browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

SUDAH TERURUSKAH KEWANGAN ANDA?

Posted by on January 5, 2011

Urus akaun satu azam tahun baru – Gambar Hiasan

.

Awal pagi tadi saya menerima sepucuk surat rasmi.

Pada awalnya terasa gembira kerana jarang sekali menerima surat daripada siapa-siapa. Tapi, alangkah sedihnya apabila pengkhabaran yang dibawa oleh surat itu ialah “Sila bayar hutang PTPTN anda!”.

Ibarat iklan PTPTN di TV, rasa resah dan gundah juga. Tetapi apa boleh buat, hutang tetap kena bayar kan?

Perbelanjaan bulanan akan meningkat dari semasa ke semasa. Ini baru hutang PTPTN, belum lagi hutang kereta, rumah, bil eletrik, bil air dan hantaran kenduri kahwin!

Tambahan pula dengan harga minyak yang semakin hari semakin naik menyebabkan wang kita akan segera keluar mengalahkan duit yang masuk.

DUNIA IBARAT SYURGA?

Saya pernah melawat sebuah rumah yang rosak dilanda ribut. Rumahnya agak usang dan memang sebelum ribut pun rumah itu sudah rosak.

Tuan rumah itu mengatakan keperluan bulanan tidak mencukupi bagi menyara diri dan keluarganya. Sedih mendengar keluhan hatinya.

Saya pusing memerhatikan rumahnya, alangkah terkejutnya apabila melihat ada piring hitam yang tersemat di dinding luar rumahnya. ASTRO BEYOND! Apabila saya memerhatikan di dalam rumah pula, terdapat Home Theater dan TV LCD bersaiz besar.

Benarlah kata Senario, “luar setinggan dalam kondo”.

Mungkin belanja bulanan dihabiskan untuk membayar ansuran TV dan Astro sahaja. Walallahua’lam.

.

Rumah usang yang dipasang Astro untuk tengok siaran EPL

.

Kadang-kadang saya memerhatikan gelagat masyarakat yang selalu merengek tentang masalah kewangan tetapi apa yang ditunjuk seolah-olah wangnya sudah melebihi segala-galanya.

Sepatutnya kita mementingkan sesuatu yang asas atau keperluan sebelum mendapatkan sesuatu yang menjadi keinginan. Selesaikan urusan makan minum anak bini sebelum berangan-angan untuk modified kereta kesayangan anda dengan lampu baru, kusyen baru, dan sound system yang bergegar!

Jika kewangan mampu dirancang, tiada lagi masalah rumah bantuan zakat memasang Astro bukan satu tetapi dua di rumah. Tetapi makan minum anak-anak diserahkan kepada Pusat Zakat untuk memberi makan.

Dunia ini bukannya syurga yang boleh dimiliki dengan memperoleh apa sahaja yang kita ingini. Gunakan mengikut kemampuan kita dan syukuri apa yang ada.

Saya secara peribadi tidak berapa berkenan dengan orang yang meminta-minta tetapi bergaya mengalahkan raja!

PENTINGKAH MENGURUSKAN KEWANGAN?

Saya mencari sesuatu di Internet, dengan harapan ada sesuatu yang baru dapat dipraktikkan dalam kalendar 2011 ini.

Saya menaip “prinsip perakaunan” di Google dan sayangnya apa yang saya jumpai adalah akaun yang rumit untuk dipraktikkan oleh orang biasa seperti saya. Ditambah lagi bila dah lupa apa yang dipelajari semasa sekolah dahulu dalam subjek Kemahiran Hidup.

.

Azam tahun baru 2011 – Google

.

Harapan saya untuk tahun 2011 ini adalah untuk menyusun semula kewangan saya agar tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan (macam Bajet 2011 pulak).

Dengan cara ini, kita dapat mengetahui kemanakah wang kita digunakan dan secara tidak langsung dapat memberi gambaran dalam perbelanjaan bulanan kita. Ianya akan menyebabkan kita berkata, “Kenapa duit aku makin sikit ye? Aku belanja apa pulak ni?”.

JADILAH SEORANG ‘KEDEKUT’

Pasti ramai isteri-isteri yang muncung apabila mendapat suami yang kedekut.

Kedekut seperti Haji Bakhil harus dielakkan, tetapi kedekut yang dimaksudkan di sini ialah berjimat-jimat di dalam perbelanjaan. Apa yang dirasakan tidak perlu dibeli, usah dibeli.

Berjimat dalam usia muda sangat dititik-beratkan. Mengikut laporan, ramai golongan muda yang diisytiharkan MUFLIS dalam lingkungan umur 25 tahun!

Maka berjaga-jagalah dengan kewangan kita, sama-samalah kita berjimat demi masa depan yang lebih cerah.

Saya berazam pada tahun ini dapat mengurus kewangan dengan lebih baik. Setiap wang yang masuk dan keluar akan direkodkan di dalam buku kecil yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sudahkah anda menguruskan kewangan? Jom sama-sama kita praktikan.

NOTA : Kos perkahwinan semakin meningkat, kenalah simpan duit dari sekarang!

BIJAK DAHULU BIJAK SEKARANG!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

12 Responses to SUDAH TERURUSKAH KEWANGAN ANDA?

  1. shizu

    betol2..kalau tak menyimpan dari sekarang memang susah.tambah2 barang sekarang semua naik.
    shizu´s last blog post ..Dasar Tak Sedar Diri

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Kebanyakkan orang tak de duit disebabkan gagal uruskan kewangan dengan baik termasuk saya..

    Kena lakukan sesuatu untuk berubah, bukan tunggu kerajaan bagi minyak free (takkan dapat la).. hehe..

    [Reply]

  2. zik

    kewangan harus di manage dengan sebaiknya… yelah minyak pun baru naik harga nie…belanja ikut yang perlu2 sahaja… kalau dapat duit lebih… kena simpan.. bukan joli…huhuu
    zik´s last blog post ..How to block website that are no need to surf!

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Betul.. Kalau student yang pesan Nasi Bujang kat kedai.. Maknanya tenagh berjimat la tu.. Ye ke?

    [Reply]

  3. fitri

    ape daa..umah usang pasang astro..umah aku pun takde benda alah tu..tak payah la mintak bantuan zakat..baik bagi kepada yang lain…
    fitri´s last blog post ..Minyak Naik Lagi- Siapa Nak Peduli

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Apa lagi nak dikatakan, keinginan mengatasi keperluan..

    [Reply]

  4. MR.Z

    memang perlu kita berjimat dengan beringat dahulu sebelum berbelanja.. barang yang tidak berapa penting tidak perlulah diutamakan untuk pembelian..
    MR.Z´s last blog post ..Senarai Filem Luar Negara Tahun 2011

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Betul!! Biar kita berbelanja dengan kemampuan kita..

    [Reply]

  5. hidayah

    wat la bisnes sikit2. bisnes online. kau tulis blog x ada income ek? tgk byk aktvt kau join, msti byk gak masuk…??

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Memang nak buat bisnes pun.. Kerja aktiviti x de income, sukarela je..

    [Reply]

  6. ali

    Antara perangkap yang selalu menelan mangsa kewangan ini ialah pengaruh terhadap pemikiran gaya hidup ‘nak itu, nak ini’. Semuanya dilihat sebagai keperluan sedangkan ia hanya kehendak dan ada waktunya boleh dielakkan. Misalnya dah ada tv nak tv besar lagi. Dah ada kereta nak kereta besar lagi. Tapi semua itu dibeli atas dasar ‘keperluan’ kononnya. Yang terperangkap inilah yang biasanya menghadapi masalah kewangan…

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Itulah perangai masyarakat kita yang biar papa asal bergaya..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);