JAM BERPUSING TERBALIK DI KONVEK HPA 2010

.

Tanggal 5 Februari 2011.. Insya-Allah akan berlangsung KONVEK 2010 oleh HPA Industries Sdn. Bhd di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

KONVEK dianjurkan oleh HPA untuk menghargai pengedar-pengedar HPA yang berjaya mencapai kejayaan di sepanjang tahun 2010 yang lalu. Sebanyak 2,500 tiket diperuntukkan dalam program ini dan dimaklumkan tiket-tiket itu hampir habis dijual!

Alhamdulillah.. Tanda sokongan kepada “Produk Halal Tanggungjawab Bersama”.

Continue reading

SEKSI SANGAT KE SAYA?

Sumber Google

.

Tidak lama dahulu, Faizal Tahir pernah menggemparkan hiburan tanah air dengan insiden buka baju ketika persembahannya.

Riuh-rendah masyarakat mengatakan isu yang tidak bermoral itu. Ada yang tulis di dalam blog, akhbar, keluar dalam Televisyen semata-mata untuk mengutuk dan memberi pendapat tentang isu itu.

Itulah isu yang melibatkan seorang artis lelaki yang membuka baju ketika persembahan. Nasib baik tak buka seluar!

Continue reading

ULASAN : NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR

.

Apabila kita pergi ke pantai, pasir-pasir di sana masih di situ. Ombak tiada henti dan angin juga bertiup tanpa jemu. Suasana itu sudah lali dengan kehidupan kita apabila berlibur di kawasan pantai.

Nampak biasa sahaja si pantai itu.

Namun, kita jarang terfikir tentang apa yang tersirat di sebalik pantai dan laut yang terbentang luas. Mengapakah ombak tidak pernah berhenti? Mengapakah ikan-ikan di laut tidak pernah habis walaupun nelayan turun ke laut setiap hari?

Mengapa dan mengapa. Itulah yang diterapkan di dalam buku ini, NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR.

Continue reading

CERITALAH DI KEDAI KOPI

Berpolitik biar kena pada tempat, masa, dan orang yang sesuai – Gambar Hiasan

.

Celik mata di waktu pagi sudah berfikir macam mana nak lawan pihak musuh.

Di mana-mana sahaja dicanang fahaman politiknya, tak kira di kedai kopi, pejabat dan Facebook!

Tak kurang dari itu, dibuatnya ayat-ayat pedas yang bertujuan menjatuhkan pihak lawan.

Saya berasa kurang senang dengan perkara ini. Fahaman politik sepatutnya dihormati di antara satu sama lain.

Jangan pula kerana politik, boleh memutuskan tali silaturrahmi sesama Islam. Sedangkan Islam itu adalah agama persaudaraan dan melarang umatnya menjatuhkan maruah orang lain.

Continue reading

SUDAH TERURUSKAH KEWANGAN ANDA?

Urus akaun satu azam tahun baru – Gambar Hiasan

.

Awal pagi tadi saya menerima sepucuk surat rasmi.

Pada awalnya terasa gembira kerana jarang sekali menerima surat daripada siapa-siapa. Tapi, alangkah sedihnya apabila pengkhabaran yang dibawa oleh surat itu ialah “Sila bayar hutang PTPTN anda!”.

Ibarat iklan PTPTN di TV, rasa resah dan gundah juga. Tetapi apa boleh buat, hutang tetap kena bayar kan?

Perbelanjaan bulanan akan meningkat dari semasa ke semasa. Ini baru hutang PTPTN, belum lagi hutang kereta, rumah, bil eletrik, bil air dan hantaran kenduri kahwin!

Continue reading

TEH TARIK SATU!

Gambar : Mofad

.

“Mamak! Teh Tarik satu!”, pesan seorang pelanggan.

“Okey, siap!”, mamak membalas dengan semangat!

Rata-rata masyarakat kita akan bersarapan di warung atau kedai mamak setiap hari sebelum memulakan pekerjaan harian. Teh Tarik, kopi, Milo panas dan roti canai menjadi tradisi.

Memang sedap menikmati Teh Tarik dan Roti Canai di waktu pagi. Pasti ‘berkhasiat’!

Continue reading