browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Medan IM3 Ep. 4 : Perkahwinan & Penceraian?

Posted by on July 1, 2012

Isu Medan IM3 Ep. 4 : Kajian Tentang Masalah Penceraian dan Kejutan Format Imam Muda 3

[Dipetik dari Laman Web Imam Muda Musim Ketiga]

Perkahwinan merupakan salah satu sunnah yang diamalkan oleh junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W, dan sangat dianjurkan oleh Islam selain ia juga mempunyai beberapa pembahagian hukum mengikut keadaan seseorang muslim itu. Ia juga merupakan satu jalinan di antara dua orang yang ajnabi yang padanya terdapat seribu keberkatan dan jutaan rahmat. Banyak ayat yang terkandung di dalam Alquran yang menceritakan serba serbi serta adab di dalam berumah tangga, tidak kurang juga dengan hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihan-kelebihan serta ajaran dan pesanan yang disampaikan oleh baginda, nabi kita Muhammad S.A.W.

Imam Muda ditugaskan untuk bergotong-royong dalam persiapan Majlis Perkahwinan di Tanjung Karang, Selangor

Dalam kita menceritakan hal ini, sepuluh Imam Muda mengambil inisiatif dengan berkunjung ke salah sebuah rumah yang mengadakan walimatul urus yang terletak di Tanjung Karang, Selangor darul Ehsan dengan mengadakan pelbagai aktiviti di sana termasuklah mengikuti secara langsung majlis pernikahan serta membantu tuan rumah bersama dengan penduduk setempat bergotong-royong melakukan segala persiapan majlis yang diadakan pada keesokan harinya dan di sinilah tugasan mereka bermula. Pada hari yang sama juga Imam Muda Megat bertindak sebagai bilal dan Imam Muda Nasir menjadi khatib dan mengetuai Solat Jumaat di masjid Nurul Islam yang terletak tidak jauh daripada rumah mempelai.

Imam Muda juga bersama meraikan majlis pernikahan kedua mempelai

Cabaran dan tugasan yang harus didepani oleh sepuluh Imam Muda musim yang ketiga diteruskan dengan menyertai majlis bersama dengan golongan ibu tunggal di Dewan Nur, Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus. Di sinilah sepuluh Imam Muda bersama dengan golongan ibu tunggal berkongsi rasa, berbalas pandangan dan saling memberikan harapan. Kemudian mereka ke rumah dua ibu tunggal terpilih untuk bersama dengan mereka di samping menyelami kehidupan sebagai orang yang berusaha membesarkan anak dan mencari rezeki tanpa peneman setia di sisi bernama suami.

Sepuluh Imam Muda ini bukan sahaja datang untuk memberikan semangat dan kekuatan tambahan serta menghiburkan seisi rumah keluarga ibu tunggal tersebut, malah membantu di dalam menyiapkan barangan dan produk yang menjadi bahan perniagaan ibu-ibu tunggal tersebut untuk menjana pendapatan dan hal inilah yang membuatkan tuan rumah berasa sangat gembira. Pengalaman yang cukup berharga inilah yang akan sepuluh Imam Muda gunakan apabila keluar daripada Fakulti Imam Muda nanti.

Penilaian yang berterusan diberikan kepada mereka sepuluh Imam Muda, dan pada minggu ini, Imam Muda Jabar dan Hafiz terus mengungguli kedudukan teratas di samping tiga orang lagi Imam Muda yang berada di kedudukan terbawah iaitu Imam Muda Omar, Nasir dan Adan. Melihatkan keadaan yang kurang memberangsangkan oleh Imam Muda yang tidak menunjukkan peningkatan, Mudir iaitu Dato’ Hassan Mahmud Al-Hafiz bersama Mursyid Imam Muda Hizbur dan Asyraf bersepakat untuk melakukan penyingkiran.

Ketua Naqib IM Hassan mencadangkan Imam Muda dibahagi kepada 2 kumpulan

Namun berlaku sedikit bantahan berupa pandangan yang dikemukakan oleh ketua naqib iaitu Imam Muda Hassan yang meminta Mudir memberikan sedikit peluang lagi kepada mereka yang berada di kelompok bawah untuk terus berusaha dan memperbaiki prestasi untuk terus kekal dalam Fakulti Imam Muda dan langkah yang Imam Muda Hassan lakukan disokong oleh Imam Muda Jabar yang memainkan peranan penting sebagai orang yang menduduki kedudukan atas supaya rakan-rakannya yang berada di kelompok terbawah akan dapat terus menimba ilmu di samping dapat memperbaiki mutu prestasi semasa.

Cabaran Imam Muda tiga diteruskan lagi untuk minggu kelima dengan tugasan-tugasan yang seterusnya. Apakah tugasan yang bakal mereka laksanakan? Saksikan Kapsul Imam Muda 3, setiap Isnin hingga Khamis, 6.50 petang di Astro Oasis (106) dan jangan lupa untuk menyaksikan Medan Imam Muda 3 Episod ke-4 pada hari Jumaat, 9 malam di Astro Oasis (106) dan Mustika HD (134). Terus memecah tradisi.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
Penulis Kreatif Imam Muda Musim Ketiga,
57000 Bukit Jalil, 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);