browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

CABARAN MENJADI JURUJUAL

Posted by on December 22, 2010

.
“Mari.. Mari.. Mari.. Poster 2 ringgit.. Poster 2 ringgit..”

Para peminat menyerbu booth. Suasana semakin sesak dengan kehadiran mereka. Poster, poskad, penanda buku, album dan lain-lain jualan semula disapu!

Di sebuah sekolah, jualan pada hari itu sungguh laris.

LOKASI KEDUA

“Mari.. Mari.. Mari.. Poster 2 ringgit.. Poster 2 ringgit..”

Tidak ramai pun yang datang ke booth. Jika ada, hanya membelek-belek barangan yang hendak dijual dan berlalu begitu sahaja.

Jualan pada hari itu tidak berapa laku pula.

LOKASI KETIGA

Di satu lokasi pula, ramai pengunjung yang ada, barangan yang hendak dijual semuanya menarik. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Habis semua barang jualan basah, pembeli pula lari menyelamatkan diri daripada basah kuyup akibat hujan.

Jualan pada di lokasi ini juga tidak laris.

REZEKI SIAPA BAGI?

Secebis pengalaman saya sepanjang menjadi jurujual memberi pengajaran yang besar. Ada kala ramai yang membelinya, ada kala juga tiada yang datang menjenguk.

Semua itu adalah ketentuan daripada Allah Sybhanahu Wa Taa’la. Tiada izin-Nya, tiadalah rezeki untuk kita.

Di situlah terletaknya konsep Tawakal kepada Allah. Allah yang mengerakkan hati-hati manusia supaya membeli dengan kita.

Namun begitu, konsep perniagaan juga haruslah menarik minat pelanggan supaya membeli barangan kita. Itu yang saya perhatikan. Masya-Allah.

CABARAN KEPADA PENJUAL

Pernahkah anda didatangi seorang jurujual jualan langsung yang tiba-tiba menegur anda ketika di tempat awam? Jualannya kadang-kadang buku agama, produk kosmetik dan CD-CD kuliah agama.

Kita berasa tidak selesa ketika kehadiran mereka, tetapi adakah kita merasakan apa yang mereka rasakan? Tidak ramai yang sanggup menebalkan muka untuk menjual sebuah produk semata-mata mahu mencari rezeki yang halal.

Saya amat kagum dengan keberanian mereka kerana saya sudah merasai cabaran yang mereka rasakan.

.

9/10 rezeki dari perniagaan – Gambar Hiasan

.

“Mahal 10 sen la produk kau ni. Baik aku beli kat kedai Cina”, kata seorang pelanggan yang berkira dengan harga.

“Apasal murah sangat? Mesti tak de kualiti kan?”, kata pula seorang pelanggan yang memperlekehkan jualan kita.

Ayat-ayat ini biasa didengari oleh seorang peniaga. Tapi itulah asam garam dalam melayan pelanggan. Semuanya serba tak kena. Oleh kerana “Customer Always Right” semua itu terpaksa ditempuh.

Pada minggu ini, UNIC telah melancarkan produk pertama mereka di bawah syarikat UNIC Biotrade. Masing-masing perlu mempersiapkan diri sebagai seorang usahawan dan jurujual yang baik kepada pelanggan nanti.

Selama ini hanya menjual produk orang lain, kali ini perlu menjual produk keluaran sendiri pula. Apabila produk sendiri yang hendak dijual, pastinya semangat yang datang adakah sungguh berlainan dan perlu dibuat betul-betul.

Doakan kami dalam bidang perniagaan ini, semoga berjaya memberi sumbangan kepada masyarakat atas titik peluh mencari rezeki ini.

Ababg-abang UNIC, sudahkah bersedia menjadi jurujual? Jom kita gempurrr..!

NOTA : UNIC BIOTRADE AKAN MEMBUKA BOOTH AROMA UNIC DI KARNIVAL 1KEDAH YANG DIADAKAN DI KOMPLEKS RAKAN MUDA, BALING. TARIKH : 23-25 DISEMBER 2010. DIJEMPUT BERAMAI-RAMAI!

SIAP SIAGA DALAM BERNIAGA!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

14 Responses to CABARAN MENJADI JURUJUAL

  1. hamba Allah

    bukan semua orang mampu berniaga…

    berniaga itu adalah sunnah.moga tabah menghadapi segalanya..

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Terima kasih atas nasihat.. Doakan yang terbaik ye.. Insya-Allah.. Berjaya satu hari nanti.. ^_^

    [Reply]

  2. fitri

    ade buku yang bagus aku beli daripada jurujual yang jual kat fud court jati..haha..jat kedai buku pun xde bende alah tu…
    fitri´s last blog post ..FC Barcelona Guna Jersi Baru Tahun Depan

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Produk bagus kalau marketing tak bagus, produk x leh jalan gak.. hehe..

    [Reply]

  3. teya

    gmbar kat booth topup tu nmpk sgt berlakon..:)
    btw, da lame ye x dgar crite anda en jamal..:)
    teya´s last blog post ..-Recovering mode-

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Memang berlakon pun.. Hehe.. Memang dah lama tak dengar cerita rakan2 lama.. Bolehlah kita semua buat gathering nanti.. Pancawarsa Perdana tahun depan kan?

    [Reply]

  4. cemara putih

    jamal,sbnrnya kan,teringin jugak sy nk melibatkn diri utk mnjadi jurujual ni..^^..kata org bnyk cbarannya,tp pd sy jd jurujual adalah stu pkerjaan yg mulia,dan disarankan oleh Rasullulah s.a.w…&sec x langsung,mnjana pndaptn biarpun hasilnya tidak bnyk yg pnting keberkatan

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Memang banyak cabaran dalam perniagaan. Maklumlah income tak tetap macam orang kerja makan gaji.. Tapi serius, banyak yang kita dapat kalau berniaga, ikut sunnah dan rasa lebih menghargai rezeki yang kita dapat tu.. Masya-Allah..

    [Reply]

  5. teya

    heheh~
    inshalah..
    skang da grad ek?
    keje @ smbung degree?
    aah.. next year.. tp x dgar crite pape ag..:)
    teya´s last blog post ..-Recovering mode-

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Sekarang tengah kerja.. Tahun depan sambung degree plak.. Tunggu je la Amir buat pengumuman.. hehe..

    [Reply]

  6. teya

    yeke? oo keje kat mane ye?
    heheh~ agak la.. amir kan ketua..:)

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Keje dengan group nasyid UNIC.. ^_^

    [Reply]

  7. teya

    oo..:)
    gud luck ye jamal..:)
    teya´s last blog post ..-Recovering mode-

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Syukran.. Semoga semua rakan2 yang Good Luck juga., Insya-Allah..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);