sarapan termasuk harga penginapan).

Sarapan bersama tuan rumah di pagi hari

.

40 ORANG TAK TERLALU SEMPIT KE?

“Kalau kita lihat, homestay yang lain kena ikut syarat Kementerian Pelancongan, kena ada ruang tamu dalam Homestay. Tapi Wak tak buat ruang tamu, tapi lebih kepada menyelesaikan masalah orang. Manalah tau ada rombongan pengantin (lebih 30 orang) datang ke kawasan ni, bolehlah tinggal kat Homestay ni, tak payah tinggal kat hotel sebab kos tinggi”, terang Wak Amin.

Jika datang berombongan. Kadar bayaran seorang ialah RM15 termasuk sarapan pagi.

“40 orang boleh muat dan berkatil bukan tidur atas toto, kalau tambah toto boleh muat dalam 60 orang. Harga penginapan termasuk bayaran sarapan pagi dan mandi di Swimming Pool!”, tambah beliau.

HOMESTAY ADA KOLAM RENANG?

Benar. Kolam renang ini bukan kolam yang dibeli di pasaraya (macam kolam budak-budak tu). Ianya adalah kolam renang yang sebenar.

Kedalamannya sekitar 3 dan 4 kaki ke bawah. Sesuai digunakan oleh kanak-kanak, dewasa dan orang yang tak pandai berenang. Pelampung juga disediakan bagi pengguna yang takut tenggelam!

Jom mandi di Kolam Renang Kampung Parit Serong!

.

KADAR BAYARAN BAGI PENGGUNA KOLAM RENANG:

  • Pelajar Sekolah Rendah dan Ke Bawah = RM 3.00
  • Pelajar Sekolah Menengah = RM 5.00
  • Dewasa = RM 5.00
  • Penginap Homestay = PERCUMA

Bayaran ini bagi saya amat berpatutan dengan servisnya. Kebetulan juga di sekitar Kuala Selangor dan Tanjung Karang, memang sangat kurang Swimming Pool di kawasan ini dan inilah peluang untuk menikmati mandian di dalam kolam renang untuk orang-orang di kawasan ini.

Mandi sambil menikmati suasana kampung Parit Serong.

.

Bagi kami, Homestay ini lain dari yang lain. Disamping bayaran penginapan yang murah, kita dapat menikmati suasana desa yang damai dari kesibukan kota. WiFi juga boleh diakses di sini, memang mantap!

Bayaran penginapan kami berlima hanya RM80 sahaja termasuk sarapan dan berenang-renang di kolam renang. Selalunya sekitar RM150++ untuk menginap di hotel bajet (untuk 4 orang) tanpa sarapan. Cuma homestay ini jauh di pedalaman sahaja.

PENGHARGAAN KEPADA AMIN HOMESTAY

Terima kasih kami ucapkan kepada keluarga Wak Amin di atas layanan yang diberikan. Insya-Allah jika ada kelapangan, kami akan menginap di sini lagi.

Maaf kurang jelas – Peta Homestay Amin

.

Bagi yang berminat untuk menginap di Homestay Ada Kolam Renang ini, bolehlah menghubungi Encik Amin di talian 012-970 1969 atau Puan Sur di talian 016-255 3141. Juga boleh melayari blog Homestay di http://aminhomestay.blogspot.com.

Terima kasih daun keladi. Ada masa kami datang lagi.

HOMESTAY ADA KOLAM RENANG?

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

31 Responses to HOMESTAY ADA KOLAM RENANG?

  1. fitri

    fulamak best la…nnti ley pegi ni..murah plak tu..
    fitri´s last blog post ..Kereta- Manual Atau Auto

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Jom2.. Bleh gak wat gathering famili unic kat sini.. hehe..

    [Reply]

  2. Syafrizal

    bestnya hehe…
    lama tak pegi kolam renang…
    Syafrizal´s last blog post ..Program MIBF di HPA International Center

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Tak sangka ada kolam renang dalm kampung terpencil cam tu.. Budak2 kampung tu mesti dah kecut mandi kat situ hari2.. hehe..

    [Reply]

  3. fahmie

    haha…classic tol..murah lak tuh.^_^

    Terkini:
    1. Nama Kau Super Duper Hipster Cool Lah Lady Gaga
    2. Tembikai Susu Ais Kisar Gembira
    3 .Lupe Sampai Tak Ingat 
    fahmie´s last blog post ..Tembikai Susu Ais Kisar Gembira

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Memang murah.. Jom2.. ^_^

    [Reply]

  4. alianabila

    fuyohhh…best tue!! sesuai sgt duk situ if nak wat rombongan..huhu. ader tempat tuk bbq tak?? klu ader…lagi best!

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Kawasan rumah Wak tu memang lapang.. Buat sukaneka pun ok.. Bleh gak buat bbq, menikmati suasana kampung.. ^_^

    [Reply]

  5. Umiyon

    Paie… Jom kita buat 1st hari keluarga Hassan Hj Abdullah kat sini nak… Macammana pun umi ingat nak buat gak hari keluarga utk family… dah nak rancang2… sebelum pergi tempat orang, baik kita mula di ‘tempat sendiri’ kan… apa komen ‘Aie?
    save bajet…
    Umiyon´s last blog post ..TIDAK MEMBANTU- YANG MEMBANTU AKHIRNYA AKU TAHU

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Cadangan yang baik tu.. Wak Amin tu kawan bapak.. hehe..

    [Reply]

  6. cemara putih

    wah..abg long….kita wat gathering famili unic kat c-nie jom3!..da lah murah..mesti suasana kampung dye best kan????eeeee macam best aa pulak….:Pnnt abg long sugest2 kan aa kt abg2 UNIC:)..nmpk sngt ikatan kekeluargaan dtg homestay mcm nie…klu kt chalet ke,resort xbest…baik wat kt tmpt mcm nie..
    cemara putih´s last blog post ..Jalinan Ukhuwah – Ukhuwahfillah Sepanjang Zaman –

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Abg2 UNIC memang cadangkan kat tempat ni, kebetulan Mahmud pun dekat je dengan umah tu.. Kena buat juga program ni, sebab program kembara dah tak sempat dan ramai yang sibuk..

    [Reply]

  7. zik

    dalam tak kolam renang tuh..tak pandai berenang nih.. hehe
    zik´s last blog post ..Hari raya aidiladha sambut 17 haribulan november 2010

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Tak dalam la, dalam 5 kaki je.. Paras dada.. hehe..

    [Reply]

  8. chanz

    Wahh menarik~ semoga beliau berjaya~
    chanz´s last blog post ..Menanti di Barzakh versi LP

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Insya-Allah.. Beliau seorang yang berpandangan jauh, sangat sukar menjumpai orang seperti ini dalam kalangan orang Melayu kita yang semakin layu ini.. ^_^

    [Reply]

  9. lina

    camna nak ke homestay tu ek. ada peta lokasi yang lebih jelas lg x. sy dari terengganu

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Agak sukar nak terangkan memandangkan cik dari Terengganu.. Cuma yang boleh diceritakan, homestay itu terletak di Kampung Parit Serong.. Cari jalan ke Tanjung Karang, Kuala Selangor, dan kampung ini berdekatan dengan jalan ke pekan Tanjung Karang.. Boleh menghubungi pemilik Homestay tersebut iaitu Wak Amin di talian 012-970 1969.. Mungkin beliau dapat membantu., ^_^

    [Reply]

  10. wak amin

    spe yg b’minat sle hubungi wak amin 0129701969.
    b,alamat lorong berlian b,
    kg parit serong
    45500 tg karang
    selangor
    b’bagai suasana yg anda blh perolehi……………
    time kasih…

    [Reply]

  11. liza

    aku tahu tempat tu kat je ngan kg aku…..best siut lau nak giblon….cuti meh le ….

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Meh2 kita mandi kolam Wak Amin!

    [Reply]

  12. bukit talang

    cuti ni meh le kita giblon…….jgn giblon kat parit depan umah tak best….tak terjamin kebersihannya……

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Parit sekarang mana bersih lagi.. Dah kotor dah..

    [Reply]

  13. IlyaHashim

    Hi,
    Tgh search2 pasal homestay terjumpa pulak yr blog ni. Nak tanya, tempat tu gelap tak di waktu malam? Sesuai tak untuk buat bbq pd waktu malam, dengan disertai anak2 kecil (family gathering)

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Homestay ni boleh menempatkan seramai lebih 40 org, x boleh aspect ianya cantik sebab Wak Amin buat homestay untuk selesai masalah or ramai yang datang dengan ramai org nak memerlukan bajet yg ok..

    Ada spotlight di rumahnya, rasanya boleh buat BBQ di sana sambil mandi2.. ^_^

    [Reply]

  14. ridzuan

    kolam renang untuk kanak2 bawah 12 tahun ada di sediakan juga ke..?

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Kolamnya tak dalam dan tak cetek sangat. Sedang-sedang saja..

    [Reply]

  15. sab

    eh eh..tak sangka dekat ajer …thanx kongsi maklumat…boleh la pegi bile2 masa aje kan3
    sab´s last blog post ..CARI HOMESTAY DI KLANG?

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Silakan.. Wak Amin sentiasa menunggu.. hehe..

    [Reply]

  16. azmi

    Salam wak,

    Nak tanya la.. apa aktiviti yang boleh untuk menghilangkan boring.. mcm memancing ke.. pegi melawat org2 kampong ke.. tangkap ikan kat sawah ker.. rasanya ayah saya dah call wak semalam wak Ajis dari kota tinggi..

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam. Maaf, sangat bukan Wak Amin, saya hanya yang menulis tentang Homestay Wak Amin mengikut pengalaman saya. Boleh menghubungi beliau terus dengan menghubungi nombor yang tertera dalam artikel ini ya.

    Terima Kasih.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);