browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KAYA ITU HUBBUD DUNYA?

Posted by on November 11, 2010

Sumber – [uk2.net]

.

“Jom kita buat bisnes”, ajak Ali kepada Abu.

“Ehh.. Tak nak la aku”, jawab Si Abu.

“Kenapa pulak tak nak buat bisnes? Nabi pun galakkan umat Islam berniaga. 9/10 rezeki datangnya dari berniaga tau? Ke kau takut rugi?”, balas Si Ali.

“Bukan sebab tu. Kalau aku masuk bidang bisnes, aku takut aku akan jadi kaya nanti!”, jawab Si Abu.

“Ha? Takut jadi kaya? Kenapa?”, Si Ali terpinga-pinga. Pertama kali jumpa orang yang tak nak kaya.

“Aku takut “Hubbud Dunya” (cintakan dunia)”, jawab Abu dengan rendah diri.

Masya-Allah.. Masih ada orang yang zuhud seperti Abu di zaman ini. Seorang yang takut dengan kecintaan kepada dunia akibat terpesona dengan kekayaan harta.

“Orang kaya cintakan dunia, orang miskin tak cintakan dunia?”, Ali bertanya lagi kepada Abu.

“Hisyhhh.. Oarng miskin lagi cintakan dunia, serba tak cukup dan nak cari duit lebih untuk sara hidup sampai sanggup buat apa saja. Eh?”, jawab Abu dan terkejut dengan kata-katanya.

Orang miskin juga cintakan dunia kerana tidak berupaya memiliki harta.

“Sikap cintakan dunia bukan terletak pada kekayaan atau kemiskinan seseorang, tapi terletak kepada sejauh mana kita meletakkan kecintaan dunia pada diri kita”, terang Ali.

Ali bermonolog di dalam hati, “Ya Allah, Kau berikanlah kekayaan kepada insan seperti Abu ini, kerana kekayaan ini akan beliau gunakan untuk menegakkan Islam”.

ORANG BERIMAN TAK NAK KAYA, ORANG KAYA TAK NAK BERIMAN?

Masalah utama mengapa orang Islam sekarang lemah adalah kerana tidak menguasai ekonomi dunia. Kita membiarkan orang bukan Islam yang mengawal ekonomi, membuat makanan untuk kita dan kita terus hanyut mengatakan kekayaan itu satu bentuk kecintaan kepada dunia.

Bagaimana Islam mahu disebarkan jika semua penganutnya miskin. Bagaimana sedekah dapat diberikan jika kita tidak berharta?

Bagaimana kita mahu membantu saudara-saudara se-Islam kita yang susah jika kita tidak kaya?

Persoalannya, orang Islam yang kaya tak mahu beriman, dan orang beriman tak mahu kaya.

“Buat apa nak bagi duit kita kat orang lain, kita penat-penat cari duit diorang pulak yang sedap makan hasil kita!’, kata Si Kaya yang tidak beriman.

“Tak payah la kita kaya, cukup makan sudah. Janji kita beriman. Sedekah tu, kerajaan boleh bagi”, kata pula Si Beriman yang tidak mahu kaya.

3 GOLONGAN  YANG DIHARUSKAN UNTUK KITA CEMBURU :

  • Orang berilmu dan menyampaikan ilmunya
  • Orang yang mati syahid
  • Orang kaya yang bersedekah

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima. Ayuh fikirkan.

BELAJAR DARI UTHMAN, KHADIJAH DAN ABDUL RAHMAN BIN AUF

Uthman Bin Affan, Khadijah Binti Khuwalid dan Abdul Rahman Bin Auf adalah nama-nama pejuang Islam yang kaya di zamannya. Mereka menggunakan kekayaan mereka untuk Islam dan mereka dipandang mulia di atas sifat dermawannya itu.

Bayangkan jika Uthman Bin Affan (r.a)  tidak berharta, bagaimana beliau boleh membeli sebuah telaga daripada orang Yahudi untuk memberi minum kepada umat Islam di musim kemarau?

Bayangkan jika Saidatina Khadijah (r.ha) tidak berharta, bagaimana umat Islam dapat dibantu semasa ditindas oleh kaum kufar?

Bayangkan jika Abdul Rahman Bin Auf (r.a) tidak berharta, bagaimana tentera Islam dapat menggunakan senjata dan pengangkutan yang baik semasa pergi berperang?

Kerana itulah pentingnya umat Islam harus kaya bagi memudahkan pernyebaran Islam di atas muka bumi ini.

Orang Yahudi telah menguasai ekonomi dunia dan dapat membunuh orang-orang Islam dengan hasil kekayaannya itu. Kita pula masih lagi tidur dengan harapan kalau-kalau ada panglima Islam yang muncul secara tiba-tiba.

UMAT ISLAM HARUS KAYA!

“Kita mengidamkan kereta Mercedes tetapi dapat Toyota Camry.

Kita mengidamkan kereta Kancil tetapi kita dapat motorsikal.

Kita mengidamkan motorsikal tetapi dapat basikal saja”

Itulah impian, tidak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Tetapi sekurang-kurangnya kita perlu bercita-cita besar untuk mendapat kejayaan yang besar. Umat Islam juga perlu menanamkan sikap mahu kaya dengan niat mahu menolong saudara-saudara kita di serata dunia.

Orang Beriman Harus Kaya, Orang Kaya Wajib Beriman. Barulah Islam hebat di mata dunia dan dapat menewaskan Yahudi yang menzalimi umat Islam di serata dunia. Insya-Allah..

.

“Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan.”

(AL-HADIS)

UMAT ISLAM HARUS KAYA!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

16 Responses to KAYA ITU HUBBUD DUNYA?

  1. Ristanto Aris

    Trm ksh bnyk Jamal atas p’kongsian yg amat menarik ni….
    sy sngt salut ngan Jamal,yg selalu mengkongsikan hal2 yg amat menarik & motivatif sngt2.
    Setelah sy m’baca,ni kata2 yg amat memotivasi…..
    * UMAT ISLAM HARUS KAYA
    * ORANG BERIMAN HARUS KAYA & ORANG KAYA HARUS BERIMAN
    Ristanto Aris´s last blog post ..&lt&gt Dimana Kau Letakkan Dirimu &lt&gt

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Hidup perlu sentiasa dikongsi bersama di antara kita.. Saya bukannya yang terbaik dalam penulisan, tetapi cuba yang terbaik.. ^_^

    [Reply]

  2. farid azmi

    thnks jamal krn brkongsi ilmu dgn kami ara pmbaca.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Sama2.. Dalam usaha memupuk minat berniaga di kalangan orang Melayu Islam kita ni..

    [Reply]

  3. hamba Allah

    orang Islam kalah dengan perniagaan kerana sikap cepat putus asa.sebab tulah orang Islam jarang yang maju dalam pekerjaan ni..
    ummat Islam hendaklah kaya dalam semua segi.apatah lagi kaya Iman..apabila kaya harta,hulurkanlah kepada yang memerlukan dan salurkan ke dakwah ilallah.seimbang dunia akhirat..so, taklah di panggil cintakan dunia semata..
    semoga kita di bimbing Allah menuju redhoNya..Wallahua’lam bith thawab..

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Kadang2 kita tak percaya dengan diri sendiri, bukan senang nak senang.. Bukan susah nak susah.. Thanks MJ.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.. ^_^

    [Reply]

  4. Syafrizal

    Teruskan perjuangan.. kita perlu jihad dalam bab ekonomi juga.. bukan jihad di pentas lain sahaja.. agak malang tidak ramai umat Islam memikirkan begitu.. katanya dah selesa tapi masuk jugak skim cepat kaya.. bila dah kena tipu jangan salahkan orang lain tapi diri sendiri yang jahil dan termakan pujuk rayu jerung yang tak kenal mangsa
    Syafrizal´s last blog post ..Garam Bukit HPA dari Pergunungan Himalaya

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ya.. Orang Islam kita ni jarang nak terlibat dalam bisnes, hanya fikir nak makan gaji je.. Lebih senang bagi duit kat Cina la katakan.. ^_^

    [Reply]

  5. zik

    ya mahu jadi kaya…jutawan akhirat pun ok jugak…. kita harus berusaha untuk tingkatkan kestabilan ekonomi negara…
    zik´s last blog post ..Malaysia mara ke pusingan kedua biarpun kalah dengan China 3-0

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Kita dah banyak bagi duit kita kat orang Yahudi, mungkin itu terdesak sebab barang2 keperluan kita mereka yang buat.. Kini dah ada macam2 produk yang dikeluarkan oleh orang2 Islam.. Kita perlu sokong! ^_^

    [Reply]

  6. muhammad fakhruddin

    Pernah dengar Ustaz cerita,orang miskin paling kurang dapat tunaikan 3 daripada 5 rukun Islam.

    Orang kaya beriman insya Allah dapat tunaikan semua.Hubbud dunya itu masalah hati,lebih dahsyat masalah hati yang namanya dengki pantang tengok orang dapat rezeki lebih dari diri sendiri.Itulah penyebab jatuhnya ekonomi umat Melayu-Muslim-Malaysia ini
    muhammad fakhruddin´s last blog post ..P Ramlee-Di Mana Kan Ku Cari Ganti

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Itulah masalah kita ni, asyik dengki jer.. Kalau dengki nak tingkatkan pretasi diri x pe, tapi ni nak jatuhkan org lain plak.. Kita nak bagi duit kat orang Cina senang je, sebab dah hari2 bli dengan diorang.. Tapi bila melayu jual barang diorang kata “nak bisnes la tu”.. Aiyakkk..

    [Reply]

  7. akubiomed

    Macamana nak meniaga baru mula meniaga dah riba dengan bunga pinjaman modal.
    akubiomed´s last blog post ..Lawak malam Jumaat 18sx

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Itulah masalahnya, mungkin pinjaman syariah boleh membantu..

    [Reply]

  8. akubiomed

    Bank islam boleh 🙂 Kawan saya pernah sampaikan pesanan kepada saya nasihat yang dia dapat dari pengusaha Cina iaitu orang melayu bila dapat keuntungan sikit suka bermewah-mewah dengan beli kereta yang mana duit tadi perlu digunakan semula untuk reinvest. Sifat tersebut kena kikis menang memakai kalah membeli. Biar papa asal bergaya
    akubiomed´s last blog post ..Lawak malam Jumaat 18sx

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Memang biasa dah macam tu.. Yang tak berduit buat2 ada duit.. Tauke Cina kebanyakkannya pakai topi keledar tak de span, seluar pendek, tapi duitnya banyak plak tu..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);