JEMAAH ITU TIDAK SEMPURNA

Kesatuan Islam perlu berlapang dada – Google

.

Semasa keluar ke masjid, saya terdengar seorang berkata, “Siapa tak sokong kami, Kafir!!”

Saya terkejut, setahu saya siapa yang bukan Islam itulah yang dipanggil KAFIR.

“Orang-orang yang duduk Masjid ni semuanya sesat sebab tak sokong kami!”, berkata lagi. Sekali lagi saya terkejut. Terlalu taksub agaknya.

Ternyatalah, tiada jemaah yang sempurna di akhir zaman ini. Masing-masing menyalahkan yang lain dan mengangkat jemaah sendiri adalah yang terbaik.

KAU SALAH AKU BETUL

Hari ini Islam berpecah bukan kerana kekuatan musuh Islam.

“Kau jangan ikut jemaah tu, asyik keluar 3 hari je. Duduk masjid, zikir, tidur!”

“Kita tak boleh nak tegakkan Islam kalau kita cerita pasal iman sahaja. Kena kutuk jatuhkan pemerintah, baru Islam dapat berdaulat!”

“Tengok tu, asyik cerita politik je. Hari-hari mengutuk orang, cubalah banyakkan amalan tingkatkan iman”

“Jemaah kita yang paling baik, jemaah yang lain hanya tajaan musuh Islam. Kita kena lawan!”

“Apa nasyid-nasyid ni, hiburan melalaikanlah”

Lihatlah saudara, masing-masing bercakaran sesama sendiri. Bagai tiada titik pertemuan di antara jemaah yang boleh menguntungkan Islam.

BELAJAR DARI MUSUH ISLAM

Ada perkara yang boleh kita ambil pengajaran daripada musuh Islam atau gerakan yang ingin menghancurkan umat Islam. Jangan mengambil kira soal apa yang diperjuangkan, tetapi ambillah dari segi metod pergerakan mereka.

Ketika ini, umat Islam di serata dunia mengalami fitnah yang besar.

Makanan kita diserang dengan benda haram, hiburan dari Barat yang melampau, dilabel sebagai pengganas dan lain-lain lagi yang memeritkan.

Gerakan menyesatkan Islam dibuat secara terperinci-Gambar Hiasan

.

Modus operandi musuh Islam meliputi hal hiburan, lihatlah filem-filem dan lagu-lagu yang dihasilkan oleh mereka, cukup hebat dalam menyelitkan unsur-unsur yang menyesatkan. Orang Islam yang menghasilkan filem ada yang menyelitkan unsur Islam? Jika ada pun, Islam hanya untuk menghalau jin dalam filem seram!

Mereka juga menjalankan agenda mereka dalam makanan, makanan yang dihasilkan mereka sedap tetapi menyakitkan hati dan badan! Makanan yang tidak baik boleh merosakkan hati, melemahkan iman, dan itulah yang dikehendaki oleh mereka!

Mereka memecahkan cara bekerja kepada beberapa bidang semata-mata untuk mencapai tujuan mereka.

Jemaah Islam pula sibuk berperang mengatakan jemaah sendiri adalah yang terbaik. Berpecah, tujuan ke arah Islam akhirnya terkubur. Apakah?

SESAT DALAM KETAKSUBAN

Di dada akbar sering terpampang kes-kes ajaran sesat. Kasihan dengan individu yang ingin mencari agama dalam hidup, tetapi tersilap memilih jemaahnya. Akhirnya menjadi lebih sesat dan sesat.

Tips untuk memilih jemaah mudah sahaja, pilihlah jemaah yang taksub dengan ALLAH dan RASULULLAH. Jika pemimpin jemaah sangat menitik beratkan soal mendaulatkan jemaahnya, bolehlah cepat-cepat tinggalkan. Takut-takut kita terlalu taksub dengan jemaah melebihi tujuan sebenar kita iaitu Allah dan Rasul.

Akibat terlalu taksub, orang lain salah dia sahaja yang betul. Penyakit ini terlalu bahaya!

Mengamalkan agama perlu bersederhana. Saya pernah diceritakan tentang seorang ahli ibadah yang sudah tidak mahu bersolat jemaah kerana terlalu taksub dengan amalan zikirnya. Dia menganggap amalan zikirnya sudah terlalu tinggi dan tidak perlu lagi mengharapkan amalan lain terutamanya amalan secara jama’ie (seperti solat berjemaah).

Juga ada kes yang terlalu taksub dengan jemaah yang kononnya terlalu mulia dan bertepatan dengan kehendak hatinya seperti solat guna niat sahaja, zikir bercampur lelaki perempuan dan sebagainya. Moga-moga kita dijauhkan dari semua itu.

Itulah akibatnya apabila terlalu taksub sehingga nasihat orang lain tidak lagi diendahkan. Akhirnya umat berpecah belah disebabkan perangai yang patut diubah tadi.

Tidak salah mempunyai pegangan dan pendapat, tetapi tidak bermakna nasihat dan pegangan orang lain perlu disalahkan. Jika benar-benar sesat, baru boleh diambil tindakan.

DAKWAH : HAND BY HAND

Jemaah Islam yang paling sempurna di dunia adalah jemaah di kurun Kenabian Rasulullah Solallahu A’laihi Wasalam. Sehingga Nabi sendiri memuji Sahabatnya dan bersabda:

Hadis riwayat Abdullah bin Masud R.A, ia berkata:Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Sebaik-baik umatku adalah yang hidup pada kurun sahabatku, kemudian setelah kurun mereka (tabiin), kemudian setelah kurun mereka (tabiit tabiin). Kemudian akan datang suatu kaum di mana kesaksian salah seorang mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului kesaksiannya.

(Shahih Muslim No.4599 Kitab Keutamaan Sahabat)

Berdasarkan hadis di atas, tidak hairanlah umat Islam pada zaman sekarang berpecah-belah sehingga mereka tidak mengenal yang mana satu kawan dan yang mana satu lawan. Siapa yang berbeza dengan mereka, pastinya akan diburukkan dan kadang-kadang sanggup kafir mengkafir sesama Islam. Nauzubillah.

Musuh Islam bertepuk tangan.

Ada jemaah Islam yang khusus untuk politik. Ada juga jemaah Islam yang khusus untuk membina iman. Juga jemaah yang khusus dalam kebajikan, ekonomi dan pendidikan. Masing-masing mempunyai perbezaan dari segi metod dakwah, tetapi tujuannya adalah satu. Iman, Islam, dan Keredhaan Allah Taa’la.

Tapi mengapa masih berpecah dan menyalahkan? Bukankah ianya satu rahmat dari Allah untuk menguatkan umat Islam di akhir zaman ini?

Dakwah, perlu saling bantu membantu. Kekurangan sesuatu jemaah akan ditampung oleh kelebihan jemaah lain.

“(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung.”
(Surah Ali-Imran [3]: 104)

DAKWAH : HAND BY HAND

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
53000 Kuala Lumpur.

12 thoughts on “JEMAAH ITU TIDAK SEMPURNA”

  1. “Orang Islam yang menghasilkan filem ada yang menyelitkan unsur Islam? Jika ada pun, Islam hanya untuk menghalau jin dalam filem seram!”

    kalau de bacaan ayat Qur’an pon, belum tentu betul bacaan & tajwidnya…

    kalau lah konsep 1 jemaah, or 1 ummah ke dilaksanakan macam konsep 1 Malaysia tu… hurmmm

    1 HPA! okeh?? ^___^

  2. Syukran untuk perkongsian…
    Apa yang pasti, kita dalam usaha membawa tugas nabi ini pasti dan pasti perlu menyampai kepada semua tidak kira siapa…. Dan apabila buat kerja nabi, menjadi perkara biasa apabila dikutuk & dikata kerana Rasulullah juga begitu. Sama2 tingkatkan iman & perbaiki amal…

    “Salam Juang”

  3. Masya-Allah.. Iman dan amal tidak dipandang tinggi kerana manusia tidak merasa nilaian iman itu.. Apabila hati manusia dipenuhi dengan dunia, akhirat akan tinggal kenangan sahaja..

    Apabila seseorang itu mengamalkan agama dalam hidupnya, ramai yang mengatakan orang itu mundur dan tak ingatkan dunia.. Sedangkan lebih ramai yang mundur dari segi akhiratnya. Setuju?

    Fikir tentang iman dan amal, insya-Allah lebih bernilai daripada dunia dan seisinya..

  4. Haha.. HPA satu jemaah dalam soal ekonomi, sebab itulah jemaah 2 yang lain menampung kekurangan jemaah i i untuk menguatkan dakwah Islamiah.. ^_^

  5. arrayah.info – jemaah itu banyak. tapi pilihlah berdasarkan ayat ini

    Firman Allah s.w.t. “(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung.” (TMQ Surah Ali-Imran [3]: 104)

    Tentu ada sebuah jemaah yang terbaik…yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Salah satu diantaranya adalah Hizbut Tahrir atau mungkin yg lainnya. Pilihlah dengan sebaiknya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *