browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KAMU ADA 5 MINIT SAHAJA!

Posted by on July 9, 2011

Jemaah dakwah pergi menemui seorang usahawan yang berjaya. Perjumpaan mereka sekadar untuk berbincang tentang iman dan amal.

“Saya tengah sibuk. Kamu ada 5 minit sahaja untuk sampaikan dakwah kamu!”

“Tuan yang mulia. Tuan seorang usahawan yang berjaya, boleh tak tuan ceritakan susah payah dan kejayaan tuan dalam perniagaan? Ceritakan dalam masa 5 minit sahaja.”

Usahawan itu terpinga-pinga.

“Apa yang kamu merepek ni? Kejayaan saya, penat lelah saya dari dulu sampai sekarang bukan sikit-sikit. Kamu pula suruh cerita dalam 5 minit? Mana boleh habis!”

“Kejayaan tuan hanya kisah tuan sahaja, tetapi agama adalah kisah untuk seluruh alam. Adakah 5 minit cukup untuk cerita tentang agama?”.

Usahawan itu tersentak!

Manusia sering memperkecilkan agama dan dakwah. Sebaliknya, terlalu membesar-besarkan kejayaan dunianya. Itulah anggapan nilaian iman dan kekayaan dunia pada kebanyakkan manusia.

SEDIKITNYA MASA UNTUK ALLAH

Allah Subhanahu Wa Taa’la memperuntukkan 24 jam sehari kepada semua manusia. Tidak lebih dan tidak kurang.

Ada orang yang menggunakan masanya untuk bekerja mencari duit selama 24 jam. Baginya, masa yang ada perlu digunakan untuk mengutip seberapa banyak kekayaan dunia.

Ada orang siang dia bekerja, malam pula merintih di hadapan Allah. Masa yang diperuntukkan kepadanya, hanya untuk beribadat kepada Allah tidak kira semasa bekerja atau pun sedang beribadat di malam hari.

Allah Subhanahu Wa Taa’la itu Maha Adil. Tiada siapa pun di kalangan hamba-Nya yang boleh mendakwa Allah di akhirat nanti tentang masa.

“Ya Allah.. Masa aku tidak cukup untuk beribadat kepada-Mu”. Adakah boleh kita bagi alasan begitu di hadapan Allah?

Kita boleh memberi masa untuk hiburan, kita juga boleh memberi masa untuk bekerja. Tetapi masa untuk Allah sangat sukar untuk diberikan.

Jika 1 waktu solat Fardu dikira selama 5 minit, 5 kali solat adalah sebanyak 25 minit! Kadang-kadang 25 minit untuk Allah pun susah nak diberikan. Nauzubillah.

“ASYIK DENGAR CERAMAH AGAMA JER”

“Hari-hari kau dengar ceramah agama tak boring ke? Cubalah bawa berhibur, banyak sangat dengar pasal ceramah agama ni tak elok juga. Nanti kita bosan”, kata seorang rakan.

“Hari-hari kau dengar lagu-lagu merapu tu tak boring ke? Cubalah dengar tazkirah, banyak sangat dengar lagu merapu tak elok juga. Nanti kita bosan dan hati jadi gelap!”, jawapan yang memulangkan paku buah keras kepada rakannya tadi.

Buka TV di waktu pagi sungguh bermanfaat. Motivasi Pagi, Bacaan Al-Quran, Tanyalah Ustaz.

Buka TV di waktu lewat malam juga bermanfaat. Bicara Mufti, ulangan Tanyalah Ustaz, siaran ulangan Al-Kuliyyah dan sebagainya. Semuanya bermanfaat.

Waktu subuh dan waktu sebelum tidur (kadang-kadang ramai yang sudah tidur di waktu itu), TV berkisar tentang agama. Waktu yang ramai penonton diulik mimpi, waktu itulah cerita tentang agama.

Waktu manusia aktif (7 pagi hingga 10 malam) pula bercerita tentang hiburan yang melalaikan dan drama yang tiada kesudahan.

Waktu manusia aktif MARI MENARI dan waktu manusia tidak aktif pula MARI MENGAJI. Ramai orang mengatakan hidup ini kena separuh untuk dunia dan separuh untuk akhirat, kena seimbang di antara keduanya.

Persoalannya, adakah seimbang antara dunia dan akhirat?

FIKIR TENTANG IMAN DAN AMAL

Allah menciptakan manusia sebagai khalifah untuk beribadat dan mentadbir bumi. Itu bermakna, Allah Subhanahu Wa Taa’la tidak melarang manusia untuk bekerja, berkahwin, membina rumah dan mengumpul harta. Sebaliknya, semua yang kita lakukan akhirnya perlu dipulangkan balik kepada Allah. LILLAHI TAA’LA.

Jika Allah ingin menciptakan makhluk yang semata-mata untuk solat dan berzikir kepada-Nya, Allah sudah mempunyai malaikat yang sentiasa tunduk kepada-Nya.

Kejadian manusia adalah satu tanda kekuasaan Allah Subhanahu Wa Taa’la. Makhluk yang diberi akal untuk berfikir di antara baik atau pun buruk. Barang siapa yang berfikir tentang akhiratnya, maka beruntunglah dia. Sebaliknya jika berfikir tentang dunia semata-mata, maka rugilah dia.

Gunakan akal kita untuk fikir tentang iman dan amal. Berikan masa untuk Allah yang telah memberi masa seluruhnya untuk kita. Insya-Allah.

CUKUPKAH HANYA 5 MINIT?

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2011.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

4 Responses to KAMU ADA 5 MINIT SAHAJA!

  1. Cik Aqilah Wardah

    Pernah dengar tak orang cakap…

    “Sebab asyik tengok Tanyalah Ustaz tu lah yg ajar awak jadi derhaka…”

    ??

    Allahu Akbar.. cetek sungguh pemikiran ‘hamba’ itu…

    Masa itu emas… Macam mana org Kristian diberi masa 24 jam sehari, mereka mampu menarik berjuta manusia menganut agama mereka, macam tu jugak lah Umat Islam pon diberi masa yg sama…

    Hanya ‘level’ usaha sahaja yg berbeza…. Jalan berdakwah tak mudah.. Moga usaha mereka di jalan Allah, dipermudahkan, insya Allah….

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Kenapa tengok Tanyalah Ustaz jadi derhaka, saya tak pernah dengar.. hehe..

    Umat Islam jadi mcam ni sebab umat berpecah, “JEMAAH ITU TIDAK SEMPURNA”..

    [Reply]

  2. Cik Aqilah Wardah

    Hehehe.. Tak pernah dengar ye?? Ye.. sbb ia hanya berlaku dlm sebuah ‘rumah’.. hikhik

    Betul tu… Kena NAIKKAN artikel awak yg tu, supaya mereka faham… ^_^

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Artikel yang mana tu?

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);