browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

SEGALANYA TENTANG RAMADAN

Posted by on July 14, 2011

Sumber Gambar : Islamicoccasions.com

.
Apabila hampir ke sesuatu peperiksaan, guru-guru sibuk membuat program pecutan terakhir untuk para pelajarnya. Pelajar lebih-lebih lagi berusaha dan mengulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan itu!

Begitu juga dengan setiap umat Islam, setiap tahun Allah Subhanahu Wa Taa’la memberi kita ujian yang berbentuk kesabaran berpuasa tetapi diberinya banyak nikmat dan fadhilat di sebalik bulan Ramadan Yang Berkat itu.

Mari kita membaca sebuah hadith yang dipetik dari Kitab Fadhail Amal karangan Shaikhrul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi’alaih. Kata pengarang, hadis ini terdapat perselisihan di kalangan para perawi hadis tentang periwayatnya. Namun, hadis ini masih boleh diterima kerana ianya berkenaan hadis fadhail (kelebihan) dan kebanyakkan isi hadis ini disokong oleh riwayat hadis yang lain. Wallahua’lam.

HADITH TENTANG KELEBIHAN RAMADAN

Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah Sollallahu A’laihi Wasalam telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya’aban :

“Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang di dalam bulan itu satu malam (Lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan. Satu Bulan yang Allah Subhanahu Wa Taa’la telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari (berterawih) sebagai satu amalan sunat.

Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan amalan-amalan sunat seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambah rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya.

Para Sahabat r.an. hum lalu berkata, “Bukanlah setiap di antara kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa”. Maka Rasulullah menjawab,”Allah memberikan pahala itu kepada sesiapa yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”

Bulan itu adalah satu bulan yang pada bahagian awalnya merupakan rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh kamu perlukan. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah (La Ilaha Illallah) dan kamu memohon istighfar daripada-Nya. Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah dan meminta perlindungan daripada api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga”.

REBUT GANJARAN RAMADAN!

Sumber : http://muslimtoysanddolls.com

Apabila membaca hadith di atas, maka banyak yang boleh diambil pengajaran dan dapat mengghairahkan iman kita untuk merebut kelebihan-kelebihan Ramadan.

Semoga kita bersedia dan kita dapat merasakan betapa bernilainya pahala di sisi Allah. Anggaplah Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terakhir untuk kita, semoga kita mengejarnya!

Para Sahabat menangis apabila Ramadan hampir habis, tetapi kita di akhir zaman ini lebih suka kerana Hari Raya hampir tiba! Mari kita sama-sama mengislahkan diri kita untuk mendapat manfaat dan redha Allah Subhanahu Wa Taa’la. Insya-Allah.

RAMADAN BULAN BERKAT!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2011.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

6 Responses to SEGALANYA TENTANG RAMADAN

  1. aminbaek

    Selamat menyambut ramadhan saudara jamal..

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Selamat menyambut Ramadan juga kepada Amin.. Moga mendapat berkat.. Insya-Allah.. ^_^

    [Reply]

  2. Cik Aqilah Wardah

    “ganjaran kesabaran adalah syurga”

    payahnya mendidik diri menjadi org yg bersabar.. moga dipermudahkan, insya Allah…

    Ramadhan is coming…. tak sabarnyaa.. kan? kan?? 🙂 insya Allah, same2 kite manfaatkan bulan paling mulia ini… ^_^

    p/s: nak kad raya! ^^

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Tak sabar Cik Aqilah.. Untuk jadi orang yang sabar, memang payah, sebab tu ganjarannya syurga.. ^_^

    [Reply]

  3. Cik Aqilah Wardah

    hehe.. baik2… dah 3 kali dah baca tu dr semalam.. hehe..

    trima kasih! ^_^

    harap-harap, bertemu dgn Ramadhan lagi, insya Allah… selamat ya!! ^^

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Insya-Allah.. Amin!

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);