browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

SEKSI SANGAT KE SAYA?

Posted by on January 12, 2011

Sumber Google

.

Tidak lama dahulu, Faizal Tahir pernah menggemparkan hiburan tanah air dengan insiden buka baju ketika persembahannya.

Riuh-rendah masyarakat mengatakan isu yang tidak bermoral itu. Ada yang tulis di dalam blog, akhbar, keluar dalam Televisyen semata-mata untuk mengutuk dan memberi pendapat tentang isu itu.

Itulah isu yang melibatkan seorang artis lelaki yang membuka baju ketika persembahan. Nasib baik tak buka seluar!

Fikirkan, jika beliau membuka baju sekali pun, di manakah aurat lelaki?

Apa perbezaan di antara aurat lelaki dan wanita?

Saya tidak mengatakan bahawa perilaku beliau tidak salah dan perangai itu adalah satu yang tidak bermoral. Tetapi ada satu lagi perangai yang lebih patut untuk ditegur.

Lihatlah pada artis-artis wanita kita.

SEKSI KE? TAK LAH SANGAT KAN?

Pernah suatu ketika, seorang wartawan bertanya kepada seorang artis tentang isu yang mengatakan artis itu sangat seksi.

“Apa pendapat *** bila ada yang memberi jolokan *** sebagai artis paling seksi?”, tanya wartawan.

“Ye ke? ALHAMDULILLAH.. Itu maknanya usaha saya selama ini dihargai oleh peminat. Saya seksi sangat ke? Tak la kan?”, jawab artis itu dalam keadaan begitu terharu. Ketika itu, beliau sedang memakai baju yang ketat dah menampakkan dada.

Pernah juga ditanya, “Bila nak pakai tudung?”.

“Islam tidak memaksa penganutnya dalam soal agama ok? Terpulang kepada sayalah nak pakai ke tak. Insya-Allah bila dapat Hidayah bertudunglah saya”, jawapan yang mantap! Bila masa pula hukum-hakam boleh dipilih-pilih dan ikut suka nak amalkan atau tidak.

SEMAKIN HARI SEMAKIN SEKSI

Laporan artis-artis Malaysia yang berpakaian seksi semakin kerap diperkatakan. Dedah sana dedah sini seolah-olah tiada rasa bersalah. Malah sudah menjadi trend di kalangan para artis.

Hari ini artis ini seksi, esok artis lain pula. Budaya barat sudah berpengaruh di kalangan artis-artis kita. Tambahan pula apabila berpakaian seksi dapat menaikkan saham masing-masing, lagilah mereka suka!

Jika tidak mahu mengikut agama sekalipun, jangan lupa kita masih ada adab sopan yang perlu diikut. Fikir-fikirkanlah.

Jangan pula asyik memberi alasan, “Seksi Sangat Ke Saya?”.

WANITA HIASAN DUNIA, SEBAIK HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

18 Responses to SEKSI SANGAT KE SAYA?

  1. nur solehah ^-^

    “SEMAKIN HARI SEMAKIN SEKSI”

    bait kata ini merisaukan sy. semakin hari semakin seksi, ini menampakkan bahawasanya syaitan itu semakin hari semakin berjaya memesongkan umat.

    dpda menutup aurat, syaitan menggoda si wanita utk mendedahkan sedikit auratnya. saban hari, sedikit demi sedikit aurat dibuka.. sehinggalah aurat terdedah keseluruhannya.

    nampak sgt misi syaitan laknatullah sudah berjaya.

    apa yg menambah risau sy skg adalah sang lelaki..

    semakin ramai wanita mendedahkan aurat, semakin ramai lelaki yg akan mengalami “sakit mata”.

    kasihan lelaki menjadi mangsa.
    nur solehah ^-^´s last blog post ..halwa – keluarga bahagia

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Betul.. Sekarang amat sukar nak menjaga mata.. Kalau dulu orang kata tundukkan pandangan, tapi sekarang tundukkan pandangan pun susah (pakai skirt).. Ini adalah gangguan seksual kepada kaum lelaki..

    [Reply]

  2. aminbaek

    ada terbca kosmo muka depan semalam…
    astagfirullah..artis malaysia bagai artis hollywood di bali…

    gitu la jadi bila memikirkan pandangan masyarakat lebih daripada memikirkan hukum hakam..huhuh..(kt malaysia xleh,sensitif..kt bali boleh…xde hall..ceh..huhu)
    aminbaek´s last blog post ..Kondisi Hati kita

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Benda ni rasanya saja nak buat publisiti.. Dalam bidang hiburan, populariti itu sangat penting untuk market..

    [Reply]

  3. NurQaseh

    sangat seksa!! mengalahkan omputih kapiaq….. bila ditegur tahu pulak malu…yg tu ok lagi sbb ada rasa malu.. Ada yg macam haram bila kena tegur pastu kembang idung dek bangga dgn keseksian yg sgt menyeksakan…..hati dah mati ke apa xtau la…wallahu’alam…. moga Allah beri hidayah kpd kite semua…..

    p/s: risau dgn anak cucu saya nanti…..zaman semakin mencabar!
    NurQaseh´s last blog post ..Dia Jodoh Saya

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Hal ini berlaku sebab ramai yang berani buat.. Cuba kalau dia sorang2 je yang seksi, mesti tak berani buat kan?

    [Reply]

  4. izzul shuhada'

    kalau nk diceritakan soal artis yg berpakaian seksi nie,nk dikutkn sejak zmn filem hitam putih lg da seksi..tgk sahajalah filem2 dhulu..yg berkemban nya lain,pakai baju nmpk***,kita anggap bnda tu mcm normal,walhal tidak sma sekali.bukannya Allah dh memerintahkan pd kaum wanita utk melabuhkan tudung mereka&menutup aurat meraka dr pndgn lelaki2 yg bkn ajnabi..tidak kah mereka terfikir akan azab dan seksaan Allah diakhirat nnt??mmg la seronok didunia,nau’zubillah..sy mnjd gusar melihat tingkah ank2 remaja skrg nie..berpakaian spt telanjang bnrlah,dunia akhir zaman mmg begini kata segelintir manusia.tp kita wajib mnegur,amar makruf nahi mungkar!
    moga Allah tidak mnimpakan azab dek kealpaan kita ini

    p/s;BERCITA2 MNJADI IBU &ISTERI YG SOLEHAH 1 KETIKA NNT
    izzul shuhada’´s last blog post ..Jalinan Ukhuwah – Ukhuwahfillah Sepanjang Zaman –

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Tegur2lah apa yang patut.. Ibu bapa pun sekarang dah kurang titikberatkan soal tutup aurat.. Maklumlah anak2 sekarang dah ada pelajaran tinggi, pangkat tinggi, susahlah nak tegur kan?

    [Reply]

  5. fitri

    padan juga ya diorang berhujah mengalahkan ustaz..tau plak tu takde paksaan dalam agama..

    FT buka baju kena ban..pd hal nampak pusat pn blom tentu..ppuan buka sana sini tak kena ban pulak…jadi halwa mata penerbit kot
    fitri´s last blog post ..Ini Kubur Ke Rumah

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Dah biasa, nak kata cam ne lagi..

    [Reply]

  6. hidayah

    salam. nak mintak tolong sikit. mcm mana nak buat electronics signitures? aku ada asigmnt neh. x reti.. ajar cket, bleh?.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Maaf.. Tak reti..

    [Reply]

  7. muhammad fakhruddin

    Seksi kaum Hawa menyeksakan Adam!

    Jika kamu tidak malu buatlah apa yang kamu suka, tetapi ingat kamu akan dihitung kelak-tazkirah Ustaz Amir 🙂
    muhammad fakhruddin´s last blog post ..Taaruf-Dari Sepasang Pendoa Yang Ikhlas

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Berapa ramaikah yang memperjuangkan untuk tidak kepada gangguan seksual terhadap lelaki? Emm..

    [Reply]

  8. wanluqman

    harap kaum lelaki banyak bersabar, sentiasa cari jalan bagaimana isu ni diatasi … panduan ilahi telah ada, implimentasi je
    wanluqman´s last blog post ..Civil Blogroll &amp Links

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ya.. Kena bersabar..

    [Reply]

  9. hidayah

    Assalamualaikum.. prmpn pki tutup pun org pndg,x tutup lg lah.. nk jaga iman, jg dulu pandangan..

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam.. Ramai yang anggap tudung tu hanya satu adat, hari ini orang dah lupakan adat, adat pun orang dah lupa apatah lagi agama.. Nauzubillah..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);