browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

TRY & ERROR : KENA KUAT SEMANGAT

Posted by on September 26, 2011

Try & Error : Prinsip belajar sendiri

Bayangkan satu projek video yang anda sunting berada di peringkat akhir, tiba-tiba komputer menjadi hang dan sekelip mata semuanya hilang! Apa perasaan anda?

Jika saya, tepuk dahilah nampak gayanya! Itulah risikonya belajar sesuatu tanpa berguru. Konsep orang yang belajar sesuatu perkara secara tidak berguru, dinamakan “Try & Error” atau “Cuba dan Salah”! Orang yang berguru pun selalu melakukan kesalahan, apatah lagi yang main belajar dan cuba-cuba sahaja.

Namun begitu, bagi saya tidaklah salah jika kita mencuba sesuatu yang baru tanpa belajar secara formal dengan seseorang. Hari ini saya ingin berkongsi satu pelajaran yang saya pelajari baru-baru ini. Ianya berkisah tentang ‘industri’ penerbitan filem atau proses suntingan video.

Secara jujurnya saya tidak pernah menggunakan software suntingan video popular yang diberi nama MOVIE MAKER. Movie Maker adalah salah satu software yang biasa digunakan untuk menyunting sesuatu video secara amatur.

Tidak pernah menggunakan bermakna tiada pengalaman dan pengetahuan. Harap maklum tuan-tuan!

KENAPA NAK BELAJAR EDIT VIDEO?

Syarikat saya bekerja sekarang iaitu UNIC Nasyeed & Training Consultants, telah mencetuskan satu perkembangan baru dalam media elektronik iaitu UNICtv!

Idea ini sangat bagus untuk melonjakkan hebahan aktiviti dan penjenamaan kumpulan. Video-video yang diambil akan disunting dan dikongsi bersama di Facebook dan Youtube. Sebelum ini, para peminat hanya melihat gambar-gambar statik mereka di Facebook, kini mereka berpeluang untuk ditemuramah dan masuk dalam video terbitan UNICtv!

Pasti akan menjadi kenangan buat mereka!

Berikut adalah karya-karya awal menggunakan Software Movie yang sedia ada. Inilah hasil orang yang tiada pengalaman dan perlu banyak belajar lagi.

UNICtv – TIPS SEBELUM MENGHADAPI PEPERIKSAAN

.
UNICtv – KEMBARA UNIC KE PERLIS

.
UNICtv – JAMUAN RAYA UNIC 2011

.
UNICtv – SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI KEDAH 2011

.
Cubaan ini adalah cubaan awal dalam UNICtv, moga-moga selepas ini saya dapat belajar sesuatu yang baru bagi menambahbaik proses suntingan.

Saya memohon pendapat dan cadangan dari tuan-tuan semua. Boleh kan?

UNICtv!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2011.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

3 Responses to TRY & ERROR : KENA KUAT SEMANGAT

  1. Cik Aqilah Wardah

    cadangan ditutup! :p
    Cik Aqilah Wardah´s last blog post .."Saya Seorang Pemandu.."

    [Reply]

  2. muhammad fakhruddin

    Mantop akhi!
    muhammad fakhruddin´s last blog post ..Tentang Intelektual: Mencicip Makna

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Aiyaa.. Blom mantopp lagi tu..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);