browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

SAYA TAK NAK TEKSI ITU!

Posted by on December 13, 2010

[Sumber : Google]

.

Kisah ini berlaku di sebuah Hotel di negara Eropah.

Seorang pemuda Yahudi hendak ke suatu tempat. Memandangkan cuaca sedang hujan, pemuda itu meminta pertolongan pekerja Hotel untuk memanggilkan Teksi untuk beliau.

Tidak lama kemudian, datang sebuah Teksi yang dipanggil oleh pekerja Hotel itu tadi. Lalu pemuda itu bertanya sesuatu kepada Si Pemandu Teksi, dan selepas itu Si Pemuda Yahudi menyuruh Teksi itu pergi. Kemudian, Pemuda Yahudi menyuruh pekerja Hotel memanggil Teksi yang lain pula.

Tidak lama kemudian, datang pula Teksi yang kedua.

Si Pemuda Yahudi bertanya sesuatu kepada pemandu Teksi yang kedua itu, dan akhirnya disuruh pergi seperti yang dilakukan kepada Teksi yang pertama tadi. Si Pemuda Yahudi menyuruh pekerja Hotel memanggil Teksi yang lain pula.

Maka datanglah Teksi yang ketiga di hadapan Hotel. Si Pemuda Yahudi itu turut melakukan perkara yang sama iaitu bertanya sesuatu kepada pemandu Teksi dan akhirnya disuruh pergi.

Teksi keempat, kelima hingga ke sembilan dipanggil dan masih disuruh beredar.

Pekerja Hotel berasa hairan dengan tingkah laku Si Pemuda Yahudi. Teksi sudah datang tetapi menolak untuk menaikinya.

.

Banyak Teksi yang datang, tapi semuanya ditolak oleh Pemuda Yahudi itu – Gambar Hiasan

.

Selepas 9 buah Teksi disuruh beredar, datang pula Teksi yang ke sepuluh. Pemuda Yahudi itu melakukan perkara yang sama kepada Teksi yang ke sepuluh ini. Tetapi kali ini beliau masuk ke dalam Teksi itu.

Sebelum beredar, pekerja Hotel sempat bertanya kepada Pemuda Yahudi tentang mengapa menolak teksi-teksi sebelum ini?

Maka, Pemuda Yahudi pun menjawab..

“Saya bertanya kepada mereka adakah mereka adalah kaum Yahudi. Ternyata mereka semua menjawab mereka bukan seorang Yahudi. Sehinggalah teksi ini datang dan pemandunya adalah seorang Yahudi, maka saya pun menaikinya!”, jawab Si Pemuda Yahudi dan beredar dari Hotel itu.

YAHUDI YANG MEMBOIKOT EKONOMI ASING

Berdasarkan kisah di atas, secara logiknya kita kerugian masa kerana menolak teksi-teksi itu terutamanya ketika saat genting. Tapi mengapa Yahudi itu masih memilih Teksi yang dibawa oleh kaumnya?

Yahudi telah lama memboikot ekonomi bangsa Asing!

Pemuda Yahudi itu mempunyai pilihan yang banyak, tetapi semangat boikot beliau sangat mendalam sehingga sanggup menunggu teksi yang kesepuluh semata-mata tidak mahu wang mereka jatuh ke tangan bangsa lain!

Mereka (Yahudi) telah lama memboikot ekonomi bangsa lain, kita (orang Islam) pula masih berdebat sama ada mahu memboikot atau tidak walaupun sudah mempunyai pilihan.

“SAYA DAH SEBULAN TAK MAKAN AYAM, TUAN HAJI”

Ketika ini, sudah banyak barangan yang dihasilkan sendiri oleh umat Islam. Namun, umat Islam masih lagi ragu-ragu untuk bertukar kepada produk keluaran umat Islam.

Namun, ada individu yang sungguh bersungguh-sungguh dalam mencari yang Islam dan halal bagi diri mereka.

“Saya dah sebulan tak makan ayam, Tuan Haji. Saya sanggup tak makan ayam semata-mata nak tunggu bekalan ayam HPA sampai”, kata seorang ahli HPA kepada Tuan Haji Ismail (Pengarah Urusan HPA) tidak lama dahulu.

Semangat individu ini sangat saya hormati. Sanggup menunggu bekalan ayam yang halal dan dihasilkan oleh orang Islam walaupun bekalan ayam itu terputus buat seketika. Berbeza dengan kita, begitu mudah memilih barangan Yahudi sedangkan terdapat banyak produk keluaran orang Islam.

Selepas ini, bolehlah kita berkata, “SAYA TAK NAK BARANG YAHUDI!”.

BERSAMA MEMBANGUNKAN EKONOMI UMAT ISLAM

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

4 Responses to SAYA TAK NAK TEKSI ITU!

  1. zik

    kuat betul dia punya peganggan.. boikot punya pasal….
    zik´s last blog post ..Cup cake bergerak!

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Tu la pasal, kita susah nak boikot.. Barang tak de terus beli produk lain..

    [Reply]

  2. fitri

    bukan senang nak buat tu..banyak daripada kompeni yahudi punye..
    fitri´s last blog post ..Lagu Maher Zain Juara Carta Hit Era 40!

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Memang banyak produk Yahudi, tapi yang kena ambil pengajaran tu pasal pemuda Yahudi yang sanggup tunggu teksi Orang Yahudi jugak..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);