Aktiviti,  Tinta ADMIN

LONG SERVICE AWARD : TAHNIAH MAMA

Mama & Bapak Di "Long Service Awards" SIME DARBY

25 tahun berkhidmat di sesuatu tempat tanpa menukar tempat kerja yang lain pastinya mempunyai cabarannya yang tersendiri.

Alhamdulillah, ibu saya (Rafeah Binti Hassan) telah dipilih menerima “LONG SERVICE AWARDS” daripada majikannya, SIME DARBY BERHAD bersama staf-staf yang datang dari seluruh Malaysia.

Anugerah diberikan sebagai tanda penghargaan kerana telah berkhidmat selama 25 tahun bersama SIME DARBY BERHAD. Majlis tersebut telah dikangsungkan di The ZON REGENCY Hotel, Johor Bahru pada 10 Disember 2011.

Long Service Awards
Nak juga bergambar

Tahniah saya ucapkan. Semoga segala kerja dan usaha Mama selama ini diterima sebagai satu amalan oleh Allah Subhanahu Wa Taa’la dan mendapat ganjaran pahala dari-Nya. Insya-Allah. Sekarang telah menjadi tanggungjawab saya pula sebagai seorang pekerja untuk terus berusaha dan bekerja dengan baik.

SEMOGA DIPERMUDAHKAN. AMEEN.

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2011.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge