Tinta ADMIN

23 : Hadiah Buat Diri Sendiri

Di Masjid Raya, Medan Indonesia sewaktu Shooting Imam Muda 3

Tarikh 12 Mei 2012, genap umur saya 23 tahun.

Kebetulan juga, tarikh 12 Mei 2012 kita turut menyambut Hari Ibu. Saya begitu sibuk ketika ini sehinggakan tidak sempat untuk menghubungi Mama di kampung untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu.

Tidak disangka-sangka, sebelum sempat saya menghubungi keluarga di kampung, mereka terlebih dahulu menghubungi saya untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada saya.

Secara tidak disangka juga, adik-adik saudara turut menyanyikan lagu ALLAH SELAMATKAN KAMU beramai-ramai melalui telefon. Saya juga melihat video ucapan mereka dimuatkan ke dalam Facebook. Subhanallah, sungguh terharu!

Semoga Allah merahmati kalian semua. Insya-Allah.

Kepada ibu saya Rafeah Binti Hassan, saya ucapkan Selamat Hari Ibu kepadanya. Insya-Allah, saya akan terus mendoakan kesejahteraan mereka selagi hayat dikandung badan.

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang terus mendoakan saya melalui Facebook, telefon dan sebagianya. Mudah-mudahan doa yang baik itu akan terpalit semula kepada mereka yang mendoakan. Allah Maha Memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya.

NOTA : Umur semakin bertambah, kematangan dalam bertindak dan berfikir sangat perlu digarap dan diasah. Semoga Allah mudahkan hari-hari yang seterusnya.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
57000 Bukit Jalil, 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge