HILANG SYUKUR DALAM ‘KEMISKINAN’

 

“Aku memang tak puas hati kenapa harga gula naik 20 sen! Zalim!”, jerit Bidin (bukan nama sebenar) di kedai mamak.

Perasaan tak puas hati membara. Teh Tarik yang diminumnya naik harga! Naik kira-kira 20 sen. Hairannya, mengapa harga teh tarik naik harga sedangkan susu pekat yang digunakan, dan bukannya gula. Peniaga mengambil kesempatan.

Akhirnya kerajaan juga menjadi bahan rungutan dan bukannya peniaga yang mengambil kesempatan. Duit banyak, tetapi seperti orang yang miskin semiskin-miskinnya.

Selepas minum Teh Tarik, Bidin terus menuju ke kereta Estimanya. Kebetulan di sebelah keretanya terpangkir sebuah BMW X6. Berderau darahnya melihat kereta mewah itu.

Continue reading

TAMBAH ANGKA, UMUR TAMBAH?

22 tahun sudah berlalu-Gambar Hiasan (Google)

.

“Selamat Hari Jadi, Moga Panjang Umur Murah Rezeki”

“Sanah Helwa Ya Akhi”

“Happy Birthday To You, Honey”

Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberi ucapan Hari Lahir kepada saya. Sesungguhnya, ucapan itu mudah-mudahan diterima sebagai satu doa kepada Allah Subhanahu Wa Taa’la.

Continue reading

BILA AGAKNYA KITA BERJAYA?

Ahmad mendapat keputusan UPSR yang baik, Ahmad menganggap beliau sudah berjaya.

5A! Siapa yang tidak bangga? Guru-guru memuji, ayah dan ibu gembira, ditambah pula dengan tawaran melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh yang terbaik. Ternyata, kejayaan sudah dimiliki!

Di sekolah itu, kehidupan yang baru perlu dilalui oleh Ahmad. Pembelajaran perlu diteruskan. Guru-guru bersungguh-sungguh mengajar, Ahmad pula tekun belajar. Akhirnya, PMR 8A!

PMR sudah berjaya, kejayaan ini tersemat di dalam koleksi sijil-sijil Si Ahmad.

Selepas itu, perjuangan untuk SPM pula diutamakan. Belajar dan terus belajar. Akhirnya penat lelah bersama guru dan rakan-rakan membuahkan hasil. SPM juga lulus dengan cemerlang!

Continue reading