browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

DI SEBALIK KEHEBATAN ULTRAMAN DI JEPUN

Posted by on March 24, 2011

Apabila menonton kartun di televisyen, teringat pula dengan aksi hebat sang Ultraman di kaca TV ketika zaman kanak-kanak dahulu.

Kelincahannya yang berjaya membunuh si raksasa yang muncul secara tiba-tiba menyerang negara Jepun sungguh mengujakan.

Teringat juga dengan kecanggihan poket Si Doraemon yang pastinya tidak mengecewakan Nobita. Pendek kata, semua yang dihajati Nobita akan dipenuhi oleh poket Si Doraemon!

Disebalik kehebatan Ultraman dan kecanggihan Doraemon, kemanakah perginya Ultraman dan Doraemon ketika negara Jepun ditimpa gempa bumi?

Agak tidak logik jika kita ingin menunggu kehadiran Ultraman di dunia nyata dan pastinya mengarut untuk dibayangkan, tetapi satu kesimpulan boleh dibuat dari kisah kehebatan Si Ultraman,

SIAPALAH MAKHLUK UNTUK MELAWAN KUASA ALLAH?

Tsunami yang melanda negara Jepun

.

Negara Jepun baru-baru ini dilanda gempa bumi yang mengorbankan ribuan nyawa. Diparahkan lagi dengan letupan loji-loji nukleur yang membahayakan masyarakat Jepun.

Negara Jepun diakui mempunyai kecanggihan teknologi kejuruteraan yang hebat. Dikatakan juga bangunan-bangunan yang dibina di sana mempunyai nilai teknologi tinggi yang mampu menghalang runtuhan apabila gempa bumi melanda.

Namun, kecanggihan itu tidak mampu  menghalang kuasa Allah yang Maha Kuasa. Rumah-rumah, kereta dan manusia ibarat kotak mancis yang dihanyutkan air! Allahu Akbar!

Sesungguhnya apa yang kita lihat di Jepun itu hanya sekelumit daripada kiamat yang sebenar. Tetapi sudah cukup untuk menggerunkan manusia yang melihatnya.

.

.

Tidak dapat dibayangkan suasana kiamat yang sebenar.

Apabila kuasa Allah diperlihatkan, tiada siapa yang mampu mengubahnya. Maha Suci Allah yang mempunyai segala kekuasaan.

“1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), 2- Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya, 3- Dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (jadi begini)?”, 4- Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, 5- Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.”

(Al Zalzalah 1-5)

SEHEBAT MANA MANUSIA HANYA KERDIL DI MATA ALLAH

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
53000 Kuala Lumpur.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

10 Responses to DI SEBALIK KEHEBATAN ULTRAMAN DI JEPUN

  1. fitri

    bila ia nak berlaku maka otromen pun tak mampu nak menghalang..huhu
    fitri´s last blog post ..Tsunami Jepun – Sedih Kelakar Marah

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Pokemon pun x bleh nak menghalangnya.. hehe..

    [Reply]

  2. nur solehah

    Allahuakbar!

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Allah Maha berkuasa.. Subhanallah..

    [Reply]

  3. hidayah hilmi

    berpijak diatas bumi yg nyata…..animasi jepun byk mengkhayalkan…mari kita berfikir sejenak, kekadang pabila ditimpa musibah,terlintas di fikiran “kan bagus kalo doraemon ada” sedangkan ucapan pertama yg harus diucapkan ialah “subhanallah,allahuakbar” kita terlupa bhw animasi tsb hanyalah ciptaan manusia yg tdk bernyawa sedangkan Allah yg menciptakan bumi n langit……

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ya.. Kadang2 filem animasi boleh memesongkan iman dan akidah anak-anak kecil..

    [Reply]

  4. izzul shuhada'

    sesungguhnya dlm penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang,terdapatnya tanda2 bg org yg berakal..mereka mengingati Allah dalam keadaan duduk dan berbaring,seraya berkata,ya tuhan kami tidakkah engkau menjadikan ini dengan sia2 maha suci engkau maka peliharalah kami dari azab api neraka.

    dalam ayat ini jelas menunjukkan betapa kekuasaan ALLAH xdapat ditandingi mana2 makhluk di muka bumi,waima ada yg mengatakan mereka hebat dalam hal itu dan ini..tidakkah mereka tahu segala ilmu yg ada pada mereka milik siapa?mana milik kita?..segala2 nya hak mutlak Allah rabbuljalil,penguasa sekalian alam ini…hatta kerosakn dan bencana yg berlaku diatas muka bumi ini juga adalah hasil dr tangan2 insan2 yg kufur pd nikmat Allah..sibuk mngejar duniawi..smpai lupa tanggungjawab pada ilahi…

    mudah2an kita akan menjadi seorg hamba Allah yg sentiasa bersyukur pd nikmat nya dan bertaqwa sntiasa…insyaallah..

    wallahi asif jiddan..andai ada tersalah bicara..sekian
    izzul shuhada’´s last blog post ..Luahan Hati Sang Puteri

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Semoga ALLAH merahmati kita..

    [Reply]

  5. Along Fina

    Siapalah kita hendak menghalang kehendak Allah… kita hanya manusia yang kerdil lagi hina….
    Along Fina´s last blog post ..GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ultraman yang besar tu pun tak mampu nak halang ombak tsunami tu..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);