browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

TEH TARIK SATU!

Posted by on January 3, 2011

Gambar : Mofad

.

“Mamak! Teh Tarik satu!”, pesan seorang pelanggan.

“Okey, siap!”, mamak membalas dengan semangat!

Rata-rata masyarakat kita akan bersarapan di warung atau kedai mamak setiap hari sebelum memulakan pekerjaan harian. Teh Tarik, kopi, Milo panas dan roti canai menjadi tradisi.

Memang sedap menikmati Teh Tarik dan Roti Canai di waktu pagi. Pasti ‘berkhasiat’!

KOPI RADIX TIRUAN?

Bekalan Kopi Radix pernah terputus buat seketika selepas kilang ditutup dua minggu akibat banjir di negeri Perlis.

Semasa terputusnya bekalan itu, saya bertanya kepada seorang pemilik sebuah restoran mamak.

“Ane.. Kopi Radix ada?”, saya bertanya.

“Ada.. Ada.. Semua ada”, mamak menjawab.

“Sapa hantar? Berapa ringgit U amik sepapan?”, saya bertanya lagi.

“Ada Cina hantar kopi tiap-tiap minggu, saya ambik dalam RM15 saja satu papan”, mamak menjawab.

“Eh?”

.

Perbandingan Kopi Radix Palsu dan Asli – Sumber : Syafrizal.net

.

Sah! Kopi tiruan! Bagaimana Kopi Radix boleh dibeli dengan harga RM15 sepapan sedangkan para pengedar HPA membelinya dengan harga RM18?

Satu lagi bukti ianya tiruan ialah kopi itu dihantar oleh pengedar CINA. Bagaimana pengedar Cina pula boleh mengedarkan Kopi Radix dengan harga dibawah harga pengedar?

Hanya satu cara sahaja untuk memberi harga yang murah iaitu dengan cara menciplak kopi tersebut.

Pengusaha restoran pula pasti tertarik dengan harga yang murah tanpa memikirkan khasiat dan kesihatan pengguna.

Yang penting aku dapat untung!

BAHAYA TEH TIMBANG DAN KOPI TIRUAN

Persoalan utama yang ingin diutarakan ialah soal kesihatan para pengguna.

Cuba kita perhatikan Teh yang digunakan dan cara menghasilkan Teh Tarik, susu pekat banyak digunakan sehingga menjadikan Teh itu sangat manis.

Tehnya pula sangat dikuatiri keaslian dan boleh menyebabkan penyakit.

Dalam laporan Kosmo! semalam, pihak berkuasa mengatakan bahawa Teh Tarik yang banyak digunakan di restoran-restoran boleh mendatangkan kanser.

.

Seorang Penguatkuasa merampas Teh sintetik – Sumber : Kosmo!

.

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.

“Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.

“Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.

Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.

Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.

“Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.

“Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan,” katanya.

Laporan Kosmo! pada 3 Januari 2011 (klik sini)

SEDAP ATAU SIHAT?

Pola pemakanan rakyat Malaysia sangat mementingkan kesedapan daripada kesihatan.

Maka tidak hairanlah pengusaha-pengusaha Restoran menggunakan apa sahaja bahan bagi memberi kesedapan dalam makanan mereka. Soal kesihatan diketepikan.

.

.

Tidak hairan juga kita melihat masyarakat kita kebanyakkan gemuk-gemuk belaka, ramai yang mengidap kanser, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Senang cerita, 9 daripada 10 orang pasti ada sakit, dan lebih membimbangkan di usia muda pun ramai yang dah sakit!

Tidak salah untuk memakan makanan-makanan yang tinggi risiko kesihatannya, tetapi janganlah dijadikan amalan.

Sudah sampai waktunya kita menjaga pemakanan kita kerana mencari yang Halal dan baik itu adalah fardu bagi setiap muslim.

NOTA : Ada orang kata kalau nak jaga makanan memang kita akan lapar sebab kebanyakkan makanan sekarang merbahaya. Kalau boleh, pilihlah yang betul-betul kita yakin kebaikkanya ya. Yang paling kesian ialah dah makanannya tak sedap, berbahaya untuk kesihatan pula!

AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

17 Responses to TEH TARIK SATU!

  1. nazihahisa

    haihh kalau negara cina semua benda nk buat tiruan..bahayakan kesihatan je. so pengguna kena peka!
    nazihahisa´s last blog post ..10 Hadiah Harijadi Terbaik Untuk si Gadis

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Negara Cina terkenal dengan negara yang mahir buat barang tiruan.. Tengok la iPhone, kan ada Made In China..

    Itu la payahnya peniaga Melayu, bila barang orang Melayu naik, mesti ada orang Cina ciplak dan amik untung atas angin.. Tak payah buat promosi, jual murah dan untung banyak..

    [Reply]

  2. zik

    susah nak detect yang mana betul/palsu…. lebih kurang sama… jer…
    zik´s last blog post ..Transformasi zikrihusainicom 2011

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Kalau kopi radix kat restoran mamak kebanyakkannya tiruan.. Kalau nak betul2 nak khasiat kopi radix dengan 7 herba terpilih, kena beli kat pengedar sah HPA.. Insya-Allah tulen..!

    [Reply]

  3. AzwaZynal

    dah banyak sangat produk tiruan.. bukan kopi je, kicap pun ada pihak yang nak ciplak..

    setuju sangat, sekarang ni kena utama kan yang sihat berbanding dengan sedap . kena kawal makan lah jawab nya..hehe berkorban sikit untuk kesihatan yang lebih baik untuk masa depan.. (takut jugak muda-muda dah ada macam2 penyakit..)

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Dah banyak kes orang muda <30 kena kencing manis.. Makanan sekarang bahaya, kesannya dapat kita tengok kat rambut kita, kadang2 muda2 dah ada uban dah, maknanya dah ada keracunan makanan la tu..

    [Reply]

  4. syafiqi

    selalu beli radix kat cawangan je..yg jumbo terus….”sokonglah produk islam”…..insyaAllah~~~~
    syafiqi´s last blog post ..Rehlah Mahabbah DPPK Batu Gajah ke Kelantan

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ha.. Baguslah beli kat cawangan terus..

    [Reply]

  5. FendyAziz

    Teh tarik kalo pekena cendol + taufufah mengancam.. Huhuhu

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Memang mengancam!

    [Reply]

  6. fitri

    lepas ni tak ley order radix dah kat kedai..kene beli sendiri..kang kene tipu tak pasal-pasal je kang..

    order air suam jela..haha
    fitri´s last blog post ..Malaysia Darul Sampah

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Sekarang Milo pun aku tak berapa minum, kalau kat kedai aku selalu mintak air limau je.. Lepas ni limau pun tak tulen, tak tahu la nak minum ape plak.. haha..

    [Reply]

  7. maCy

    byk dgr cerita xbest skg adeh

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Memang banyak, tanda2 kiamat..

    [Reply]

  8. banking offshore

    Gula murni serta kremer nabati yang ditambahkan ramuan obat dari 7 jenis tumbuhan herba alami sehingga kopi RADIX dapat dijadikan sebagai minuman kesehatan yang sangat aman karena efek negativ cafeinnya telah di netralisir oleh ramuan herba didalamnya serta berkhasiat jika dimunim setiap hari dengan dosis yang tepat. Bahan utamanya adalah akar RADIX tongkat ali Eurycoma longifolia yang disinerjikan dengan 6 herba pilihan yaitu teja lawang Cinnamommuminers .

    [Reply]

  9. sandy tan

    Bukan semua teh dan kopi timbang adalah bahaya, tengok anda beli apa jenama serbuk teh dan serbuk kopi. Cari jenama yang ada lama di pasaran. Boleh kunjungi hcbcameltea.blogspot.com tengok jenama yang boleh di percayai.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Terima kasih di atas maklumat ya.. ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);