browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

NASYID, PUJIAN, HARTA DAN WANITA

Posted by on November 12, 2010

“Bernasyid ada dua tujuan”, Bazli UNIC memulakan bicara.

“Yang pertama adalah hiburan dan yang kedua ialah dakwah. Ianya bukan suatu yang main-main dan tanggungjawabnya adalah besar”, beliau menyambung lagi.

Bas yang membawa para peserta Kembara Amal UNIC Ke Utara ke Puteri Ayu Resort, Yan Kedah terus menyusuri liku desa yang damai itu. Kami di dalam bas terus memberi fokus kepada salah seorang anggota UNIC yang berkongsi ilmu dan pendapat.

Jika sebelum ini saya ada menulis tentang kisah yang menjadi pencetus kepada lagu Langkah Tercipta, kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya dapat dari Kembara UNIC yang lalu.

Mujur saya masih ingat apa yang disampaikan dan saya menulis apa yang saya fahami dari perkongsian itu.

Perkongsian falsafah “KENASYIDAN” yang menarik untuk dikongsikan.

Buat renungan para pendakwah yang berjuang dalam industri nasyid di Malaysia, dan para peminat nasyid tanah air.

PUJIAN, HARTA DAN WANITA

“Sewaktu saya mula-mula mengikat kontrak bersama Hijjaz Records, abang-abang Hijjaz menasihati kami tentang ujian yang dihadapi di dalam arena nasyid ini”, Bazli bercerita.

“Ujian itu adalah ujian harta, pujian dan wanita”, kesimpulan awal telah dilontarkan.

“Selalunya apabila diangkat menjadi artis, maka poket-poket kita akan dilimpahi dengan wang yang banyak. Maka sering terjadi para penasyid lupa tentang tanggungjawab mereka dalam berdakwah. Akhirnya wang yang akan jadi taruhan dan ukuran dalam perjuangan”, kata beliau.

.

Penasyid diuji dengan peminat – Gambar Hiasan

.

“Kedua, sering kali terjadi penasyid lupa diri apabila dipuji. Kamu hensem la, suara kamu sedap la, dan macam-macam lagi puji-pujian yang dapat mengembangkan diri apabila mendengarnya. Usah leka dengan pujian pesan abang-abang Hijjaz”, Bazli menyambung lagi dengan isi kedua.

“Yang ketiga, kebiasaannya artis nasyid terutamanya lelaki akan dikerumuni oleh peminat-peminat wanita. Dugaan wanita ini antara yang paling sukar untuk dihadapi”, isi yang ketiga.

Harta, Pujian dan Wanita adalah ujian terbesar bagi para penasyid.

UJIAN YANG SAMA BAGI SEMUA ARTIS

Jika dilihat, ujian ini sama sahaja untuk semua yang bergelar artis. Wang yang berlimpah ruah, pujian yang menggunung dan wanita yang mendampingi, menjadi sebati dalam kehidupan para artis.

Tidak kira penasyid atau penyanyi rock, peminat yang menggila pasti ada!

Tamak haloba pasti ada!

Bangga diri dengan pujian juga pasti ada!

Tetapi ada yang dapat membezakan antara penasyid dan artis lain, ianya adalah soal akhlak dan perjuangan yang menangkis ujian-ujian itu.

Namun, ramai yang telah tergoda dengan ujian itu. Ramai penasyid yang sudah lari dari landasan yang bertunjangkan dakwah sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat publisti murahan dan menggambarkan akhlak yang buruk.

SUATU PETANG DI SESI UJI BAKAT MENJADI PENASYID

Bernasyid bukan sekadar menyanyi – Kenangan bersama Inteam

.

Sekitar tahun 2005, ada seorang pelajar di sekolah saya yang amat merdu suaranya.

Rakan-rakan menyarankan agar beliau menawarkan diri untuk menganggotai kumpulan nasyid sekolah dek kerana kemerduan suaranya itu. Lalu beliau pergi ke sesi ujibakat yang kebetulan diadakan untuk mencari anggota yang baru bagi menggantikan anggota yang lama.

Apabila tiba giliran beliau diujibakat, beliau diminta untuk menyanyikan apa-apa lagu untuk dinilai oleh abang-abang senior yang ‘otai’ dalam kumpulan nasyid itu. Ternyata nyanyiannya sangat merdu dan mempersonakan. Rakan-rakan yang ada bertepuk gembira kerana kemerduaan suaranya.

Abang-abang senior juga sudah menganggukkan kepala menggambarkan tanda setuju dengan keputusan mengambilnya sebagai ahli yang baru. Dah dikira ‘confirm’ jadi ahli kumpulan dalam 90%. Namun ada satu lagi ujian..

“Kenapa adik nak jadi penasyid?”, tanya abang senior kepadanya.

“Sebab suara saya sedap, boleh popularkan diri!”, beliau menjawab dengan yakinnya!

Terkejut abang senior mendengar jawapan itu dan membuat keputusan..

“Maaf, suara adik memang sedap. Tapi kami tidak memerlukan seseorang yang hanya mementingkan popular dari berdakwah. Bukan soal suara sedap atau tidak, tetapi soal prinsip dan tanggungjawab. Minta maaf, adik bukan orang yang kami cari”, tegas abang senior.

Akhirnya, kerana niat yang ‘lari’, beliau tidak dapat menganggotai kumpulan nasyid sekolah.

*******

Ujian pasti datang, tetapi ujian perlu dibentengkan dengan kekuatan dalaman. Ianya berkaitan soal prinsip dan cara kerja berjamaah.

Satu muhasabah bagi penasyid yang masih di dalam perjuangan dakwah. Semoga kekal kuat mengharungi keindahan Fatamorgana yang mengaburi.

.

.

“Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama”

.

TOWARDS ISLAMIC ARTS PRIOROTY

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

16 Responses to NASYID, PUJIAN, HARTA DAN WANITA

  1. fitri

    wah..memang sengallah die jawab mcm tu..hahahaha

    tp xpela da ngaku awal2..kang da join payah pulak :p
    fitri´s last blog post ..Aku Sudah uBUNTU!

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Haha.. Cam tu la hakikatnya, sekarang makin banyak artis nasyid yang tak macam nasyid dah.. ^_^

    [Reply]

  2. the Prayer

    salam..alhamdulillah, suka dgn entry ni..ttg nasyid…syukran ats perkongsian yg dititipkan.
    ye sy jg sgt2 meminati lagu2 nasyid, dan apa yg membuatkan sy begitu ‘gila’ dgn lagu2 nasyid adlh satu…….krn liriknya..nasyid yg bagus, ada mesej yg dpt memberi kesan pd jiwa pendengarnya. semoga makin banyak penasyid bernasyid krn dakwah, krn mesej dakwah itulah yg dpt meruntun jiwa mengingatkan kita kembali kpd fitrah…wallahu’alam
    the Prayer´s last blog post ..Madah Sumayyah

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam.. Sokonglah nasyid dengan apa yang disampaikannya, saya risau dengan peminta yang hanya suka dengan penyanyinya saja..

    [Reply]

  3. Syafrizal

    saya memang sokong nasyid
    tapi tak suka sangat bila ke arah kemodenan
    nanti takut mesej tak tersampai
    jangan sampai buat RnB Nasyid orang leka dengan rentak nya tapi mesejnya macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan
    Syafrizal´s last blog post ..Promosi HPA Hujung Tahun 2010

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Saya sokong, lagu yang moden ni tak boleh terlampau bingit dengan muzik sampai mesej tak boleh nak dengar..

    [Reply]

  4. nur solehah ^-^

    salam.

    sy suka entri ini.

    mohon sy copy dan kongsikn. 😉
    nur solehah ^-^´s last blog post ..halwa – keluarga bahagia

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Silakan.. Terima kasih..

    [Reply]

  5. +fobia+

    haha.awalawal da niat lain.hee.peluang nak berjaya tipis.kalau berjaya pun,DIA lari kan dari akhirat.
    +fobia+´s last blog post ..takut

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Niat ibu segala-galanya.. Niat tak betul habislah semua.. ^_^

    [Reply]

  6. Saya Laa Dia

    Assalamu’alaikum.

    Segala-galanya bermula dengan niat. Semoga terus maju dan maju demi Islam.
    Saya Laa Dia´s last blog post ..Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Insya-Allah.. ^_^

    [Reply]

  7. akubiomed

    Penyanyi nasyid pun manusia juga tak lari dari godaan iblis.
    akubiomed´s last blog post ..Lawak malam Jumaat 18sx

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Benar.. Yang ingin bawa agama lebih besar ujiannya..

    [Reply]

  8. akubiomed

    Memang setiap tuh memang sudah assign general iblis mengikut ranking 🙂
    akubiomed´s last blog post ..Lawak malam Jumaat 18sx

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Semakin kuat agama seseorang, semakin besar iblis yang dihantar menggoda.. ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);