• Tinta ADMIN

    23 : Hadiah Buat Diri Sendiri

    Tarikh 12 Mei 2012, genap umur saya 23 tahun. Kebetulan juga, tarikh 12 Mei 2012 kita turut menyambut Hari Ibu. Saya begitu sibuk ketika ini sehinggakan tidak sempat untuk menghubungi Mama di kampung untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu. Tidak disangka-sangka, sebelum sempat saya menghubungi keluarga di kampung, mereka terlebih dahulu menghubungi saya untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada saya. Secara tidak disangka juga, adik-adik saudara turut menyanyikan lagu ALLAH SELAMATKAN KAMU beramai-ramai melalui telefon. Saya juga melihat video ucapan mereka dimuatkan ke dalam Facebook. Subhanallah, sungguh terharu! Share

  • Info,  Rawatan Islam

    Ayat-Ayat Ruqyah Syar’iyyah Ustaz Nabil

    Masalah diganggu makhluk halus tidak pernah sunyi dari kehidupan kita. Sebagai buktinya, pusat perubatan Islam tumbuh bagaikan cendawan dan semakin mendapat sambutan daripada masyarakat. Di zaman moden ini, manusia semakin terdesak untuk bersaing untuk mendapat kedudukan yang tinggi sehingga sanggup menggunakan sihir untuk menjatuhkan musuh. Al-Quran adalah penawar yang tiada tandingan. Ayat-ayat yang ada di dalam Al-Quran adalah mujarab kepada masalah gangguan makhluk halus ini. Insya-Allah. Sebagai hebahan, sebuah album bacaaan Ustaz Nabil Al-Haifz yang disusun khas sebagai ayat pendinding diri daripada gangguan makhluk halus telah berada di pasaran. Share