Palestin,  Perspektif,  Rencah

LIHATLAH MESIR JIKA DI MALAYSIA

Marah! Geram! Zalim!

Kerajaan Hosni Mubarak sangat dimarahi oleh umat Islam di serata dunia. Seluruh dunia mengetahui bahawa beliau dan konco-konconya adalah tali barut kepada Yahudi dan Amerika.

Lihatlah semasa Palestin diserang bertubi-tubi oleh rejim Zionis, siapakah yang menyekat bantuan daripada masuk ke Palestin? Siapakah yang menutup pintu sempadan Raffah?

Memang patut rakyat Mesir dan seluruh umat Islam menentang kerajaan Mesir pimpinan Hosni Mubarak. Di sebalik Mesir yang kaya dengan ilmuan Islam Al-Azhar, ada pula pemimpin yang memihak kepada Israel. Memang hebat rancangan Yahudi menguasai dunia.

KEADAAN LUMPUH

Bagi saya, berdemonstrasi adalah perlu jika keadaan benar-benar meruncing. Saya sudah lama mendengar cerita rakan-rakan yang pernah belajar di Mesir yang mengatakan Mesir adalah sebuah negara darurat. Darurat dari segi politik, bila-bila masa boleh merusuh!

Ternyata, masanya telah tiba. Rakyat Mesir sudah tidak tahan dengan kekejaman kerajaan mereka.

Sistem telekomunikasi lumpuh, kedai-kedai ditutup, bekalan makanan terjejas. Banduan pula terlepas penjara dan mengganggu ketenteraman awam. Tidak ketinggalan juga pelajar-pelajar Malaysia di sana yang tidak ketahui nasib mereka (moga Allah selamatkan semuanya).

SYUKURI NIKMAT KEAMANAN

Kita berasa kagum dengan keberanian rakyat Mesir untuk menentang kerajaan mereka.

Tetapi sikap manusia sama sahaja di mana-mana. Di sebalik penentangan dan demonstrasi itu, masih ada yang mengambil kesempatan untuk MENCURI, MEROMPAK dan MEROGOL di masa kekalutan itu.

Itulah harga yang perlu dibayar jika rusuhan berlaku. Lihatlah di Thailand tempoh hari, bandar Bangkok hampir lumpuh dengan kekalutan yang menimpa dan banyak nyawa yang terkorban.

.

.

Bersyukurlah kita dengan Malaysia yang masih aman. Walaupun masalah politik tidak pernah habis dan makin kerap berlakunya demonstrasi, Alhamdulillah kita masih aman.

Lihatlah Mesir jika ianya berlaku di Malaysia. Banyak yang buruk daripada yang baik.

Saya yakin, masalah yang berlaku di negara kita dapat diselesaikan jika semua pihak duduk semeja untuk membincangkan masalah rakyat. Saya juga yakin, rakyat Malaysia masih ada lagi sopan santun walaupun sikap itu semakin terhakis.

“Marah-marah pun dalam hati ada taman”

Selamat berjuang umat Islam di Mesir untuk membuang ‘kerajaan Israel’ di bumi mereka. Kita di Malaysia, ambillah iktibar dengan apa yang berlaku dan syukurilah nikmat keamanan yang Allah berikan.

Allahu Akbar! Allah Maha Besar!

NOTA : Gambar di dalam entri ini diambil dari Google.

HANCURLAH TENTERA ZIONIS!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

7 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge