Medan IM3 Ep. 3 : Kes Lari Dari Rumah

Episod 3 : Imam Muda mengkaji kes anak-anak yang lari daripada rumah

[Sumber : Website Rasmi Imam Muda]

Mendengar luahan, keluhan serta perasaan merupakan salah satu aspek terpenting dalam pengendalian sesebuah Sesi Kaunseling. Sebagai seorang imam, pemimpin dalam sesebuah masyarakat, menjadi pendengar yang terbaik adalah salah satu keperluan dalam sesebuah sesi kaunseling. Begitulah antara tugasan yang perlu 10 Imam Muda ini lalui untuk minggu yang ketiga.

Sebelum itu, mereka telah menuju ke Masjid Al-Ihsan Bukit Baru, Melaka untuk tugasan wajib mereka, pengendalian masjid. Dalam tugasan kali ini, Imam Muda Omar diberi tugasan untuk membaca Khutbah Jumaat manakala Imam Muda Fariz diberi tugas untuk menyampaikan Tazkirah. Imam Muda Omar yang pertama kali menyampaikan Khutbah Jumaat dibantu oleh Imam Muda Hafiz yang banyak pengalaman dalam penyampaikan Khutbah.

IM Hafiz membimbing IM Omar untuk memberi khutbah di Masjid Bukit Baru, Melaka

Dalam minggu ini juga, kesemua 10 Imam Muda dibawa menziarahi keluarga Imam Muda Omar di kediaman mereka. Sesi ziarah ini juga dihadiri oleh Mudir, Dato’ Hassan Mahmud Al-Hafiz dan Ketua Naqib, Imam Muda Hassan.

Tugasan utama kali ini membawa 10 Imam Muda melawat remaja-remaja di Pusat Pemulihan Akhlak, 5 Imam Muda melawat Asrama Lelaki dan 5 Imam Muda lagi melawat Asrama Perempuan. Mereka didedahkan dengan segala aktiviti yang dijalankan di sana seperti bermain muzik, menggunting rambut dan sebagainya. Sesi Kaunseling berlangsung apabila masing-masing diberi seorang pelatih.

Di sepanjang sesi kaunseling ini, segala teknik pengendalian diperhati dan dipantau oleh Naqib dan Mursyid untuk dinilai. Penilaian pula dirumuskan oleh kedua-dua Mursyid dengan memberikan beberapa teguran dan nasihat agar apa yang telah ditugaskan minggu ini dapat dibaiki lagi pada masa akan datang.

Minggu ini, Imam Muda Hafiz, Imam Muda Jabar dan Imam Muda Fariz antara 3 Imam Muda yang menduduki tangga teratas dalam senarai prestasi Imam Muda 3. 3 lagi Imam Muda iaitu Imam Muda Megat, Imam Muda Nasir dan Imam Muda Omar menduduki tempat terendah dalam senarai Prestasi Imam Muda 3. Namun mereka masih dikekalkan minggu ini tanpa sebarang penyingkiran selepas diumumkan oleh Mudir, Dato’ Hassan Mahmud Al-Hafiz.

Cabaran Imam Muda 3 diteruskan lagi untuk minggu keempat dengan tugasan-tugasan yang seterusnya. Apakah tugasan yang bakal mereka laksanakan? Saksikan Kapsul Imam Muda 3, setiap Isnin hingga Khamis, 6.50 petang di Astro Oasis (106) dan jangan lupa untuk menyaksikan Medan Imam Muda 3 Episod ke-4 pada hari Jumaat, 9 malam di Astro Oasis (106) dan Mustika HD (134). Terus memecah tradisi.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
57000 Bukit Jalil, 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge