NANTIKAN KEMUNCULAN ALBUM HIJRAH (HPA)

.

UNIC sedang menyiapkan sebuah projek album khas bersama Syarikat Herba Penawar Al-Wahida (HPA). Nama album khas ini akan diberi judul HIJRAH.

Apa yang menariknya, kesemua lirik di dalam album ini adalah hasil nukilan Pengarah Urusan HPA sendiri, iaitu Tuan Haji Ismail Bin Ahmad.

.

Pelancaran album ini dijadualkan pada 5 Februari 2011 sempena KONVEK HPA 2010 yang akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor. Program ini akan dilangsungkan bagi memberi penghargaan bagi pengedar-pengedar HPA yang berjaya dalam tahun 2010.

Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah Sajak Usahawan, Asy-Syafi, Sangkar Hati, Hijrah dan 7 lagu yang lain. Album ini juga akan diedarkan melalui MLM HPA dengan bernilai mata (harga album masih belum diputuskan).

Nantikan nukilan khas dari Tuan Haji Ismail Bin Ahmad kepada semua ahli HPA! Semoga kita dapat berhijrah kepada ekonomi Islam yang mantap! Insya-Allah.

“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


6 thoughts on “NANTIKAN KEMUNCULAN ALBUM HIJRAH (HPA)”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *