browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

BAWAKU PERGI : Makna Mengubah Segalanya

Posted by on March 31, 2012

Lagu BAWAKU PERGI ditulis Malique dihentikan penyiarannya. Mengapa?

Lagu BAWAKU PERGI yang dinyanyikan oleh Kaka dan Zizan serta ditulis oleh Malique telah dihentikan penyiarannya oleh pihak kerajaan. Mengapa? Kerana liriknya dikatakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai mempunyai unsur negatif kepada remaja dan menggalakkan remaja lari dari rumah.

Saya pernah mendengar lagu ini beberapa kali dan tidaklah menangkap liriknya secara total. Hanya sekadar mendengar kerana stesen radio memutarkannya dan saya tidak pun meminati lagu ini sehingga mahu mendengarnya berulang kali.

Malique, Zizan dan Kaka mengatakan mereka dianiaya dan satu ketidakadilan kepada diri mereka. Tanpa disoal siasat, perbicaraan dan peluang membela diri, lagu mereka dihentikan penyiarannya. Mereka berasa sangat kesal dan ditindas.

LIRIK DAN MAKNA LAGU

Portal-portal hiburan telah mengeluarkan berita ini. Tiba-tiba saya berasa terpanggil untuk mengetahui kes ini dengan lebih mendalam.

Mari kita baca lirik lagu BAWAKU PERGI :

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

Kata Malique yang kecewa dengan tindakan ini mengatakan bahawa, “Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri kepada suaminya”

Kisah lanjut boleh dibaca DI SINI untuk lebih penjelasan.

MAKNA MENGUBAH SEGALANYA

Selepas membaca lirik lagu ini, memang boleh saya katakan bahawa lirik ini mempromosikan gelaja lari dari rumah kepada golongan remaja. Terutamanya di baris “hanya perlu siul, tidak tekan loceng, hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng, kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng“.

Mungkin baris ini yang dikatakan sebagai menggalakkan remaja untuk lari dari rumah.

Dimudahkan cerita, lirik lagu ini mempunyai maksud yang double meaning selepas dijelaskan oleh penulis lagu ini. Jika tidak dijelaskan kepada masyarakat pasti akan memberi gambaran negatif kepada mereka.

Tidak semua orang mempunyai jiwa seni dan memahami ayat metafora yang mempunyai banyak maksud. Kerana itulah, penulis lirik perlu mengelakkan lirik yang mempunyai maksud yang tepat tetapi rupa-rupanya mempunyai maksud yang lain.

Pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan yang memberi keadilan kepada kedua-dua belah pihak. Jika ada aduan daripada satu pihak, jangan terus mengambil tindakan sebelum membuat siasatan terhadap aduan yang dibuat. Apa salahnya pihak berwajib bertanya terlebih dahulu kepada Malique dan keputusan dibuat selepas mendapat penerangan daripada Malique sendiri.

Siapa yang tidak marah jika tindakan diambil secara tiba-tiba tanpa usul periksa?

Lirik lagu membawa kesan kepada pendengar. Lirik lagu boleh mengubah akidah seorang Islam secara tidak sengaja dan kadang-kadang juga boleh membawa seseorang itu kembali kepada Islam.

Oleh kerana itulah, penulis lirik juga memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan agama Allah (berdakwah). Tulislah perkara yang boleh meransang pendengar kepada kebaikkan dan bukannya menulis yang sia-sia tanpa faedah.

Saya pernah menulis tentang LIRIK tidak lama dahulu dalam artikel yang bertajuk “Sebaris Lirik Menuju Dakwah“. Semoga apa yang ditulis dan dibaca ini memberi faedah kepada anda. Insya-Allah.

LIRIK SATU MEDIUM DAKWAH!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

5 Responses to BAWAKU PERGI : Makna Mengubah Segalanya

  1. Bella

    First time baca lirik ni, tengok macam kisah budak lari rumah dgn kekasih…
    Bila baca penjelasan malique.. lirik ni dibuat utk menceritakan kisah dia dan saya masih tak nampak significant kisah dia dgn lirik ni… Hurm… mungkin saya tak pakar hal2 seni lirik ni… kalau budak2 kat luar sana, ramai berfikiran mcm saya, bila diorg stress dan tgh2 stress tu dengar lagu ni. Agak2nya apa yg mereka akan buat? Just my opinion…

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Sebab itulah lirik perlu jelas untuk orang faham.. Double meaning susah juga orang nak faham..

    Terima Kasih sudi lawat blog saya.. ^_^

    [Reply]

  2. adamfaiz

    Kalau nak diikutkan lagu Inggeris lebih banyak yang punya lirik yang advocate mende2 negatif… kenapa tak dihentikan? ..Mmmm pelik juga
    adamfaiz´s last blog post ..Lain Yang Bersukan Lain Yang Penat

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Orang tak berapa perasan, sebab tu tak dihentikan. Dan selalunya yang berlaku, bila ada orang bersuara baru diambil tindakan.

    [Reply]

  3. Dawson Joe

    Ini bukan double meaning dah ni. Ini terang2 mempromosikan lari rumah.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);