browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

10 Imam Muda Musim Ketiga

Posted by on June 18, 2012

Barisan 10 Imam Muda Musim Ketiga

Imam Muda Musim Ketiga sudah mula menemui penonton Astro Oasis.

Bermula 28 Mei 2012, para penonton akan disajikan dengan episod Ujian Imam Muda (28), Saringan Akhir Imam Muda (29), Penentuan (30), dan episod Profail 10 Imam Muda Musim Ketiga pada 31 Mei 2012, jam 6.30 petang.

Seperti musim-musim yang sebelumnya, MEDAN IMAM MUDA akan menemui penonton bermula pada 1 Jun 2012, Jumaat jam 9.00 malam.

Tema Imam Muda pada musim ketiga ini berkisar tentang Komunikasi Keluarga yang membincangkan tentang isu-isu semasa yang melibatkan masalah sosial dan masyarakat. Imam Muda akan cuba mengupas isu-isu ini dan memberi solusi untuk keluar dari masalah ini menurut pandangan Islam.

PEMILIHAN IMAM MUDA MUSIM KETIGA

Pemilihan 10 Imam Muda musim ini ternyata sangat berbeza dengan cara pemilihan musim sebelum ini. Calon Imam Muda disenarai pendek menjadi 25 terbaik. Mereka diuji fizikal dan mental di BOOT CAMP Imam Muda yang diadakan di Riverstone Eco Resort, Ulu Yam Selangor.

Akhirnya daripada 24 calon akhir Imam Muda hanya 10 sahaja yang layak ke peringkat Medan Imam Muda.

MEMPERKENALKAN 10 IMAM MUDA MUSIM KETIGA

Seorang Pegawai Agama dan Pengamal Perubatan Islam

Seorang yang aktif dalam aktiviti orang Muda

Seorang Yang Suka Berjenaka

Seorang Yang Mempunyai Kehebatan Berhujah Dengan Hadis

Penolong Pensyarah Yang Berkarisma Dan Ahli Taranum

Lulusan Al-Azhar Yang Hebat Dengan Ilmunya

Seorang Pemidato Yang Hebat Dan Ahli Taranum

Satu-satunya Peserta Dari Indonsia : Hebat Gaya Sinetron

Imam Muda Paling Muda dan Mempunyai Kebolehan Mengingat Dengan Cepat

Seorang Pesilat Dan Sedang Menyambung Pelajaran Dalam Bidang TESL

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Imam Muda Musim Ketiga ini, boleh melayari website rasmi Imam Muda di http://www.imammuda.com.my

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
57000 Bukit Jalil, 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Response to 10 Imam Muda Musim Ketiga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);