Perspektif

STRATEGI DAH BAGUS.. TAPI..

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan penubuhan Mock Casino bagi melatih pasukan Polis Khas dalam kes perjudian. Dalam satu segi, usaha ini boleh diterima kerana hendak menangkap penjenayah kelas tinggi bukannya mudah. Bagi menangkap mereka, polis perlu mewujudkan satu pasukan ‘undercover’ yang menyamar sebagai anggota kumpulan penjenayah itu.

Nak jadi anggota kumpulan penjenayah bukan mudah, mereka amat licik dan perlu ada ‘orang dalam’ yang memberi maklumat kepada Polis. Ada yang sanggup memotong jari kelingking mereka bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada kumpulan. Maka, jari kelingkinglah yang menjadi korban, sehingga begitu sekali pengorbanan anggota Polis yang terlibat dalam pasukan undercover.

Tapi..

Strategi yang hebat itu bukan bermakna perlu diwar-warkan kepada umum. Cuba fikirkan, setiap hari pihak Polis mengumumkan strategi mereka kepada umum, pastinya tauke-tauke besar penjenayah sudah dapat menghidu tindak tanduk Polis. Penjenayah pun tengok Buletin Utama setiap hari!

Pengumuman Mock Casino ini kepada umum lebih membuka jalan kepada penjenayah agar lebih berhati-hati.

Strategi yang membunuh strategi.

Usah mengumumkan apa yang sepatutnya tidak perlu diwarkan-warkan kepada umum. Tidak semua yang menonton berita itu berfikir secara positif, lebih-lebih lagi bagi pihak yang benci akan PDRM. Oleh itu, berdiam diri adalah lebih baik dan umumlah sesuatu yang melegakan hati rakyat.

TINGKATKAN KREDIBILITI PDRM!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

16 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge