Info,  Perspektif,  Ulasan Buku

TIPS KEKALKAN PERPADUAN

Hari ini sesama Islam bergaduh, berpecah, dan saling benci membenci pada kebiasaannya. Seolah-olah tiada jalan penyelesaian ke arah perpaduan.

Insya-Allah, kata-kata daripada seorang Ulamak Tasawuf yang bernama Yahya Bin Mu’adh boleh kita ambil pengajaran dan iktibar :

.

“Jika engkau tidak dapat memberi MANFAAT kepadanya, maka janganlah engkau MENYUSAHKAN dia”

“Jika engkau tidak mahu MENYUKAKAN dia, maka janganlah engkau MENDUKAKAN dia”

“Jika engkau tidak mahu MEMUJI dia, maka janganlah engkau MENCELA dia”

.
Hari ini orang bergaduh kerana tiadanya kasih sayang. Kasih sayang bukanlah diertikan berkasih-kasihan di umpama kekasih, tetapi lebih kepada ‘memberi’ keselamatan kepada saudara se-Islam kita yang lain.

Keselamatan daripada dipukul, dikutuk, dikeji, diumpat dan dihina. Ianya dapat dielakkan dengan keimanan. Ramai yang mengatakan mereka di pihak yang benar, tetapi imannya lemah dan akhirnya ‘kebenaran’ dilitupi dengan permusuhan. Nauzubillah.

IMAN LEMAH, RAPUH PERPADUAN!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
51800 Batu Caves, 2011.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge