browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

JOM TIRU MACAM SAYA!

Posted by on November 4, 2011

Semangat untuk mempromosikan kepada orang lain - Gambar Hiasan

Saya ke sebuah Universiti bersama UNIC untuk membuat persembahan sempena majlis konvokesyen kampus tersebut.

Setiap kali Pesta Konvo, pastinya diadakan juga Karnival jualan dan pameran oleh Universiti. Saya turut mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar karnival itu dan terjadilah sebuah cerita.

“Awak student ke?”, saya bertanya kepada seorang peniaga wanita di karnival itu.

Gerainya menjual barangan aksesori wanita seperti beg, alatan solekan wanita, baju dan lain-lain lagi.

“Ye saya, saya student sini”, beliau menjawab.

“Oo. Minat jual barang-barang macam ni ke?”, saya bertanya lagi.

“Bukan saya minat menjadi peniaga, tapi sebab saya nak promosikan kepada orang lain. Saya suka bersolek dan bergaya dengan barang-barang macam ni. Saya jual barang-barang ni sebab saya nak orang lain jadi macam saya juga”, beliau menerangkan.

Sungguh tinggi wawasannya. Beliau mengamalkan gaya hidup itu dan sanggup untuk mempromosikan minatnya itu walaupun tidak minat untuk berniaga asalnya.

DAKWAH PUN PERLU BEGITU

Peniaga tadi bukanlah mempunyai kedai dan syarikat yang besar untuk mengedarkan alat aksesori wantita, tetapi beliau mempunyai semangat walaupun berniaga secara kecil-kecilan semata-mata untuk menjadikan orang lain sepertinya.

Begitu juga dengan kita. Kita bukanlah seorang ulama yang dapat memberi ceramah apatah lagi mengeluarkan fatwa. Kadang-kadang apabila bercakap pun terabur dan tak banyak ilmu yang hendak disampaikan!

Jadilah seperti peniaga aksesori tadi, bertindak mengikut kemampuan yang ada pada diri kita. Walaupun kita tidak mampu mengajar tentang agama, mungkin boleh menjadi seorang yang belajar tentang agama. Atau juga boleh menjadi seorang yang mengedarkan risalah agama atau CD ceramah agama. Atau juga menjadi orang yang mengajak orang lain mendengar tentang agama.

Bertindak mengikut kemampuan diri. Dakwah bukan kerja Ustaz sahaja tetapi kerja seluruh umat manusia yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illaallah!

Akhlak Mempromosikan Islam - Gambar Hiasan

Perkara yang paling mudah dalam menyampaikan tentang agama adalah menunjukkan akhlak yang baik. Nabi Muhammad SAW mempunyai akhlah yang tinggi dan terpuji sehingga ramai yang memeluk Islam hanya kerana melihat keluhuran akhlak Nabi. Subhanallah.

Orang Islam ketika ini tidak mampu menjadi model kepada orang lain. Sedangkan yang berkopiah dan berserban pun kadang-kadang berperangai buruk, apatah lagi dengan orang yang dianggap biasa-biasa sahaja.

Perkara ini perlu diubah sedikit demi sedikit.

Islam agama yang sempurna, cuma kaedah menyampaikannya sahaja yang kurang diberi perhatian. Dimudahkan cerita, produk bagus tetapi pemasarannya kurang diberi penekanan, perniagaan pasti menjadi masalah!

Marilah sama-sama kita belajar dan mengubah diri kita sedikit demi sedikit bagi memastikan perjalanan dakwah terus berjalan.

Semaikan dalam diri untuk melihat orang lain seperti kita (berdakwah menyampaikan agama).

“AYUH TIRU MACAM SAYA!”

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2011.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

4 Responses to JOM TIRU MACAM SAYA!

  1. nur madihah

    salam..
    ada benarnya..peranan dakwah ini memang perlu dimainkan oleh semua orang..anugerah hidup dengan Islam itu perlu dirasai oleh semua orang..Islam is the way of LIFE!

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam.. Semua orang kena bertindak mengikut kedudukan masing2, kalau nak harapakan Ustaz je, memang Islam takkan menang..

    [Reply]

  2. harold

    Bagus tips ne,berguna untuk penghayatan
    harold´s last blog post ..College Interview Questions Tips

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Kesimpulannya, semua orang kena buat kerja..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);