DOA ITU PERCUMA SAJA

Sumber : Google

.

“JIMAT LEBIH DENGAN Activ10! NIKMATI KADAR RENDAH 1sen/SMS KE 10 NOMBOR KEGEMARAN ANDA!”

Semakin hari semakin hebat promosi yang diberikan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi untuk menarik minat pelanggan. Senang cerita, semakin hari semakin murah kadar yang dikenakan.

Kadang-kadang siap ada pakej lagi, topup RM10 percuma 1000 SMS. Memang menarik!

SMS digunakan untuk menghubungkan kita dengan orang lain dengan murah dan mudah. Tidak hairanlah setiap hari berjuta-juta SMS dihantar ke serata dunia.

Namun, kita kadang-kadang terlupa dengan kemudahan ‘SMS’ yang telah ada sejak awal kejadian Nabi Adam a.s.

DOA : ‘SMS’ PERCUMA KEPADA ALLAH

Pagi ini hujan turun dengan lebat di kawasan Kuala Selangor ini. Cuaca sejuk kadang-kadang memberatkan mata, ditambahkan lagi dengan hari cuti pula tu.

Waktu hujan, cuaca sejuk, dan membasahi bumi di pandangan mata. Namun, kita boleh mengambil fadhilat di sebalik turunnya hujan itu. Waktu turun hujan adalah salah satu waktu mustajab untuk doa dimakbulkan.

WAKTU-WAKTU MUSTAJAB BERDOA :

  • Ketika Hendak Solat (terutamanya waktu Qiamulail)
  • Waktu Di Antara Azan Dan Iqamah
  • Ketika Sujud Dalam Solat
  • Selesai Solat Fardhu
  • Ketika Berpuasa Dan Berbuka Puasa
  • Malam Lailatul Qadar
  • Ketika Khatam 30 Juzuk Al-Quran
  • Sepanjang Hari Jumaat (dengan harapan dapat bersua dengan waktu mustajab doa)
  • Sepanjang Bermusafir
  • Ketika Berjihad atau Melaksanakan Haji Atau Umrah
  • Ketika Iman Meningkat Mentaati Allah
  • Waktu Menerima Ujian
  • Ketika Tentera Islam Menghadapi Musuh
  • Ketika Ayam Berkokok
  • Ketika Sedang Hujan
  • Doa Ketika Hari Arafah

DALIL DAN RUJUKAN (DI SINI)

Itulah di antara-antara waktu-waktu yang afdal untuk berdoa. Doa menghubungkan hamba dengan Tuhannya, kita pasti mempunyai hajat dalam kehidupan, maka jangan meminta kepada yang lain, mintalah hanya kepada ALLAH Subhanahu Wa Taa’la.

Lepas solat doa, masa hujan doa, masa sakit doa, masa senang pun doa. Doa bukanlah tanda berputus asa, tetapi tanda pengharapan kepada Allah Subhanahu Wa Taa’la. Kita ini manusia sahaja, sehebat mana pun kita, Allahlah YANG MAHA PERKASA.

Semoga kita dapat beramal dengan SUNNAH Nabi Muhammad Sollallahu A’laihi Wasalam dan terus meminta dengan Allah. Di dunia kalau kita SMS, SMS itu akan sampai dan duit kita akan berkurang (tolak kredit). Tapi doa akan sampai kepada Allah malah diberi pahala dan dimakbulkan pula apa yang dihajati. Subhanallah.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(Surah Al-Baqarah : 186)

NOTA: Saya menulis ini adalah untuk menasihati diri saya yang sering lupa dengan Allah. Sesungguhnya Allah adalah teman kita yang paling hampir yang perlu diingati. Moga kita dapat Istiqamah melakukan amalan.

DOA SENJATA ORANG MUKMIN

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

4 Comments

  1. Assalamu’alaikum

    Yup, do’a itu senjata bg org yg beriman…
    jgn pernah putus dengan do’a dan harapan pada Allah,
    hanya padaNyalah tmpt kite berharap dan bermohon,

    Hanya Allah yang maha mendengr lagi maha mengetahui…

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Insya-Allah.. Kena istiqamah berdoa..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge