browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

AISKRIM GORENG DI PANTAI BATU BURUK

Posted by on January 2, 2011

Sebuah gerai yang menjual Aiskrim Goreng di Pantai Batu Buruk

.

Pernahkah anda menikmati satu juadah unik yang diberi nama Aiskrim Goreng?

Saya masih tertanya-tanya sehingga sekarang, bagaimanakah Aiskrim Goreng ini dihasilkan?

Panas di luar tapi sejuk di dalam. Digoreng menggunakan minyak panas tetapi isi aiskrimnya masih lagi sejuk dan berbentuk pepejal.

Saya menikmati Aiskrim Goreng di tepi Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu baru-baru ini.

.

Aiskrim Goreng yang dihidangkan – Bentuk Asal

.

Saya tidak sempat untuk bertanya kepada makcik kedai macam mana beliau menghasilkan Aiskrim Goreng ini kerana kesuntukan masa. Maka, khidmat Encik Google menjadi penyelesai masalah. Hanya klik “Aiskrim Goreng”, semua telah tertera.

Ternyata tidaklah terlalu sukar untuk menghasilkan Aiskrim Goreng ni :

  1. Skop Aiskrim dan letakkan di atas sekeping roti
  2. Ambil sekeping lagi roti kosong dan tangkupkan di atas Aiskrim tadi (macam buat sandwich)
  3. Tekankan/potong roti mengikut acuan yang dikendaki
  4. Masukkan ke dalam plastik dan simpan di dalam peti ais bahagian atas semalaman atau sekurang-kurangnya 3 jam
  5. Gorengkan di dalam minyak yang panas macam goreng cekodok
  6. Goreng sehingga kekuningan (secukup rasa)

Sumber beserta gambar : http://merpati66.fotopages.com/?entry=1059691

.

Isi dalam Aiskrim Goreng – Memang mantop!

.
Harga satu set Aiskrim Goreng ini adalah RM3 sepinggan di gerai-gerai di tepi Pantai Batu Buruk, Terengganu. Jika boleh dibuat sendiri, pasti kosnya sangat menjimatkan dan tidaklah terlalu payah. Saya pun nak cuba buat sendiri la! (kalau rajin)

NOTA : Malaysia mempunyai pelbagai juadah makanan dan pernah diberi jolokan “Syurga Makanan Dunia”. Yang pastinya, kita perlu memilih makanan yang Halal lagi baik. Bagi Aiskrim dalam menu ini, saya cadangkan kita menggunakan Aiskrim Toyyibah keluaran HPA. Halal Tanpa Gelatin.

MAKANAN APA DI LUAR PANAS DI DALAM SEJUK?

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

12 Responses to AISKRIM GORENG DI PANTAI BATU BURUK

  1. ata

    wahhh,giler terbaik nih…even duk terengganu,still x pernah merasa menda ni…haha
    ata´s last blog post ..Setahun 2010

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Maksudnya kena merasa la tu.. hihi.. unik untuk dicuba, silap2 boleh buat bisnes lagi tu..

    [Reply]

  2. cytie

    aiskrim goreng mmg famous la kt tganu…selain drpd aiskrim goreng,sata n nasi kerabu pun xkurang hebatnya….bezz…

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Saya jumpa Aiskrim Goreng ni memang kat Terengganu.. Kalau datang Pantai Batu Buruk, memang takkan lupa nak makan aiskrim ni.. Termasuk makanan yang bez kan ganu ialah nasi dagang ikan tongkol.. Emmmm..

    [Reply]

  3. deCrewz

    Aritu pernah makan dekat hotel di ibukota KL (lupa dah namanya).. Memang marvellous beb.. Terliur pulak jai nengok..hu3
    deCrewz´s last blog post ..Blog deCrewz Diterjah Untuk Tahun Baru

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Kat area KL tak tahu la berapa harganya.. huhu..

    [Reply]

  4. ummu

    assalamualaikum
    sedapnya…

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Waalaikumsalam… Memang sedap, lagi sedap kalau guna Aiskrim HPA.. Hehe..

    [Reply]

  5. Hanif Azmi

    Kilang yang membuat aiskrim HPA telah diambil alih oleh Syarikat Bumimasa Sdn Bhd. Mereka menjenamakan semula aiskrim HPA di atas jenama PARABELLA. Aiskrim PARABELLA sudah mula dipasarkan di kedai-kedai HPA dan juga di rangkaian kedai runcit Az-Zain. Sebarang pertanyaan boleh dapatkan contact no. person in charge di http://www.facebook.com/parabella.ice atau di http://www.parabellaicecream.com

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Adakah formula dan resipi ice cream ni sama macam HPA?

    [Reply]

  6. Hanif Azmi

    Formulanya hampir sama cuma ditingkatkan kandungan susu utk menjadikan aiskrim lebih sihat & berkhasiat.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Oh ya.. Sejauh mana pemasarannnya setakat ini?

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);