browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

SIAPA NAK KAHWIN 2? ANGKAT TANGAN!

Posted by on March 15, 2012

Satu, Dua, Tiga Dan Empat! - Gambar Hiasan

Riuh rendah pejabat dengan isu kahwin dua, tiga dan empat!

“Menggatal, miang!”, kata seorang staf perempuan kepada staf lelaki apabila bercerita tentang berkahwin dua.

Saya tergelak besar, memang sangat sensitif isu ini di kalangan orang perempuan rupanya walaupun sekadar bergurau senda. Pantang dengar siapa nak kahwin dua, mesti akan dibebel sehingga ‘insaf’ si lelaki itu!

RELA TETAPI TIDAK MAHU?

Saya pernah terbaca sebuah dialog di Facebook baru-baru ini.

Ustazah: “Saya tak pernah tolak hukum poligami.”
Jemaah: “Wah, hebat Ustazah!”
Ustazah: “Saya tak pernah melarang para suami nikah lagi.”
Jemaah: “Wah, benar-benar mantop Ustazah.”
Ustazah: “Yang penting…”
Jemaah: “Yang penting… adil kan Ustazah?”
Ustazah: “Bukan. Yang penting…bukan suami saya!!!

Saya tergelak kecil membaca dialog ini. Memang kisah ini berlaku di dalam masyarakat kita. Biasalah, tiada perempuan yang mahu dimadukan. Jika ada, saya nak jumpa!

Cemburu adalah lumrah manusia, apatah lagi jika didua, ditiga atau diempatkan! Tetapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang disyariatkan kepada hamba-hamba-Nya. Ada sebab mengapa Allah membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang.

Di antaranya ialah :

  • Ada lelaki yang mempunyai nafsu yang lebih (macam masa makan, ada yang tak cukup kalau makan seketul ayam)
  • Menjaga kaum wanita yang sudah berlebihan sekarang (siapa nak kahwin dengan perempuan kalau stok lelaki yang baik dah tak ada?)
  • Mengelakkan gelaja yang tidak elok seperti menyimpan perempuan simpanan (mana yang elok? Jadikan perempuan simpanan atau isteri yang diberikan nafkah dan tanggungjawab?)
  • Jika perempuan pun boleh kahwin ramai, kalau mengandung nak kata anak siapa pula?

Namun begitu, kebanyakkan wanita-wanita menentang amalan poligami ini ialah kerana ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak suami. Perkahwinan menjadi lebih celaru selepas berpoligami seperti tidak memberi nafkah, tak balik rumah dan sebagainya.

Ada dua situasi yang berbeza jika si suami minta berpoligami, sama ada boleh membantah atau tidak boleh membantah keinginan suami tersebut.

1. SITUASI BOLEH BANTAH JIKA SUAMI NAK KAHWIN LAIN

Kisah ini berlaku di mahkamah di hadapan seorang Hakim :

SUAMI : Saya nak minta kebenaran untuk berkahwin seorang lagi Yang Arif!
ISTERI : Saya bantah Yang Arif!
HAKIM : Mengapa kamu bantah?
ISTERI : Gaji dia tak cukup Yang Arif, satu bulan hanya RM1500. Bayar duit rumah dah RM700, duit kereta RM500. Bil eletrik, air, Indah Water saya bayar. Nak tanggung anak sekolah lagi, mana cukup Yang Arif kalau dia nak tanggung isteri seorang lagi? Saya bantah suami saya kahwin seorang lagi!

*Kes ini dibenarkan bantah kerana suami tidak mampu berkahwin lain dan dikhuatiri akan menjejaskan keluarga.

SITUASI TIDAK BOLEH BANTAH JIKA SUAMI NAK KAHWIN LAIN

Kisah ini berlaku di mahkamah di hadapan seorang Hakim :

SUAMI : Saya nak minta kebenaran untuk berkahwin seorang lagi Yang Arif!
ISTERI : Saya bantah Yang Arif!
HAKIM : Mengapa kamu bantah?
ISTERI : Gaji dia tak cukup Yang Arif, satu bulan hanya RM1500. Bayar duit rumah dah RM700, duit kereta RM500. Bil eletrik, air, Indah Water saya bayar. Nak tanggung anak sekolah lagi, mana cukup Yang Arif kalau tanggung seorang lagi isteri? Saya bantah suami saya kahwin seorang lagi!
SUAMI : Saya bantah Yang Arif! Saya ada hujah mengapa saya nak kahwin seorang lagi!
HAKIM : Silakan dengan hujah kamu.
SUAMI : Bakal isteri saya berjanji tidak akan minta sesen pun daripada saya sebagai nafkah. Bahkan, dia yang akan bagi saya duit tiap-tiap bulan. Yang dia nak adalah saya, bukan harta saya. Jadi, saya mampu memberikan saya kepada bakal isteri saya, dan saya mampu tanggung isteri pertama dan anak-anak dengan duit gaji saya.
HAKIM : Benarkah kamu kata begitu, Cik? (bakal isteri kedua)
BAKAL ISTERI : Ya. Benar saya kata begitu. Saya tidak akan meminta apa-apa duit daripadanya dan saya mampu menyara diri saya sendiri dengan gaji saya.
HAKIM : Berapa gaji kamu?
BAKAL ISTERI : RM50,000 sebulan tak termasuk elaun..

*Jika kes begini, isteri tidak boleh membantah kerana suami masih mampu (kahwin misyar).

Penerangan lebih jelas bersama Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz :

Isteri yang membantah suami berkahwin lain tanpa ada alasan yang kukuh ditegah oleh syarak, kerana Islam membenarkan lelaki berkahwin lebih dari seorang.

Tetapi lelaki juga perlu memikirkan tentang kekuatan diri dan jika takut tidak adil, lebih baik seorang sahaja! Seorang pun kadang-kadang tak jaga, nak dua tiga pulak! Memang tidak adil!

BUKU KAHWIN MUDA : BAHAGIA ATAU SENGSARA?

Kahwin Pada Usia Muda : Derita Atau Sengsara?

Sewaktu saya membaca buku ini, ada di kalangan ahli keluarga yang memperli saya, “Hai, nak kahwin ke?”.

Saya menggelengkan kepala, siapa yang tak mahu berkahwin?

Buku ini sangat baik untuk dibaca terutamanya kepada sesiapa yang tidak yakin dengan rezeki Allah sewaktu berkahwin di usia muda. Usia muda disandarkan kepada tiada sumber kewangan yang kukuh, masih belajar dan tidak mampu memikul tanggungjawab.

Penulis buku ini adalah individu yang berkahwin di usia muda seawal memasuki Institusi Pengajian Tinggi. Beliau menulis pengalaman beliau dan menceritakan tentang perjalanan beliau dan isteri sewaktu mula-mula mendirikan rumahtangga dahulu.

Berbekalkan semangat dan usaha, beliau mampu menanggung keluarga semasa belajar dan dapat mendidik keluarga dengan lebih baik. Sekarang, anaknya juga telah mengikut jejak langkahnya dengan berkahwin di usia masih menuntut di IPT.

Ada baiknya berkahwin di usia muda, kerana dapat mengelakkan daripada gelaja yang tidak sihat dan menghindarkan dosa. Ramai orang tak nak kahwin sebab tak mampu nak bagi makan apa pada isterinya, tetapi lebih suka mengendong anak dara orang ke hulu ke hilir!

KAHWINLAH DULU, TAHULAH NAK BUAT APA!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

8 Responses to SIAPA NAK KAHWIN 2? ANGKAT TANGAN!

  1. hidayah

    Hai Encik Jamal, klu rasa dah bersedia nk mendirikan masjid pg la baitulmuslim.. x pun klu da ada calon soh je la parent kau pg meminang.. hehe..kan senang…:D

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Hehe.. Sudah saya agak persoalan ini akan timbul. Artikel ini sekadar perkongsian sembang santai.. Don’t worry, dah sedia nanti sy akan menyusun langkah, insya-Allah.. ^_^

    [Reply]

  2. Salsabila Humairah Safwatullah Waliuddin

    Sembang santai yang menarik…mungkin boleh diadaptasikan semasa berforum nanti(kena jadi penalislah pula)…salah satu soalannya Kahwin Muda….Insyaallah cuba sedaya mampu menyantuni semua lapisan masyarakat…moga tidak ada yang terguris Insyaallah
    Salsabila Humairah Safwatullah Waliuddin´s last blog post ..ANDAI DIA PERGI DAHULU SEBELUM MU

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Panelis? Yuhuuu.. X layak lagi, kena kawen dulu.. ^_^

    [Reply]

  3. Salsabila Humairah Safwatullah Waliuddin

    tulah sapal….sabojelah…mula2 katanya jadi penal untuk program santai je…jadi setujulah untuk jadi penel…alih2 bila bagi soalan nah amik kau…kahwin mudolah pulo…cinta dikalangan mahasiswa…perghhh berpinar mata…apapun Sham akan cuba sedaya mampu untuk tidak berlaku bias hahaha…doakan ye…ada kelapangan jemputlah datang ke UNISEL Shah Alam 18/5/12 =D
    Salsabila Humairah Safwatullah Waliuddin´s last blog post ..ANDAI DIA PERGI DAHULU SEBELUM MU

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Tahniah, semoga dipermudahkan urusan..

    [Reply]

  4. M,intan

    Assalamualaikum jamal..satu topik yg bagus..
    Poligami mmg tak salah..cuma sesetengah nya je yg salah bawak.
    Tapi kalau kita percaya satu sama lain dgn pasangan kita dan sering berbincang
    Dan sifat terbuka mesti Ada..jujur..

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Waa’laikumsalam warahamtullah.. Ya. Islam itu sempurna tetapi penganutnya yang membuat seolah-olah tidak ‘sempurna’.. ^_^

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);