Aktiviti,  Info

PENCARIAN IMAM MUDA 3 KINI BERMULA!

IMAM MUDA TERUS MEMECAH TRADISI

.
Inilah peluang untuk semua melalui sebuah perjalanan tranformasi diri.

Di pentas Imam Muda Musim 1 & 2, Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Hassan telah dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul selepas menjalani perjalanan selama lebih kurang 3 bulan di dalam Madrasah Imam Muda.

Siri pencarian Imam Muda 3 kini bermula!

Sesi ujibakat akan diadakan pada 7 & 8 April 2012 di Institut Professional Baitulmal, Jalan Pandan, KL. Pada musim ini, lokasi ujibakat secara terbuka terhad di Kuala Lumpur sahaja. Tetapi apa yang menariknya dalam musim ini, pihak Astro memperkenalkan SESI UJIBAKAT SECARA ONLINE!

Sebelum itu.

PENGENALAN IMAM MUDA

Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian mengenai remaja lelaki Islam yang dipilih menerusi uji bakat yang dihimpunkan secara berkumpulan di sebuah asrama selama 3 bulan mempelajari dan memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam dari pemimpin Agama dan pendidik yang bertauliah dan berpengalaman.

Peserta Imam Muda Musim Ke-2

.
Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian televisyen yang dihasilkan oleh Astro bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia. Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintergriti dan kredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin dalam masyarakat.

Selain itu, program Imam Muda bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.

CARA UJIBAKAT IMAM MUDA SECARA ONLINE

Sesi ujibakat secara online memberi peluang kepada individu yang tidak berkemampuan untuk datang ke sesi ujibakat terbuka. Prosesnya boleh ikut langkah-langkah di bawah :

1. Layari Laman Web Rasmi Imam Muda (www.imammuda.com.my)

2. Muat turun Borang Ujibakat. (Klik Sini)

3. Rakam video anda sendiri dengan membaca Surah Al-Fatihah & SALAH 1 Surah Pilihan di bawah:

  • Surah al-Humaz
  • Surah al-Zalzala
  • Surah al-Qaria
  • Surah al-Takathur
  • Surah al-Inshirah
  • Surah al-Shams
  • Surah al-Dhuha
  • Surah al-Maun
  • Surah al-Quraish
  • Surah al-Adiyat

.
4. Upload video tersebut ke dalam YouTube dan masukkan LINK YOUTUBE video anda ke dalam Borang Ujibakat Online yang didownload tadi (lihat langkah 2).

5. Lengkapkan Borang Ujibakat Online.

6. Selepas anda melengkapkan Borang Ujibakat itu, emelkan borang tersebut ke imammuda@astro.com.my

Ujibakat secara online akan berlangsung mulai 19 Mac hingga 31 Mac 2012. Calon yang berkelayakan, akan dihubungi kembali oleh pihak Astro.

Berilah sokongan kepada program berbentuk Islam yang akan menemui anda bermula April 2012. Insya-Allah, program ini akan memecahkan tradisi media penyiaran tanah air sekali lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup anda.

Kredit : Website Imam Muda.

TERUS MEMECAH TRADISI!!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge