Tinta ADMIN

SELEPAS INI? SUDAH SEDIA DENGAN CABARAN BARU?

Belajar sesuatu yang baru dapat menambah pengalaman - Gambar Hiasan

Saya mahu membuat satu pengumuman pada hari ini. Saya sebenarnya sudah tidak lagi berkhidmat sebagai Pengurus kumpulan nasyid UNIC sejak dari 1 Mac 2012.

Memang sesuatu yang sukar untuk membuat satu keputusan yang besar dalam hidup. Keputusan untuk tidak lagi bersama UNIC secara sepenuh masa diambil untuk menambah ilmu dan mencuba sesuatu yang baru.

Justeru, saya mengambil keputusan untuk berundur daripada keluarga UNIC secara rasmi.

Apakah perancangan saya selepas ini? Insyaallah, ada peluang baru yang bakal saya diceburi dan mudah-mudahan dapat memberi sesuatu yang bermanfaat buat diri saya.

Ianya adalah satu cabaran yang baru dan tiada langsung pengalaman dalam bidang ini.

Terima kasih kepada abang-abang UNIC yang banyak memberi tunjuk ajar selama ini. Saya bermula dari kosong dan masih dahagakan ilmu untuk terus mencari pengalaman. Pengalaman adalah ilmu yang paling bermakna!

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang membantu dan mendoakan saya selama ini. Jazakallah Khaira Kathira.

NOTA : Saya masih boleh dihubungi untuk menjemput mana-mana kumpulan nasyid bagi membuat persembahan. Boleh dihubungi di talian 013-5026437 atau Emel ke jamalrafaie@yahoo.com.

KE ARAH MUKMIN PROFESSIONAL!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge