browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

MASJID BUKAN UNTUK YANG ‘SENJA’

Posted by on April 25, 2011

Di simpang masuk ke jalan Masjid, berkumpul sekumpulan pemuda. Tiba-tiba datang seorang Pakcik kepada mereka.

“Mari anak-anak, jom kita ke masjid solat berjemaah”, seru pakcik tersebut.

“Alamak Pakcik ni, kami ni muda lagi la, dah tua nanti kami tahu la pergi masjid sendiri!”, jawab seorang pemuda daripada kumpulan tersebut.

Wajah pakcik itu nampak berdukacita. Apa yang mampu dilakukannya, masalah iman ummat akhir zaman akan bertindak sebegitu.

MASJID UNTUK ORANG ‘SENJA’?

Alasan seorang ayah untuk anaknya yang masih kecil, “Budak-budak tak payah pergi masjidlah, lari-lari buat bising je. Buat orang tua sembahyang tak khusyuk! Dahlah, pergi tengok TV lagi bagus”.

Alasan seorang ayah untuk anaknya yang meningkat dewasa, “Emm.. Budak ni dah besar dah. Pandailah dia fikir sendiri, kubur masing-masing, bila hidayah dah sampai nanti, datanglah dia ke masjid tu!”.

Waktu kanak-kanak dikatakan membuat bising di dalam masjid, bila dah besar pandai-pandai fikir sendiri pula alasannya. Segelintir ibu bapa seolah-olah lepas tangan tentang soal ibadat anak mereka terutamanya solat berjemaah.

Maka tidak hairanlah masjid lengang dengan golongan muda dan yang ada kebanyakkan yang hadir ke masjid adalah golongan berumur.

Salah siapa?

ADAT ATAU IBADAT?

Kebiasaannya, masjid akan diisi oleh golongan tua yang kebanyakkan adalah dari ‘Kelab Orang-Orang Pencen’. Kebanyakkan mereka menghabiskan masa pencen mereka dengan beribadat kepada Allah dengan solat berjemaah di masjid.

Alhamdulillah, mereka sekurang-kurangnya mempunyai fikir tentang ibadat mereka berbanding mereka yang masih belum sedar.

Tetapi, adakah ianya sebagai satu ibadat atau satu adat? Bila tiba usia emas, semua orang Islam baru kena banyakkan ibadat? Waktu muda bersuka ria dan mencari harta?

Terpulanglah apa pun jawapannya, Allah sahaja yang membalasnya.

KALAU TAK SEMPAT TUA MACAM MANA?

Berbalik pada kisah yang awal tadi (kisah seorang pakcik dengan sekumpulan pemuda), terfikirkah anda tentang kenyataan balas pemuda tadi?

“Alamak Pakcik ni, kami ni muda lagi la, dah tua nanti kami tahu la pergi masjid sendiri!”

Kami muda lagi? Adakah sunnah berjemaah di masjid hanya untuk orang tua sahaja? Bagaimana pula jika seseorang itu tak sempat tua?

Orang muda perlu dekatkan diri dengan masjid – Gambar Hiasan

.

Jangan fikir kita di usia muda mustahil terlepas dari kematian! Tidakkah kita melihat rakan-rakan kita yang meninggal dunia dalam usia muda?

Mati kemalangan, mati mengejut (selalunya sakit jantung), dan pembunuhan. Adakah itu bukan satu kematian?

Mati tidak kira tua atau muda, jika sudah sampai ajalnya, semua orang akan merasai kematian.

Apabila mati, hanya amalan sahaja yang kita bawa  menghadap Allah. Bagaimana jika amalan kita tak banyak? Adakah kita akan menjawab di hadapan Allah, “Aku mati muda Ya Allah. Tak sempat buat amal Kau dah matikan aku”. Adakah begitu?

BANGKITLAH WAHAI ORANG MUDA

Di antara golongan yang mendapat perlindungan di padang mahsyar ialah pemuda yang hatinya terikat dengan masjid.

Sewaktu rakan-rakan sebaya kita memenuhkan ruang disko di masa azan maghrib berkumandang, marilah kita memenuhkan rumah-rumah Allah.

Sesungguhnya Allah menyayangi orang yang beribadat, tetapi Allah LEBIH menyayangi orang MUDA yang beribadat.

Golongan muda adalah tiang kepada masyarakat, jika roboh tiang itu maka akan rosaklah masyarakat. Cuba kita bayangkan jika semua orang-orang berumur di masjid itu telah tiada, siapakah yang akan mengimarahkan rumah Allah?

Jangan sampai cicak yang ada di siling masjid itu yang bertasbih kepada Allah bersendiri tanpa kehadiran makhluk Allah yang istimewa bernama manusia!

Koreksi diri di usia muda, mudah-mudahan mendapat bahagia.

Adakah masjid hanya untuk orang-orang tua?

BERJEMAAH 27 KALI GANDA PAHALANYA

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.


Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to MASJID BUKAN UNTUK YANG ‘SENJA’

  1. muhammad fakhruddin

    Kita perlukan masjid mesra belia dan kanak-kanak.
    muhammad fakhruddin´s last blog post ..Bagaimana A Fuadi Menulis

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ajak kawan2 ke masjid..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);