browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

PROGRAM TV3 : GPS IMAN

Posted by on July 20, 2011

Saya berpeluang bersama Saudara Fakhrul Radhi UNIC mengikuti penggambaran program terbaru TV3 yang bakal ditayangkan pada bulan Oktober nanti. Program baru ini diberi nama GPSiman.

Program ini berbentuk program realiti di mana setiap minggu team GPSiman akan berkunjung dari satu tempat ke satu tempat untuk beramah-mesra bersama penduduk setempat.

Apa yang menariknya tentang program ini, program ini adalah satu program berunsur dakwah dan akan ditemani oleh sekumpulan BIKERS motorsikal berkuasa tinggi yang akan turut serta dalam pengembaraan ini.

Kerana itulah program ini diberi nama GPSiman yang bererti GPS (pengembaraan Bermotor) dan IMAN (tazkirah dari kampung ke kampung).

PENGISIAN DARI PENGGAMBARAN GPSiman

Selain berkongsi tentang program ini, saya juga ingin berkongsi tazkirah yang disampaikan oleh hos rancangan ini iaitu Ustaz Zafran, Saiful dan Fakhrul UNIC.

Takzirah bagi episod ini bertajuk Cintai Alam Sekitar.

Tazkirah bersama pemuda kampung

“Aku sorang saje yang buang sampah, takkan boleh banyak sampah kot kat dunia ni?”.

Terdapat 6 billion manusia di seluruh dunia, jika semua orang berfikiran seperti ayat di atas, tidakkah dunia ini akan penuh dengan sampah? Kadang-kadang kita sibuk menyalahkan orang lain, cleaner tak buat kerjalah, kalau tak buang sampah Alam Flora tak ada kerjalah! Tetapi tidak pernah terfikir bahawa menjaga alam sekitar itu juga sebahagian daripada iman.

Astaghfirullah. Ramai orang yang tidak terfikir tentang kebersihan alam sekitar, sedangkan kita diturunkan Allah adalah sebagai khalifah di muka bumi. Ramai juga hanya beranggapan bahawa iman hanya solat, zakat, puasa dan haji. Nauzubillah.

Justeru, Ustaz Zhafran mengutarakan satu metod bagaimana hendak mengubah diri sendiri, metodnya diberi nama 3M.

1. MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI

Jangan tunggu orang lain buat baru kita nak buat. Ambil contoh Nabi yang menyuruh Para Sahabat berkorban kambing, tetapi Sahabat tidak mengambil endah. Lalu Nabi pun memulakan dulu ibadah korban itu, barulah para Sahabat pula mengikut.

Kadang-kadang orang menunggu orang lain mulakan dulu. Apa salahnya jika kita yang mulakan dulu kan?

2. MULAKAN DENGAN YANG KECIL-KECIL

Untuk menjaga alam sekitar, kita tidak mampu untuk membersihkan sungai yang dalam, panjang dan luas itu. Mulakan dengan yang kecil-kecil, contohnya plastik sampah di tengah jalan, hanya ambil dan buangkan sahaja di tempat yang sewajarnya.

Mudahkan?

3. MULAKAN SEKARANG!

Azam dah kuat, semangat dah berkobar, tapi tak mula-mula lagi. Lama-lama jadi tergelam dan malap. Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Maka, hasrat untuk menjadi seorang yang beriman perlu dimulakan dengan segera agar tidak culas di masa depan.

SEKITAR PENGGAMBARAN GPSiman

Lokasi penggambaran adalah di Kampung Banghuris, Sepang iaitu di Homestay Wak Basir. Di antara aktivitinya ialah gotong-royong memasak Nasi Ambeng (sejenis masakan Jawa), mengisar kopi, sukan rakyat dan tazkirah.

Hos mengambil tempat berceloteh - Dari Kiri : Fakhrul, Saiful, Zafran

.

Bergambar kenangan di antara BIKERS dan penduduk kampung

.

Bersiap sedia untuk pulang berkonvoi!

.
Semoga program ini menjadi satu program penyemai iman di media elektronik. Lambakan program-program yang melalaikan sangat banyak, mudah-mudahan para penonton dapat mendapat iktibar dan dapat berfikir tentang iman dan amal kepada Allah Subhanahu Wa Taa’la.

Terlalu banyak program TV yang melalaikan. Diharap agar program ini dapat menjadi satu program yang menyemai nilai yang baik kepada masyarakat dan menunjukkan bahawa dakwah adalah tanggungjawab setiap Muslim. Insya-Allah.

KEMBARA DAN BERMUSAFIRLAH!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2011.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

14 Responses to PROGRAM TV3 : GPS IMAN

  1. Cik Aqilah Wardah

    uhh~ moto tu sponsored ke??
    bestnye…. hikhik…

    mudah2an memberi manfaat dan impak hebat terutama kpd kanak2 dn remaja hari ni.. insya Allah…

    tapi……. memang la bukan penonton TV.. silap2, TV yg ‘menonton’ hikhik…

    ye, ye.. mari berazam!! ^__^ dan lakukannya…. 🙂

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Apa maksudnya TV ‘menonton’ tu? ^_^

    [Reply]

  2. Cik Aqilah Wardah

    haha.. terima kasih kerana telah memberi komen..

    eh2.. perasan admin plak.. hahaha :p

    yelaaa~ dh kalo kite tak tonton tv, tv le yg tonton kite…

    pasti laa tak ada kaitan dgn kawin….. :p

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Kahwin? Haiyaa…

    [Reply]

  3. Cik Aqilah Wardah

    hehe.. kahwin kan topik hangat…
    nanti leh la buat ye… :p

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ye la tu.. ^_^

    [Reply]

  4. mimito

    salam!

    weee
    suke program tb ni
    sebb suke superbike!
    suke selingan konsep IMAN
    yg dterapkan kan
    heeeee
    sedg tgk kat tb
    heee

    dah follow belog ini juge!
    mimito´s last blog post ..bila Tuhan kata Hujan

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    GPS Iman ni ada 13 episod, selamat menonton!

    [Reply]

  5. Muhammad Jamal Hamizi

    Assalamualaikum.

    Salam 12 Zulkaedah. Menarik program ni, walaupun saya ketinggalan menontonnya semalam, hari Ahad, 9 Okt. Boleh saya tahu perancangan berikutnya?

    Kalau mahu menyertainya pula bagaimana?

    Sekarang saya tinggal di Bdr Tasik Puteri, dan Insya Allah akan menunggang ninja 250 tak lama lagi. Program ini sangat menarik dan sesuai sebagai aktiviti terluang saya. Mohon beri tunjuk ajar.

    Salam ukhwah dari ex-Integrasi Temerloh.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam.. Saya bukan penerbit rancangan ini, dari segi perancangan seterusnya saya tidak tahu..

    [Reply]

  6. Aqil_blur90

    bro kalo nk join konvoi geng gps iman bikers leh x..hehehe..ner taw ada peluang nk join konvoi sambil beramal ni…seronok jugak…leh x join akan datang ker..??

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Salam, saya x de kuasa nak bagi kebenaran, saya bukan penerbit.. Saya PR Fakhrul UNIC je.. Kebetulan ada masa shooting episod pertama hari tu..

    [Reply]

  7. yana_perak

    bgus le rancngan GPS iman…..ade manfaat….tpi ngape buat time ptg2….pyh nak tgok

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Pasal time saya x tau, sy bukan penerbit.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);