browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

ULASAN : NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR

Posted by on January 11, 2011

.

Apabila kita pergi ke pantai, pasir-pasir di sana masih di situ. Ombak tiada henti dan angin juga bertiup tanpa jemu. Suasana itu sudah lali dengan kehidupan kita apabila berlibur di kawasan pantai.

Nampak biasa sahaja si pantai itu.

Namun, kita jarang terfikir tentang apa yang tersirat di sebalik pantai dan laut yang terbentang luas. Mengapakah ombak tidak pernah berhenti? Mengapakah ikan-ikan di laut tidak pernah habis walaupun nelayan turun ke laut setiap hari?

Mengapa dan mengapa. Itulah yang diterapkan di dalam buku ini, NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR.

ZIKIR TANPA FIKIR DAN FIKIR TANPA ZIKIR

Cuba kita fikirkan, kita diajar tentang fenomena alam (sains) oleh Allah di dalam Al-Quran. Alllah mewahyukan ilmu ini semenjak zaman Nabi Muhammad Sollallahu A’laihi Wasalam.

Sepatutnya, umat Islam lebih ramai yang mengkaji dan mengusai ilmu-ilmu Sains tetapi mengapa orang Kafir pula yang beria-ia dan mengusai ilmu itu daripada orang Islam sendiri?

Itulah yang dinamakan Zikir Tanpa Fikir dan Fikir Tanpa Zikir.

Pernah suatu ketika terdengar seorang berkata, “Buat apa kita nak kaji-kaji fenomena alam, Allah suruh beriman, zikir, kita zikir je lah. Kaji-kaji ni hanya urusan dunia saja”. Zikir Tanpa Fikir melahirkan insan yang beku, kaku dan mundur walaupun kuat beribadat. Jika kita tidak mahu berfikir, buat apa Allah menciptakan dunia dengan indah melainkan untuk kembali beriman kepada-Nya.

.

Angkasa Lepas tersirat rahsia yang membawa zikir – Gambar Hiasan

.

Orang Kafir pula mengkaji dan terus mengkaji tentang alam. Kadang-kadang hasil kajian mereka sungguh hebat dan bertepatan dengan apa yang diterangkan di dalam Al-Quran. Tetapi sayang, kehebatan ilmu mereka tidak sampai sehingga zikir mengenal Allah.

Bak kata Albert Einstein, “Agama Tanpa Sains Pincang, Sains Tanpa Agama Buta”.

Manusia secara fitrahnya akan takjub dengan sesuatu yang luar biasa. Maka, salah satu sebab mengapa Allah Subhanahu Wataa’la mencipta alam ini adalah untuk menimbulkan rasa takjub manusia semata-mata untuk kembali mengingati Allah.

Sayang, kita sering melihat sesuatu itu dengan pandangan yang biasa-biasa sahaja. “Keindahan Alam Semulajadi” kadang-kadang membunuh pandangan iman ke atas Allah.

BUKU NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR

Saya gemar membaca hasil tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Subhanallah, hasil tulisannya kadang-kadang mencetus sesuatu yang baru dan segar. Ulasan buku beliau yang lain yang pernah saya nukilkan ialah buku NOTA HATI SEORANG LELAKI.

Buku ini terbagi dengan 3 bahagian. Iaitu :

  1. Iktibar Dari Kisah Dulu-Dulu
  2. Berguru Dengan Alam
  3. Kata Dikota

Iktibar Dari Kisah Dulu-Dulu dirungkai dari kisah-kisah iktibar atau kisah-kisah rakyat yang biasa kita dengar. Kisah Si Tanggang, Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya, Batu-Belah Batu Bertangkup dan kisah-kisah yang lain.

Kisah yang diceritakan bukan semata-mata sebagai bercerita, tetapi setiap apa yang terselit di dalam kisah itu boleh dijadikan iktibar. Jika sebelum ini kita hanya menjadikan kisah-kisah itu sebagai cerita tidur anak-anak, selepas ini bolehlah berfikir tentang pengajaran yang boleh kita ambil, jangan sekadar terhibur dengan kisahnya.

Berguru Dengan Alam pula diambil dari permandangan yang kita lihat sehari-harian. Lihatlah burung, tumbuh-tumbuhan dan fenomena alam di sekeliling kita.

Mengapa ikan di laut masin dagingnya tidak masin? Mengapa unta boleh bertahan tanpa air berminggu-minggu? Setiap kejadian itu menarik untuk diterokai, terdapat dalam buku ini.

Kata Dikota dirungkai dengan kata-kata hikmah yang selalu didengar. Kata hikmah kadang-kadang mudah untuk difahami, tetapi buku ini mengupas dengan lebih terperinci.

Buku ini setebal 165 muka surat. Diterbitkan oleh Syarikat Galeri Ilmu dan boleh dibeli dengan harga RM19 (Semenanjung) dan RM21 (Sabah/Sarawak).

FIKIR SEHINGGA BERZIKIR!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

10 Responses to ULASAN : NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR

  1. pengembara707

    Syukran akhi atas perkongsian buku ini. Sesuatu yang bermanfaat.

    Jazakallah. =)
    pengembara707´s last blog post ..2 Cerita Pasal Kawan

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Maha Suci Allah yang mendatangkan ilham untuk berfikir kepada zikir.. Masya-Allah..

    [Reply]

  2. fitri

    tengah baca tentang cinta skang..die nye ayat memang best baca..
    fitri´s last blog post ..Ini Kubur Ke Rumah

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ustaz Pahrol memang mantop!! Baca2, nanti buatlah review.. hehe..

    [Reply]

  3. izzul shuhada'

    suka baca tulisan ustz pahrol..sgt best..selain buku nie,nota hati seorang lelaki pun sy baca…pengisian y btul2 buat sy trfikir..&adakalanya x trjangkau dek pmikirn sy..ayat2 y digunakn juga kdg kala menjentik hati y terkdg lalai dan alpa..
    izzul shuhada’´s last blog post ..Jalinan Ukhuwah – Ukhuwahfillah Sepanjang Zaman –

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ada banyak lagi buku beliau yang bleum dibaca.. Nampak gayanya kena bacalah ni.. ^_^

    [Reply]

  4. cik aida

    salam, tq ataspengkongsian yang bermanfaat ini…
    ngah bace buku nie, x abis khatam lagi…

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Teruskan membaca, Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fkir.. ^_^

    [Reply]

  5. muhammad fakhruddin

    Buku yang pernah masuk wishlist tetapi belum berpeluang membeli dan membacanya

    Oklah,masuk wishlist Pesta Buku 2011 😉
    muhammad fakhruddin´s last blog post ..Taaruf-Dari Sepasang Pendoa Yang Ikhlas

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Beli jangan tak beli.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);