IBRAH PATANI #1 : ANASYID ITU NASYID

.

Secebis pengalaman untuk dikongsi sewaktu kembara ke Patani tempoh hari.

Perjalanan yang membuka persepsi baru kepada saya dalam bidang nasyid. Nasyid di daerah selatan Thailand mencipta seribu pengalaman.

Saya berpeluang mengikuti kembara ke Prince Of Songkla University (PSU) bersama-sama kumpulan Inteam dan UNIC. Rombongan kami seramai 9 orang sampai ke sana pada 26 November 2010. Saya dan UNIC ke sana melalui Plaza Imegresen Bukit Kayu Hitam manakala Inteam dan rombongannya menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur.

PENGALAMAN PERTAMA DI SEMPADAN

Suasana di sempadan sangat sibuk sehingga kami terpaksa menarik beg ke sempadan Thailand. Di sebelah sempadan Thailand, pihak penganjur yang diwakili oleh Ustaz Fajri dan Ustaz Aziz menunggu kami di sana.

Kami menaiki Pajero menusuri perjalanan selama 2 jam ke Patani melalui daerah Songkla.

.

Pintu masuk ke Selatan Thailand melalui Bukit Kayu Hitam

.

“Saya nak tanya lah. Siapa yang nyanyi lagu ‘umat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam’?”, tanya Ustaz Fajri sambil menyanyikan lagu Menuju Wawasan.

“Itu lagu kumpulan Suara Firdaus. Kami dah nyanyikan semula. Itupun kalau Ustaz nak dengar, hehe..”, jawab Bazli.

….Umat Islam Harus Cemerlang Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam….

Kami bernasyid di dalam kereta di sepanjang perjalanan. Diselang-selikan dengan nyanyian nasyid daripada kumpulan Fiklis (Thailand) yang dipasang oleh Ustaz Aziz dan Ustaz Fajri. Sungguh terhibur sambil menikmati permandangan di Thailand yang pertama kali dinikmati.

NASI LEMAK “PORK”

Semasa perjalanan, saya terlihat sebuah gerai makan di tepi jalan.

‘Ada Nasi Lemak’, saya berkata di dalam hati. Kat Thailand pun ada nasi lemak juga ya. Tapi mata saya terpanar dengan satu ayat di bawah perkataan ‘Nasi Lemak’ itu. Ianya tertulis PORK! Perkataan itu ditulis agak kecil yang boleh mengelirukan pengguna muslim.

NASI LEMAK BERLAUK BABI. Nauzubillah!

Terdapat sepotong daging yang tergantung di sebelah ayam, saya rasa itu daging babi. Ayam pula masih mempunyai kepala dan saya yakin ayam itu tidak disembelih!

Pengajaran buat semua, berhati-hatilah memilih makanan terutamanya di tempat orang, walaupun namanya seperti selalu dimakan oleh kita (nasi lemak).

.

Makan-makan di Restoran Chekkar

.

Di pertengahan perjalanan, kami dibawa ke sebuah restoran Islam yang sering dikunjungi oleh pelancong dari Malaysia. Kami singgah di Restoran yang diberi nama CHEKKAR. Restoran orang Islam yang menyediakan makanan halal, bolehlah mencuba makanan di sini jika melawat ke Thailand.

AIR SUAM SATU BANG!

Selepas menikmati hidangan di Restoran Chekkar (makan yang ringan-ringan sahaja), kami dijadualkan ke sebuah restoran yang lain (saya tak ingat namanya) dan menunggu kehadiran kumpulan Inteam dan rombongannya di sana.

Tidak lama kemudian, Inteam dan rombongannya tiba di Restoran itu dan kami menikmati hidangan yang disediakan oleh pemilik Restoran kepada kami.

.

Ketibaan Inteam dari Airport Had Yai disambut meriah oleh warga Patani

.

“Abang.. Air suam satu boleh?”, pinta seorang daripada kami kepada pemilik restoran.

“HAHAHAHA..”, pemilik Restoran dan orang-orang Patani yang berada di situ tergelak-gelak.

Apa yang mereka gelakan?

“Kalau di sini, SUAM itu maksudnya TANDAS. Jangan terkejut kalau orang kedai bawak air dalam baldi dari jamban! Haha..”, terang pemilik Restoran kepada kami sambil tergelak-gelak.

.

Inteam dan UNIC menikmati hidangan di Restoran penaja

.

“Abis tu, air masak yang kurang panas dipanggil apa?”, tanya Hafiz, ahli kumpulan Algebra yang turut serta.

“Air suwe“, jawab pemilik Restoran.

“Looooohhhh”, memuncung kami mengiakan. Terlupa pula di Patani menggunakan dialek Kelantan.

Tiba-tiba.. “Looooh pun ada maksud jugak dalam bahasa Patani!”, kata seorang daripada penganjur.

“Apa dia?”, kami bertanya.

“Maksudnya awak Hensem!“, jawab mereka beramai-ramai.

“Ehem.. Ehemm”. Masing-masing membangga diri!

ANASYID ITU NASYID

“Baiklah.. Selepas ini kita akan solat di Masjid Madrasah Tasdikiah (sekolah agama) yang tidak jauh dari sini ya. Selepas solat nanti, kita akan ke Madrasah, minta Inteam dan UNIC menghiburkan anak-anak dengan alunan anasyid untuk mereka”, Ustaz Fajri menerangkan program seterusnya.

“Ooo ya.. Nasyid di Thailand disebut Anasyid. Saya sudah mengerti”, monolog saya di dalam hati.

Kami pun meneruskan perjalanan ke Masjid Madrasah Tasdikiah dan menghiburkan adik-adik di sana.

NOTA : Ibraj itu maksudnya pengajaran.

KEMBARA ANASYID DI BUMI PATANI

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

8 Comments

  1. wah bestnya dapat pergi kesana… memang tak pandai bahasa orang sana..sepatah haram pun tak tahu… yang tahu sawadikap…
    zik´s last blog post ..Cup cake bergerak!

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Biasalah, saya pun tak tau pape.. Dapat perkataan baru, “Suai nara” maksudnya ‘awak cantik;.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge