browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

ANUGERAH NASYEED.COM

Posted by on March 21, 2012

Jom Undi Anugerah Nasyeed.Com

.
Industri nasyid jarang diberi penghargaan secara khusus seperti Anugerah Industri Muzik atau Anugerah Juara Lagu. Antara yang terakhir diadakan ialah Anugerah Carta IKIM beberapa tahun dahulu. Selepas itu, industri nasyid dianggap berkubur dari pandangan media arus perdana tanah air.

Bukannya nasyid itu terkubur, tetapi liputan medianya sudah kurang diperkatakan jika dibandingkan pada zaman kegemilangan Kumpulan Raihan, Rabbani, Hijjaz, Inteam, Saujana, UNIC dan sebagainya. Ditambah pula dengan pengguguran Kategori Kumpulan Nasyid Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian, populariti nasyid terus terpinggir.

Walaupun liputan media berkurangan, namun industri nasyid masih bertahan sehingga sekarang. Dibuktikan dengan bertahannya kumpulan-kumpulan nasyid sedia ada dan dengan kemunculan kumpulan nasyid yang baru. Album-album baru juga makin berkualiti dan video klip semakin rancak untuk diterbitkan.

Terbaru, imej penggiat industri nasyid mendapat perhatian media apabila Nasyeed.Com memperkenalkan ANUGERAH NASYEED.COM (ANC) sebagai satu acara penganugerahan yang berprestij untuk menghargai sumbangan para penggiat nasyid tanah air.

ANC dijadualkan berlangsung pada 13 & 14 April 2012 di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur jam 8.30 malam.

ANUGERAH NASYEED.COM DI MEDIA

Keratan Akhbar Mengenai Anugerah Nasyeed.Com

Penaja masih kurang minat menaja penggiat Nasyid

SENARAI OENUH FINALIS ANUGERAH NASYEED.COM

Dipetik daripada Laman Web Rasmi Anugerah Carta Nasyeed.Com (Munsyeed.Com)

Berikut adalah senarai penuh finalis Anugerah Nasyeed.Com yang bakal berentap mengikut kategori-kategori yang telah ditetapkan:

Kategori: Nasyeed Cinta
Cuba Berikan – Ammar Hamdan
Kerana Cinta – Mestica & Inteam
Lagu Cinta – Varianz
Saat Lafaz Sakinah – Far East
Setia Seorang Isteri – Wildan

Kategori: Nasyeed Amar
Berjalan Tanpa Henti – Devotees
HambaMu – Akhil Hayy & Mawi
Menuju Wawasan – UNIC
Patah Hati – Saujana
Syahadah – Rabbani

Kategori: Nasyeed Munajat
Layar Keinsafan – Mestica
Mahabbah – Rabbani
Menanti Di Barzakh – Far East
Pergilah Dunia – Varianz
Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal

Kategori: Nasyeed Perjuangan
Kembali Gemilang – Mestica
Yang Benar Tetap Benar – AlGebra
Inikah Petanda – Rabbani
Bebas Palestin – Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart
Mungkinkah – Asyraf

Kategori: Nasyeed Sirah
Salahuddin Al-Ayyubi – Mestica
Sumayyah – Hijjaz
Balqis – UNIC
Ansar Muhajirin – Mu’adz
Bilal Bin Rabah – All One

Kategori: Nasyeed Selawat
Binnabil Huda – UNIC
Cahaya Seluruh Alam – AlMawlid
Dia Muhammad – Inteam
Insan Terulung – R-iF
Nur Muhammad – Inteam & UNIC

Untuk kategori Nasyeed Cinta, Nasyeed Amar, Nasyeed Munajat, Nasyeed Perjuangan dan Nasyeed Selawat, pihak Sekretariat Anugerah Nasyeed.Com telah berbesar hati memberi peluang kepada para peminat untuk mengundi lagu dan artis pilihan mereka mulai 9 Mac 2012 hingga 8 April 2012.

Bagi kategori Lagu Terbaik, Susunan Muzik Terbaik, Vokal Terbaik, Lirik Terbaik, Video Klip Terbaik dan Anugerah Khas Khalifah Nasyeed, penilaian akan dibuat dan diadili oleh juri-juri professional yang berpengalaman luas dalam industri muzik tanahair.

Kategori: Lagu Terbaik
Saat Lafaz Sakinah – Far East (Komposer: Hafiz Hamidun. Lirik: Fadzli Far East)
Dia Muhammad – Inteam (Komposer & Lirik: Frizdan)
Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi (Komposer: Johan Nawawi. Lirik: Johan Nawawi, Shah Mohamed& Hafiz Tarmizi)
HambaMu – Akhil Hayy & Mawi (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)
Bicara Hijrah – Rabbani (Komposer: Dakmie. Lirik: B.Nury)
Pejuang Agama – Imam Muda 2 (Komposer & Lirik: Edry Abdul Halim KRU)

Kategori: Susunan Muzik Terbaik
Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
Mahabbah – Rabbani
Dia Muhammad – Inteam
Jauh – Mirwana
Salamun Salam – Nazrey Johani, Inteam, Far East & Akhil Hayy

Kategori: Vokal Terbaik
Mahabbah – Rabbani
Inikah Petanda – Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani) & Mawi
Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
Derita Hati Seorang Bonda – Aishah
Nurul Iman – Rabbani

Kategori: Lirik Terbaik
Menanti Di Barzakh – Far East (Ito Lara)
Saat Lafaz Sakinah – Far East (Fadzli Far East)
Mahabbah – Rabbani (B.Nury)
Cuba – Aidil (Hafiz Hamidun)
Patah Hati – Saujana (Fedtri Yahya)

Kategori: Video Klip Terbaik
Patah Hati – Saujana
Jauh – Mirwana
Sahaja Aku MencintaiMu – Du’a feat Ustaz Amal
Pedoman – Nora feat Voice Of Ummi
Layar Keinsafan – Mestica

Anugerah Khas: Khalifah Nasyeed
Hanya akan diumumkan pada malam kemuncak Anugerah Nasyeed.Com.

CARA MENGUNDI? BOLEH KLIK DI SINI!

SEKALUNG DOA DAN HARAPAN

Semoga dengan adanya NC ini akan melonjakkan semangat penggiat seni Nasyid tanah air untuk terus berkarya dan berdakwah kepada masyarakat.

Insya-Allah.

Saya akan terus menyokong!

MELENTUR BULUH, BIARLAH DARI REBUNGNYA! (TAGLINE AWAL ANC)

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
53100 Setapak, 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);