NGANGKUNG : AKIBAT BERNOMBOR EKOR

.

Saya belum pernah mengulas tentang filem di dalam blog ini.

Bukan niat saya untuk menulis tentang diari kehidupan saya di sini, tetapi saya lebih berusaha untuk menulis sesuatu yang bermanfaat kepada para pembaca.

Sebagai permulaan dalam bab mengulas sesebuah filem, saya ingin berkongsi pengajaran yang saya perhatikan di dalam sebuah filem Melayu bergenre Komedi Seram yang diberi judul NGANGKUNG. Filem ini saya tonton bersama rakan-rakan kerana dikatakan mempunyai pengajaran oleh Pengarah filem tersebut.

Benarkah filem ini penuh dengan pengajaran?

SINOPSIS FILEM NGANGKUNG

.

Ngangkung memaparkan kisah Azim (Shaheizy Sam) yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri (Eira Syazira) dan anak mereka Wahida (Farisya Fatin). Azim terpedaya dengan hasutan rakan baiknya, Tasnim (Azad Jazmin) dan Wan (Angah Raja Lawak) untuk menyertai aktiviti ngankung yang dilihat dapat mengubah cara hidupnya.

Semakin hari mereka bertiga semakin rancak bermain ekor sehinggalah kehidupan Azim menjadi lebih mewah hasil daripada kemenangan nombor ekor yang diperoleh menerusi kejadian aneh di kawasan hutan. Biarpun mewah, namun kehidupannya bersama keluarga tidak lagi bahagia seperti dulu.

Mampukah rezeki yang diperoleh daripada kegiatan haram membahagiakan hidup? Walaupun niat di hati hanya ingin membaiki taraf hidup dan memberi kesenangan kepada keluarga, namun jika cara yang dipilih salah, maka tiada apa yang dapat membenarkannya.

Sumber : Kisah69

APA KATA SAYA?

1. Apa yang menyebabkan saya suka ialah filem ini melakukan pegambaran di sekitar daerah saya! Iaitu di sekitar kawasan Kuala Selangor dan Tanjung Karang. Apa yang ditayangkan seolah-olah mudah dibayangkan.

2. Filem ini ada mesej DAKWAH. Mesej dakwah dapat dilihat melalui watak Doktor yang dilakonkan oleh Azlee Senario. Ada babak di dalam filem ini yang menunjukkan Si Doktor cuba menyedarkan pesakitnya yang ingin menggugurkan anak dengan dosa. Juga Doktor menegur Tasnim (Azad Jazmin) dengan cara berhikmah.

3. Akibat berjudi (main nombor ekor). Filem ini memaparkan akibat bermain nombor ekor seperti keluarga menjadi porak-peranda. Hutang keliling pinggang semata-mata mahu menikam nombor, padahal tak pernah menang pun, akhirnya dipukul Ah Long sebab tak dapat bayar hutang.

.

Sedutan filem Ngangkung – Kredit Rabiatuladawiyah.com

.

4. Pengamalan ilmu syirik. Pemujaan, amalan ‘menurun’ banyak berlaku di dalam masyarakat kita. Sudahlah menikam nombor haram, ditambah pula dengan pinjaman Ah Long, bagi makan anak bini dengan duit haram dan kadang-kadang ada yang bertahun berjudi tapi tak pernah menang!

Filem ini bagi saya adalah filem ala-ala seram yang lain dari yang lain. Ianya dipenuhi dengan pengajaran dan bukan sekadar hiburan semata-mata. Saya berpendapat filem seperti ini perlu diperbanyakkan lagi bagi menjalankan dakwah kepada masyarakat.

Banyakkan filem yang menyebabkan ramai orang ‘terasa pedas akibat memakan cili”. Dan bukannya filem syok sendiri dan asyik merempit sahaja!

NAK DUIT KENA KERJA DAN PASTIKAN HALAL

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

6 Comments

  1. Cerita yang ada mesej..menarik..sambil bergelak,ada pengajarannya

    dan sangat tertarik dengan lakonan Azlee senario..di part menakutkan pasangan nak gugurkan anak tu..hehe..

    “Tembak biar di badan,jangan di ‘”ekor’”..hehe
    aminbaek´s last blog post ..Dengan NafasMu

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Lepas ni banyak lagi cite hantu nak keluar.. Kita tengok bagus ke tak.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge