Perspektif

RAMAI YANG MINAT DENGAR KULIAH, TAPI…

cd agama

Saya masuk ke sebuah kedai pada suatu petang.

Ternyata,kedai itu menjual CD-CD kuliah agama yang sangat popular ketika ini. Kedai itu menjual CD kuliah Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus dan menjual album-album nasyid serta zikir.

Begitu juga dengan kedai di sebelahnya, hampir keseluruhannya menjual barang yang sama. Tidak jauh bezanya dari kedai-kedai yang lain.

Melihat koleksi CD kuliah yang dipamerkan di kedai itu membuatkan saya begitu teruja. Saya membelek satu persatu tajuk CD untuk dijadikan koleksi peribadi. Fenomena seperti ini membuktikan masyarakat kita sudah mula minat dengan agama yang dulunya jauh dari masyarakat.

Mungkin juga kesan teknologi terkini (CD,Facebook & Youtube) telah memberi kesan kepada masyarakat untuk mula kembali kepada agama.

Tetapi apakan daya, apabila saya menoleh ke belakang (kedai yang bertentangan) begitu ramai manusia berbanding kedai yang menjual CD-CD agama tadi!

Ramai lagi yang tidak suka pada majlis ilmu - Gambar Hiasan

Lebih ramai pengunjung di kedai yang menjual CD-CD muzik dan hiburan yang melalaikan berbanding kedai yang menjual CD agama tadi.

Ternyata, ramai yang minat mendengar kuliah agama, tetapi ramai lagi yang tak berapa minat! Itulah hakikatnya!

Wallaua’lam.

JOM PAKAT DENGAR MAJLIS ILMU!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
53100 Setapak, 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge