browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

DURBAN Episod 1 : HADIAH DARI AFRIKA SELATAN

Posted by on January 18, 2012

Di North Beach, Durban South Africa

Sebaik sahaja pulang dari Negara jauh bersama UNIC saya berasa bersalah.

“Balik dari Afrika takkan tak ada buah tangan apa-apa ke?”, seorang rakan bertanya kepada saya.

Saya benar-benar rasa bersalah kerana tidak dapat memberi apa-apa buah tangan kepada mereka. Perasaan ini sudah saya rasakan di Afrika lagi kerana di sana sangat sukar untuk mendapatkan cenderahati dan cenderahati yang ada kebanyakkannya adalah ukiran patung-patung dari puak Zulu!

Maaf sahabatku kerana tidak dapat memberi apa-apa kepada kamu, saya berasa kekurangan itu. Astaghfirullah, semoga Allah memberi rezeki pada masa yang akan datang. Insya-Allah!

PENGALAMAN SEBAGAI HADIAH BUAT SEMUA

Tiada buah tangan berbentuk objek, tetapi saya ingin hadiahkan secebis pengalaman sepanjang berada di benua Afrika pada 28 Disember 2011 hingga 3 Januari 2012 yang lalu.

Dalam tempoh tersebut, saya dan kumpulan nasyid UNIC terbang ke Durban, Afrika Selatan bagi memenuhi jemputan pihak Al-Ansaar Foundation untuk menjayakan Souk Of Durban 2011.

Al-Ansaar Foundation adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau syarikat yang memberi perkhidmatan pendidikan kepada generasi Islam di Afrika Selatan dan aktif mengadakan program-program untuk penduduk yang beragama Islam di sana.

SOUK OF DURBAN adalah sebuah program tahunan dan terbesar diadakan oleh komuniti Islam di Afrika Selatan. Mengapakah SOUK OF DURBAN ini diadakan setiap tahun? Saya telah diberitahu kisahnya oleh seorang sahabat bernama Irfan Bux tentang perkara ini.

Umat Islam di Afrika Selatan hanya sekitar 1 juta orang daripada keseluruhan populasi negaranya (minoriti). Para ulama di sana memikirkan bagaimanakah mereka mahu menyatupadukan masyarakat Islam yang minoriti di sana, jawapannya ialah SOUK OF DURBAN!

SOUK OF DURBAN adalah satu karnival jualan, pameran, keagamaan dan hiburan yang menjadi “ONE STOP CENTER” kepada pengunjung yang hadir.

KISAH NEGARA AFRIKA SELATAN

“Jika dahulu, kamu hanya dapat melihat orang WHITE sahaja di tepi jalan, sekarang kebanyakkannya orang BLACK! Pemansuhan dasar Aparteid telah merubah segalanya”, cerita Uncle AK ketika berjalan-jalan di pantai.

Uncle AK (Abdul Kadir) adalah seorang komposer, penerbit dan ahli kumpulan nasyid WAAHID yang terkenal di Afrika Selatan.

Bersama Uncle AK di Moses Mabhida Stadium (World Cup 2010)

“Pembebasan dari Aparteid pada tahun 1994 mengubah negara kami. Sekarang kami bebas bergerak dan hidup secara aman”, tambah Uncle AK lagi sambil memuji Nelson Mandela yang berjuang membebaskan Afrika Selatan daripada cengkaman penjajah.

Sejarah Aparteid boleh dibaca di (sini)

ANTARA YANG SAYA PERHATIKAN DI AFRIKA SELATAN :

1. Harga Minyak Petrol agak mahal di sana. Lebih kurang RM5++ seliter!

2. Singanya sungguh mesra pelanggan! Lion Park memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat singa-singa itu di dalam sangkar.

3. TABLE MOUNTAIN yang rata! Sering menonton Table Mountain (gunung rata) di dalam filem. Kali ini dapat tengok dengan mata sendiri.

4. Safari di sana memerlukan kita sendiri yang mencari haiwan tersebut!

5. Separuh daripada penduduk Islam di sana adalah jemaah Tabligh. Banyak markas Tabligh di sana.

6. Penduduk Islam di sana kebanyakannya berasal daripada India. Mereka sangat suka lagu Urdu tetapi tak faham satu perkataan pun!

7. Muzik diharamkan di sana oleh kebanyakkan ulama tetapi kami ‘belasah’ sahaja guna muzik dalam persembahan!

Di Bird Park

Lion Park. Singa yang mesra pelanggan!

Table Mountain : Gunung tiada puncak, boleh main bola!

KISAH PERSEMBAHAN DI “SOUK OF DURBAN 2011”

Artikel ini bersambung dalam DURBAN Episod 2 : MUZIK ADALAH HARAM? Selamat membaca…

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

3 Responses to DURBAN Episod 1 : HADIAH DARI AFRIKA SELATAN

  1. HelmiRazali

    wah, bestnye dia jalan2 kat sana..huhu..saya xpernah lagi terbang jauh2 ni, naik kapal terbang pun xpernah..satu hari nnti la, inshaAllah..huhu

    xde ole2 ke utk kami di sini ni?.. =D

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Insya-Allah, ada rezekinya pasti ada.. Sy pun tak pernah terfikir dpt ke sana, kalau nak ikut duit kita, memang tak cukuplah nak berjalan-jalan ni.. Saya doakan utk Helmi, Insya-Allah..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);